|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI
BAGI TAHUN 2004
|
|
|
29
Januari 2004
|
Seramai sembilan orang pegawai
dan kakitangan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah
dikurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Sempena Hari Keputeraan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan
Negara Brunei Darussalam ke 57 tahun.
Dua orang pegawai dan kakitangan JAPEM menerima Pingat Jasa
Kebakitan (PJK). Mereka ialah Pengiran Haji Merali bin Pengiran Haji
Bustaman dan Dayang Hajah Asiah bte BPK Dato Paduka Haji Awang Siraj.
Dua orang pegawai dan kakitangan JAPEM menerima Pingat Indah
Kerja Baik (PIKB). Mereka ialah Haji Berudin bin Haji Singgil dan
Dayang Hajah Zainab bte Haji Hussaini.
Seramai 5 orang pegawai dan kakitangan JAPEM menerima Pingat Kerja
Lama (PKL). Mereka terdiri daripada Awang Haji Saidin bin Haji Abas,
Pengiran Suhaimi bin Pengiran Haji Zunaidi, Awang Haji Zaine bin
Haji Tarih, Dayang Noriah bte Metali dan Awang Yahkob bin Haji Omar.
Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan tersebut berlangsung di Dewan
Persantapan Lapau, Bandar Seri Begawan.
|
|
|
29
Januari 2004
|
|
Dayang Hajah Mordiah bte Haji Jackia,
Timbalan Pengarah JAPEM dan Awang Mohd Husaini bin Abdullah, Pmk.
Penolong Pengarah JAPEM telah menghadiri mesyuarat 'MCDS-STCS
Experts Series on "THE BEST INTERESTS OF THE CHILD-THE
SINGAPORE CHILD" di Singapore.
|
|
|
24
Januari 2004
|
|

|
Pemangku Pengarah JAPEM, Dayang Hajah
Mordiah bte Haji Jackia meneruskan lawtan kerjanya Ke Kelas Bimbingan
Kanak-Kanak Cacat, Tutong di Rumah Kerajaan No. 373 Simpang 172 Jalan
Sungai Basong Bukit Bendera hari ini.
Disini beliau dan rombongan telah meninjau ke beberapa buah kelas dan
menyaksikan hasil kerja tangan pelatih-pelatih.
Kelas Bimbingan Kanak-Kanak Cacat ini telah diresmikan pada 10 April
1990 dan ketika ini mempunyai seramai 48 orang pelatih dengan 6 orang
tenaga pengajar. Seramai 7 orang pelatih dari Kelas Bimbingan
Kanak-Kanak Cacat ini sedang menjalani latihan industri di jabatan
kerajaan dan syarikat swasta di daerah ini.
Pemangku Pengarah juga meneruskan lawatan kerjanya ke cawangan JAPEM
di daerah ini. Beliau juga meninjau ke bahagian-bahagian yang ada
disini disimpang mendengar permasalahan yang dihadapi oleh pegawai dan
kakitangan ketika menjalankan tugas seharian.
|
|
|
20
Januari 2004
|
|

|
Satu lawatan kerja oleh Pemangku
Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Mordiah bte Haji Jackia Ke Pusat Bahagia
Eric Goh di Jalan Pandan Lima diadakan hari ini.
Lawatan tersebut merupakan salah satu siri lawatan kerja beliau selama
sehari ke daerah ini.
Selepas mengadakan lawatan ke Pusat ini beliau meneruskan lawatan
kerja ke cawangan JAPEM di Daerah ini. Pemangku Pengarah akan
meneruskan rangka lawatan kerja ini ke Daerah Tutong dan Temburong
dalam masa yang akan datang.
|
|
|
11
Januari 2004
|
|
|
Walkaton bagi mengutip derma Tabung
Bantuan Kemanusiaan Rakyat Iraq telah diadakan di Kawasan Stadium
Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Seramai 50 orang pegawai dan kakitangan JAPEM telah dilantik menjadi
ahli Jawatankuasa Kutipan Sempena Walkaton tersebut. Sebanyak 20 buah
tabung telah disediakan untuk memudahkan orang ramai yang menyertai
walkaton sama-sama menyumbangkan derma seangkat-seangkat hati bagi
meringankan beban penderitaan rakyat Iraq.
Walkaton pada pagi ini telah berjaya mengutip sumbangan derma lebih $
7, 000.00.
|
|
|
08
Januari 2004
|
|
|
Majlis
Doa Kesyukuran Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang menyertai The 2nd
ASEAN Para Games, Hanoi, Vietnam telah diadakan di Dewan Digadong
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia
dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya DiGadong Seri Lela Dato
Seri Paduka (Dr.) Hj Awang Hussain bin Pehin Orang Kaya DiGadong Seri
Diraja Dato Laila Utama Hj Awang Mohd Yusof.
Juga hadir Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan,
Awang Haji Jemat bin Haji Ampal dan Pemangku Pengarah JAPEM merangkap
Chef De Mission, Dayang Hajah Mordiah Haji Jackia. Majlis
tersebut turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai
kanan serta para atlit Sukan Para ASEAN kali Kedua.
Majlis diselajurkan dengan sumbangan daripada Tabung Orang-Orang Cacat
berjumlah $11,400 dan penyerahan sijil Sukan Para ASEAN kepada para
atlit istimewa yang mengharumkan nama negara dalam sukan tersebut.
|
|
|
03
Januari 2004
|
|
|
Majlis membaca doa selamat bagi Jemaah
Haji JAPEM telah diadakan di Ruang Legar Bahagian Pencen-Pencen
Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan
Sukan. Seramai empat orang pegawai dan kakitangan JAPEM akan
menunaikan fardu haji bagi musim haji 1424H/2004M.
Tetamu kehormat pada petang itu ialah Yang Mulia Pengarah JAPEM, Datin
Hjh Zaliha bte Hj Mohiddin.
|
|
|
03
Januari 2004
|
|
|
Majlis Penyerahan Derma Tabung Bantuan
Kemanusiaan Rakyat Iraq telah diadakan di Bilik Mesyuarat Attaqwa Tkt
3 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, Kementerian Kesihatan telah
menyumbangkan derma sejumlah $ 8,000.00 yang telah disampaikan oleh
Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan, Kementerian Kesihatan, Dr. Hj
Affendy bin Dato Seri Paduka Haji Abidin.
Sejumlah $ 5, 384.00 diterima daripada Jawatankuasa Takmir / Muslimah
Masjid Kg. Bunut dengan kerjasama Majlis-Majlis Perundingan Kg. Bunut
Perpindahan, Kg Tasek Meradun-Bunut dan Kg Madewa.
Kesemua derma tersebut telah diterima oleh Setiausaha
Tetap,Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Yang Mulia, Awang Haji
Jemat bin Haji Ampal.
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|