|
|
|
|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI
BAGI TAHUN 2004
|
|
|
30
Mei 2004
|
Datin Hajah Zaliha bte Haji Mohiddin,
Pengarah JAPEM dan Awang Mohd Husaini bin Abdullah, Penolong
Pengarah 1, telah menghadiri mesyuarat 'Seventh Meeting of
Commonwealth Ministers Responsible for Women's Affairs (7WAMM) di
Nadi, Kepulauan Fiji pada 30 Mei hingga 3 Jun 2004.
Rombongan Negara Brunei Darussalam ke mesyuarat tersebut telah
diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
|
|
|
13
Mei 2004
|
|
|
|
Para
Pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Bomba ketika memberikan ceramah di
Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan Rumah Kampong Pulaie
|
Satu sesi Ceramah Mencegah Kebakaran
telah diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan
Kampong Pulaie.
Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Awang Norzali bin Apong,
Timbalan Pegawai Balai, Bahagian Perhubungan dan Pendidikan Awam,
Jabatan Perkhidmatan Bomba.
Beberapa aspek keselamatan ketika menghadapi bahaya kebakaran,
cara-cara menggunkan alat pemadam api, kaedah dan panduan menyelamat
diri yang betul semasa kebakaran telah disentuh dalam ceramah ini.
Beberapa orang pegawai kanan JAPEM dan pihak pentadbiran Kompleks
Rumah-Rumah Kebajikan Kampong Pulaie turut menghadiri sesi ceramah ini.
Juga hadir mendengar ceramah pada pagi ini ialah para penghuni
Rumah-Rumah Kebajikan Kampong Pulaie.
Diakhir sesi ceramah tersebut, para penghuni juga mencuba menggunakan
alat pemadam api.
|
|
|
12
Mei 2004
|
|
|
|
Yang
Mulia Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
menerima sumbangan derma dari Yang DiPertua Persatuan Wanita Brunei
Shell
|
Majlis Penyerahan Derma Tabung Bantuan
Insaniah Mangsa Gempa Bumi Iran telah diadakan di Bilik Mesyuarat
Attaqwa Tkt 3 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Lions Club Bandar Seri Begawan telah menyumbangkan derma sejumlah $
1,000.00 yang telah disampaikan oleh John Suffolk, President kelab
tersebut.
Sejumlah $ 586.00 diterima daripada Persekutuan Guru-Guru Melayu
Brunei (PGGMB) yang telah disampaikan oleh Setiausaha Agong PGGMB,
Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman.
Brunei LNG Sdn Bhd juga menyumbangkan derma sejumlah $ 5,142.00 yang
telah disampaikan oleh Awang Haji Mohd Said Ahmad, Pemangku Pengarah
Urusan Brunei LNG.
Sumbangan seterusnya sejumlah $ 1, 000.00 diterima daripada Persatuan
Wanita Brunei Shell yang telah disampaikan oleh Yang DiPertua
Persatuan Wanita Brunei Shell, Datin Paduka Hajah Hayati bte Pehin
Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh.
Kesemua derma tersebut telah diterima oleh Setiausaha
Tetap,Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Yang Mulia, Awang Haji
Jemat bin Haji Ampal.
|
|
|
01
Mei 2004
|
|
|
|
Peserta
Kursus Membaca Doa bergambar ramai bersama dengan Penceramah
Ustaz Awg Hj Mohd Sahri bin Hj Sulaiman dari Jabatan Hal Ehwal Masjid
|
Doa memainkan peranan yang sangat
penting dalam kehidupan manusia, doa itu merupakan penghubung diantara
hamba dengan Allah S.W.T sehubungan dengan itu JAPEM dengan kerjasama
Jabatan Hal Ehwal Masjid, Hal Ehwal Ugama telah menganjurkan kursus
membaca doa bagi pegawai dan kakitangannya.
Seramai 12 orang pegawai dan kakitangan JAPEM lelaki telah mengikuti
kursus ini selama sehari yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Attaqwa
tingkat 3, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Berapa jenis doa telah diajarkan oleh Ustaz Awg Hj Mohd Sahri bin Hj
Sulaiman disamping adab-adab berdoa, waktu-waktu doa dimustajabkan.
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|
|
|
|