|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI
BAGI TAHUN 2004
|
|
|
29
April 2004
|
|
|
|
Peserta
Sekapor Sirih bergambar ramai bersama dengan Tetamu Kehormat selepas
penyampaian sijil-sijil
|
Majlis Penutup Kursus Sekapor Sirih,
JAPEM anjuran Outward Bound Brunei Darussalam (OBBD) telah
dilangsungkan di Pusat Logistik OBBD, Batang Duri Temburong.
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada petang itu, Timbalan Pengarah
JAPEM, Dayang Hajah Mordiah bte Haji Jackia. Beberapa orang pegawai
Kanan JAPEM, OBBD dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Kementerian
Kebudayaan Belia dan Sukan, Dayang Hajah Sarinah bte Haji Umar juga
turut menghadiri majlis tersebut.
Seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan
kakitangan JAPEM dari bahagian III hingga V telah menamatkan kursus
selama 3 hari.
Sijil-sijil tamat kursus telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat
kepada para peserta.
Sepanjang tiga hari para peserta telah melakukan kegiatan yang
bersesuaian, berkesan dan berkualiti disamping menghadapi cabaran
minda dan fisikal dalam suasana yang baru dan asing. Setiap kegiatan
yang mereka lakukan memberi peluang pembelajaran kepada mereka untuk
membuat penilaian, keputusan, tindakan secara berpasukan.
Sebelum ini JAPEM telah menghantar seramai 26 orang peserta untuk
mengikuti Kursus Ketahanan Jati Diri selama 6 hari ditempat yang
sama pada 4 - 9 April 2003.
|
|
|
28
April 2004
|
|
Datin Hajah Zaliha bte Haji Mohiddin,
Pengarah JAPEM dan Awang Mohd Husaini bin Abdullah, Pemangku Penolong
Pengarah 1, telah menghadiri mesyuarat 'Eas Asias Ministerial Forum on
Families' di Hanoi, Vietnam pada 28 hingga 30 April 2004.
|
|
|
26
April 2004
|
|
|
|
YTM
Pg Anak Hamidah berkenan menyampaikan cenderamata kepada anak-anak
yatim
|
Kira-kira
200 orang anak-anak yatim yang berdaftar dengan JAPEM telah diraikan
di satu Majlis Sempena Puja Usia Yang Teramat Mulia Pengiran Anak
Hamidah Jamalul Bulqiah bte Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Digadong
Sahibul Mal Pengiran Muda Hj Jefri Bolkiah. Majlis tersebut telah
diadakan di Field No. 3 Jerudong Park.
Diakhir majlis tersebut Yang Teramat Mulia telah berkenan menyampaikan
cenderamata kepada anak-anak yatim yang diraikan.
Juga hadir bersama-sama dengan anak-anak yatim tersebut ialah Timbalan
Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Mordiah bte Haji Jackia dan beberapa
orang pegawai kanan JAPEM.
|
|
|
22
April 2004
|
|
|
|
Wakil
pelajar Kelas Bimbangan Kanak-Kanak Cacat menyampaikan Sijil Ucapan
Tahniah kepada Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Awang Goh
King Chin
|
Seramai
5 orang pelajar dari Kelas Bimbangan Kanak-Kanak Cacat Daerah Brunei
Muara telah mewakili rakan-rakan mereka dari Pusat Bahagia Eric Goh,
Kuala Belait bagi mengucapkan ucapan tahniah sempena pengurniaan
gelaran Pehin Menteri kepada Awang Goh King Chin.
Awang Goh King Chin telah disampiri gelaran Pehin Menteri oleh Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan pada 21 April 2004
menjadi Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja.
Yang Dimuliakan Pehin Awang Goh King Chin telah banyak memberikan
sumbangan peribadi kepada JAPEM untuk sama-sama membangun dan
meringankan beban penderitaan masyarakat di negara ini.
Juga hadir dikediaman Yang Dimuliakan Pehin di Kampong Jangsak ialah
Datin Hajah Zaliha bte Haji Mohiddin, Pengarah JAPEM dan beberapa
orang pegawai kanan JAPEM.
|
|
|
14
April 2004
|
|
|
|
Sebahagian
Pegawai dan Kakitangan JAPEM yang menghadiri sesi ceramah motivasi
yang diadakan di Dewan Citrabudaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan
|
Seramai
60 orang pegawai dan kakitangan JAPEM menghadiri sesi forum motivasi
mengenai dengan Visi dan Misi JAPEM yang telah diadakan di Dewan
Citrabudaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Penceramah pada pagi itu ialah Yang Mulia Datin Hajah Zaliha bte Haji
Mohiddin, Pengarah JAPEM.
Ceramah tersebut adalah bertujuan untuk memberigakan visi dan misi
disamping matlamat Jabatan dikalangan para pegawai dan kakitangan
JAPEM. Juga disentuh dalam ceramah tersebut ialah akta-akta yang
berkaitan dengan bidang tugas JAPEM.
Terdahulu sebelum sesi ceramah bermula satu tayangan ‘Slide Ristaan
2003’ dipra tontonkan untuk mengimbas kembali kegiatan dan aktiviti
yang berlaku sepanjang tahun 2003.
|
|
|
06
April 2004
|
|
|
|
Sebahagian
pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Bohor, Alor Setar, Kedah Malaysia
yang telah diraikan di Majlis Makan Malam
|
|
Seramai
11 orang pelajar beserta 7 orang guru dari Sekolah Kebangsaan Bohor,
Alor Setar, Kedah Malaysia telah diraikan di Majlis Makan Malam yang
diadakan Restauran Millennium (Supa Save Gadong) dalam rangka lawatan
mereka ke negara ini selama 4 hari.
Rombongan tersebut diketuai oleh Cikgu Rashidah bte Hj Abdul Rahim.
Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Datin Hajah
Zaliha bte Haji Mohiddin, Pengarah JAPEM. Juga hadir ialah
Pegawai-Pegawai Kanan JAPEM.
Turut meraikan kehadiran pelajar-pelajar tersebut pada malam tadi
ialah para penghuni Rumah Kebajikan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).
Sekolah Kebangsaan Bohor, Alor Setar, Kedah terletak dipinggir Bandar
Alor Setar. Dimana Pelajar-pelajar di sekolah tersebut adalah dibawah
Program Skim Permakanan Kementerian Pendidikan Malaysia.
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|