|
|
|
|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI
BAGI TAHUN 2004
|
|
|
31
Mac 2004
|
|

|
Dua
orang pelatih Pusat Bahagia Daerah Brunei Muara dan Pusat Bahagia
Daerah Tutong, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) hari ini
berlepas ke Kuala Lumpur Malaysia untuk mengikuti kursus teknologi
maklumat komunikasi (ICT) selama setahun tajaan Hongkong &
Shanghai Bank Corporation (HSBC).
Mohd Shamirol bin Shahbudin, pelatih Pusat Bahagia Daerah Brunei
Muara dan Dayang Wartina bte Haji Wasli, pelatih Pusat Bahagia
Dearah Tutong. Mereka ini adalah pelatih-pelatih cacat pendengaran
yang akan mengikuti kursus berkenaan di salah sebuah Institusi Pekak
Malaysia.
Pengurus Perhubungan dan Hal Ehwal Awam Kerajaan yang merupakan
wakil HSBC, Awang Haji Abdul Aziz Kassim menjelaskan tujuan HSBC
menaja pelajar berkenaan adalah untuk memberi bantuan kepada
masyarakat yang memerlukan di samping merupakan salah satu projek
tahunan bank berkenaan.
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakasa bagi mengucapkan
selamat jalan kepada pelajar ialah Pengarah JAPEM, Datin Hajah
Zaliha Haji Mohiddin, Timbalan Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Mordiah
Haji Jackia, Pengurus Perhubungan dan Hal Ehwal Awam Kerajaan HSBC,
Awang Haji Abdul Aziz Kassim, Pegawai-pegawai Kanan JAPEM dan
keluarga serta sahabat handai kedua-dua pelajar itu
|
|
|
23
Mac 2004
|
|
|
Satu
ceramah motivasi yang bertajuk Kearah Pendidikan Yang Sempurna
kepada penerima Bantuan Kebajikan Bulanan telah diadakan di Dewan
Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Ceramah tersebut
telah disampaikan oleh Yang Mulia Haji Mustapa bin Haji Masri
Pemangku Ketua Bahagian Kaunseling dan Bimbingan Bakat Kerja,
Jabatan Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Datin Hajah Zaliha bte Haji
Mohiddin Pengarah JAPEM. Juga hadir Dayang Hajah Mordiah bte Haji
Jackia Timbalan Pengarah selaku Pengerusi Majlis dan pegawai-pegawai
kanan JAPEM.
Dua orang penerima Bantuan Kebajikan Bulanan, Dayang Normah bte
Timbang dan Arbaiyah bte Hj Taib (Isteri Awang Yusof bin Morsidi)
diundang untuk menyampaikan sedikit pengalaman mendidik anak-anak
mereka hingga berjaya kepada para hadirin.
|
|
|
15
Mac 2004
|
|
|
Majlis Pelancaran Tabung Insaniah
Mangsa Gempa Bumi Iran telah disempurnakan bersama oleh Yang Berhormat
Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.) Haji Awang
Hussain bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama
Haji Awang Mohd Yusof, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Yang
Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama (Dr.) Ustaz
Haji Awang Mohd Zain bin Haji Serudin, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku
Penasihat Bersama Jawatankuasa Tabung Insaniah Mangsa Gempa Bumi Iran.
Majlis
tersebut diadakan di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan.
|
|
|
13
Mac 2004
|
Seramai
4 orang pegawai dan kakitangan JAPEM adalah diantara penerima
Anugerah Cemerlang bagi pegawai dan kakitangan Kementerian
Kebudayaan Belia dan Sukan serta jabatan-jabatan dibawahnya.
Anugerah tersebut telah disampaikan kepada Pengiran Haji Marali bin Pg
Hj Bustaman, Dayang Noriah bte Haji Metali, Dayang Lim Tok Eng dan
Dayang Masni bte Haji Awang Besar oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya
Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.) Haji Awang Hussain bin Pehin
Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Mohd Yusof,
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku tetamu kehormat majlis di
Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah 1425 yang telah dikendalikan oleh
Jabatan Belia dan Sukan.
Majlis berlangsung di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan.
|
|
|
10
Mac 2004
|
|
|
Jabatan
Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah menghulurkan derma bantuan berupa
pakaian dan makanan kepada 4 keluarga mangsa kebakaran Kampong Bukit
Salat. Derma tersebut telah disampaikan oleh Pengarah JAPEM, Datin
Hajah Zaliha bte Haji Mohiddin kepada mangsa-mangsa yang terbabit.
Majlis berlangsung di Bahagian Kebajikan Am, JAPEM di Bangunan
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
|
|
|
3
Mac 2004
|
|
|
Mesyuarat
Pembubaran Jawatankuasa Kebangsaan Tabung Bantuan Kemanusiaan Rakyat
Iraq dan Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Tabung Insaniah Mangsa
Gempa Bumi Iran telah diadakan di Bilik Mesyuarat Attaqwa Tkt 3
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Mulia Awang Haji
Jemat bin Haji Ampal, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan selaku Pengerusi Bersama
Jawatankuasa Kebangsaan Tabung Bantuan Kemanusiaan Rakyat Iraq.
Turut
hadir ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato
Seri Paduka (Dr.) Haji Awang Hussain bin Pehin Orang Kaya Digadong
Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Mohd Yusof, Menteri Kebudayaan,
Belia dan Sukan dan Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja
Dato Seri Utama (Dr.) Ustaz Haji Awang Mohd Zain bin Haji Serudin,
Menteri Hal Ehwal Ugama. Juga hadir Ahli-Ahli Jawatankuasa Kebangsaan
Tabung Bantuan Kemanusiaan Rakyat Iraq.
Terdahulu sebelum itu Majlis Penyerahan Derma Tabung Bantuan
Kemanusiaan Rakyat Iraq telah diterima oleh Yang Mulia Setiausaha
Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan daripada Pengerusi
Jawatankuasa Walkaton Bagi Mengutip Derma Tabung Bantuan Kemanusiaan
Rakyat Iraq yang telah disampaikan oleh wakil Pengarah Jabatan Belia
dan Sukan, Awang Haji Abdul Malik bin Haji Mohammad sejumlah $ 7,
404.56.
Sejumlah
$ 327.00 diterima daripada Derma sumbangan daripada pihak swasta,
orang ramai dan pegawai dan kakitangan Kerajaan Daerah Temburong yang
telah diserahkan oleh Pegawai Daerah Temburong, Awang Haji Yusof bin
Bakar.
Sumbangan seterusnya datangnya daripada Pengerusi Jawatankuasa
Penempatan Tabung-Tabung di Bangunan Bank-Bank, Gedung-Gedung
Perniagaan dan Bangunan Awam yang disampaikan oleh Haji Mohd Roselan
bin Haji Mohd Daud selaku Pengerusi Jawatankuasa tersebut.
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|
|
|
|