|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI
BAGI TAHUN 2004
|
|
|
28
Disember 2004
|
|
|
|
Yang Berhormat
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan cenderamata kepada 'Saudara
Baru'
|
Majlis Pengislaman salah seorang
Penghuni Rumah Rumah-Rumah Kebajikan telah diadakan di Dewan
Serbaguna, Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan, Kampong Pulaie dihadapan
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Hadir sama di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Jemat bin
Haji Ampal, Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan, Pengarah JAPEM Datin Hajah Adina bte Othman, Pegawai-pegawai
dan kakitangan JAPEM.
|
|
|
27
Disember 2004
|
|
|
|
Pengerusi
Jawatankuasa Penempatan Tabung-Tabung di Bangunan Bank-Bank,
Gedung-Gedung Perniagaan dan Bangunan-Bangunan Awam menyampaikan
sumbangan derma kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan
Sukan
|
Sejumlah $ 41,000.00 telah disumbangkan
ke Tabung Insaniah Mangsa Gempa Bumi Iran oleh Pengerusi Persatuan
Bank-Bank Negara Brunei Darussalam selaku Pengerusi Jawatankuasa
Penempatan Tabung-Tabung di Bangunan Bank-Bank, Gedung-Gedung
Perniagaan dan Bangunan-Bangunan Awam di Negara Brunei Darussalam
kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bagi pihak
Tabung Insaniah Mangsa Gempa Bumi Iran.
Sehingga hari ini Tabung tersebut telah mengumpulkan wang derma
keseluruhannya berjumlah $ 350,077.33 Ringgit Brunei. Derma adalah
sumbangan dan kutipan amal daripada 64 penderma, terdiri daripada
kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan,
pertubuhan-pertubuhan dan syarikat swasta, persatuan-persatuan dan
orang-orang perseorangan di negara ini yang begitu peka dan simpati
terhadap penderitaan dan kesengsaraan hidup rakyat Iran yang ditimpa
gempa bumi.
|
|
|
16
Disember 2004
|
|
Yang Mulia Datin Hajah Adina bte Othman,
Pengarah JAPEM dan Awang Mohd Hussaini bin Abdullah, Penolong Pengarah
telah menghadiri 'The 3rd Asean Ministers Meeting on Social Welfare
and Development (The 5th AMMSWD) and The 1st Asean + 3 Ministers
Meeting in Social Welfare and Development (The 1st Asean + 3 WMSWD).
|
|
|
14
Disember 2004
|
|
Dayang Siti Hazizah bte Saleh, Pegawai
Pembangunan Masyarakat telah menghadiri 'The Preparotory Commitee
Meeting for the 7th East Asia and Pacific Ministerial Consultation
Children' di Bangkok, Thailand pada 14 hingga 16 Disember 2004.
|
|
|
07
Disember 2004
|
|
|
|
Persembahan
Quintet Polis Diraja Brunei menyerikan majlis tersebut
|
Salam Mesra Aidilfitri Bersama Penghuni
Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan telah diadakan di Dewan Serbaguna
Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan, Kg Pulaie.
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada petang tersebut Datin Hajah Adina
bte Othman, Pemangku Pengarah JAPEM. Juga hadir pegawai-pegawai kanan
JAPEM, pegawai-pegawai kanan daripada beberapa agensi kerajaan dan
ibubapa serta penjaga penghuni.
Disamping beberapa persembahan daripada penghuni dan kakitangan KRRK
majlis juga diserikan dengan persembahan Quintet Polis Diraja Brunei.
|
|
|
04
Disember 2004
|
|
|
|
Sebahagian
Warga Istimewa yang diraikan
|
Majlis Sambutan Hari Raya Pusat Bahagia
Eric Goh, JAPEM telah dihadiri oleh lebih 50 orang warga istimewa di
pusat tersebut.
Hadir selaku tetamu kehormat Pemangku Pengarah JAPEM, Datin Hajah
Adina bte Othman.
Sumbangan derma 'Sampul Hijau' telah disampaikan kepada warga istimewa
oleh Jake Goh, Pengarah Umum Syarikat Goh Hock Kee Motors Sdn Bhd.
Dimajlis tersebut juga Tetamu Kehormat menyaksikan pameran hasil kerja
tangan murid-murid dan pelatih pusat tersebut.
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|