|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI
BAGI TAHUN 2004
|
|
|
15
Jun 2004
|
|
|
|
Sebahagian
daripada peserta rombongan yang bertolak ke Sabah, Malaysia
|
Seramai 40 orang pelatih dan murid
serta kakitangan Pusat Bahagia, JAPEM bertolak ke Sabah, Malaysia
untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Institusi Kebajikan di
sana selama 6 hari.
Lawatan tersebut adalah merupakan projek tahunan dan juga sebagai
kesimbungan lawatan-lawatan yang terdahulu.
Antara lain tujuan lawatan tersebut ialah untuk mengeratkan
silaturahim dikalangan dua buah institusi dan mempelajari atau
berkongsi pengalaman dalam pemberian latihan untuk orang-orang
kurang upaya.
Rombongan tersebut dijangka
akan membuat kunjungan muhibah dengan Ketua Unit Perkhidmatan
Kebajikan Am Sabah dan melawat ke beberapa buah institusi kebajikan
di sana.
Hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada rombongan ini ialah
Pemangku Penolong Pengarah II, Haji Afero Eswandy Haji Mohamad.
|
|
|
12
Jun 2004
|
|
|
|
Yang
Mulia Datin Pengarah menyampaikan hadiah kepada Johan Pertandingan
|
Kumpulan Al-Amerah dari Darussakinah
2 telah menjadi johan dalam Pertandingan Dikir Syarafil Anam antara
Penghuni-Penghuni Komplek Rumah-Rumah Kebajikan.
Ditempat kedua ialah kumpulan
Rabiatul Adawiah dari Taman Noorhidayah 1 dan kumpulan As Solehah
menduduki ditempat ketiga.
Sebanyak 11 buah pasukan menyertai pertandingan Dikir kali ini.
Majlis pada pagi itu juga diselajurkan dengan penyampaian hadiah
kepada para penghuni yang mencapai keputusan cemerlang dalam
peperiksaan awam.
Hadir selaku Tetamu Kehormat
di majlis tersebut ialah Yang Mulia Datin Hajah Zaliha bte Haji
Mohiddin, Pengarah JAPEM. Juga hadir pegawai-pegawai kanan dan para
ibubapa dan penjaga penghuni Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan.
Majlis diserikan lagi persembahan Dikir Marhaban oleh pegawai dan
kakitangan Rumah-Rumah Kebajikan.
|
|
|
10
Jun 2004
|
|
Dayang Hajah Misnah bte Haji
Bolhassan, Pemangku Timbalan Pengarah, telah menghadiri seminar
"On Poverty Reduction: Experience of Vietnam and Other
Countries" anjuran Asia Cooperation Dialogue yang telah
diadakan di Hanoi, Vietnam bermula pada 10 hingga 11 Jun 2004.
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|