|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI
BAGI TAHUN 2004
|
|
|
29 Julai 2004
|
|
|
|
Tetamu
Kehormat dan jemputan khas di Majlis Pelancaran Program Membina
Keupayaan Klien JAPEM
|
Pelancaran Program Membina Keupayaan
Klien JAPEM telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, Yang Berhormat
Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.) Haji Awg
Hussain, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.
Beberapa orang klien JAPEM yang berkelayakan telah menerima
sumbangan dari pihak kerajaan.
Dua
orang penerima Bantuan Kebajikan Bulanan, diundang untuk
menyampaikan sedikit pengalaman mendidik anak-anak mereka hingga
berjaya.
Majlis
diserikan dengan dengan persembahan mendeklimasi puisi dan nyanyian
dari gabungan warga JAPEM, Penghuni Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan
dan Murid-murid Pusat Bahagia
Diakhir majlis tersebut Tetamu Kehormat dibawa menyaksikan pameran
buah-buahan dan kerja tangan daripada klien JAPEM.
|
|
|
25
Julai 2004
|
|
|
|
Persembahan
lawak jenaka dari kumpulan Bakulan menyerikan Malam Kebudayaan JAPEM
|
Malam Kebudayaan JAPEM bersempena
dengan sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam ke 58
tahun telah diadakan di Pentas Perayaan Taman Jublie Perak.
Beberapa persembahan nyanyian, lawak jenaka dari warga JAPEM
menyerikan Malam Kebudayaan tersebut. Disamping persembahan berdondang
dari persatuan dondang Kg Tamoi.
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada malam tersebut ialah Pengarah JAPEM,
Datin Hajah Zaliha bte Haji Mohiddin.
|
|
|
13 Julai 2004
|
|
|
|
Yang Amat
Berbahagia Datin Sri Rosmah Mansor ketika menyaksikan pameran
|
Pusat Bahagia, Jabatan Pembangunan
Masyarakat pagi ini menerima lawatan Isteri Timbalan Perdana Menteri
Malaysia, Yang Amat Berbahagia Datin Sri Rosmah Mansor dan rombongan.
Ketibaan Yang Amat Berbahagia Datin Sri Rosmah Mansor dialu-alukan
oleh Pengarah JAPEM, Datin Hajah Zaliha bte Haji Mohiddin.
Sebelum memulakan lawatan Yang Amat Berbahagia mendengar taklimat
ringkas oleh Pemangku Timbalan Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Misnah Bte
Haji Bolhassan.
YAB juga beramah mesra bersama dengan pelatih dan murid Pusat Bahagia
di beberapa buah kelas Pusat Latihan Pekerjaan Orang-Orang Cacat.
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|