|
|
|
|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI
BAGI TAHUN 2004
|
|
|
18
Februari 2004
|
|
Jabatan Pembangunan
Masyarakat (JAPEM) telah menyertai Pameran Pembangunan Negara dan
Pameran Kepimpinan Raja yang telah berlangsung di Pusat Persidangan
Antarabangsa, Berakas.
Pameran tersebut telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam
adalah bersempena dengan Sambutan Ulangtahun Hari Kebangsaan Negara
Brunei Darussalam yang ke 20.
|
|
|
5
Februari 2004
|
|
|
|
Seramai kira-kira 40 orang peserta dari
JAPEM, Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama,
Kementerian Kesihatan dan Pasukan Polis Diraja Brunei telah menerima
sijil-sijil mereka setelah menamatkan Bengkel Kaunseling Pengenalan
Keluarga dari Tetamu Kehormat Dayang Hajah Mordiah bte Haji Jackia.
|
|
|
4
Februari 2004
|
|
|
Bengkel Pengenalan Kaunseling Keluarga
telah dirasmikan oleh Pemangku Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Mordiah
bte Haji Jackia. Bengkel yang berlangsung selama dua ini telah
diadakan di Bilik Mesyuarat Attaqwa, Tingkat 3 Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan.
Bengkel ini ditaja bersama oleh pihak Commonwealth Fund for Technical
Cooperation dan juga pihak kerajaan. Seramai kira-kira 40 orang
peserta dari JAPEM, Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal
Ugama, Kementerian Kesihatan dan Pasukan Polis Diraja Brunei menyertai
bengkel ini.
Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman kakitangan dan
pegawai di Jabatan ini mengenai dengan kaunseling keluarga, iaitu
sebagai salah satu usaha Jabatan ini untuk meningkatkan perkhidmatan
kaunseling kepada orang ramai terutama sekali kepada keluarga yang
bermasalah
Selaras dengan salah satu matlamat strategi jabatan ini iatu untuk
meningkatkan ruang lingkup perkhidmatan kaunseling kepada 30% dalam
tempoh lima tahun ini.
Bengkel ini telah dikendalikan oleh seorang penceramah dari Prestige
Consultant Malaysia, Mejar Kamarul Azman bin Jamaluddin Al-Haj.
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|
|
|
|