|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI
BAGI TAHUN 2004
|
|
|
29
November 2004
|
|
|
|
Suasana Majlis
Ramah Mesra Bersama Warga Istimewa dan Penghuni Kompleks Rumah-Rumah
Kebajikan
|
Majlis Ramah Mesra Bersama Warga
istimewa dan Penghuni Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan telah diadakan
di Dewan Plenary Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Majlis anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang
dikelolakan oleh JAPEM telah dihadiri sama oleh Menteri KKBS,
Timbalan Menteri KKBS, SUT KKBS dan Para Pegawai Kanan KKBS dan
jabatan-jabatan di bawahnya.
Majlis diserikan dengan persembahan nyanyian oleh Warga Istimewa,
Penghuni KRRK, Pegawai dan Kakitangan KKBS dan Jabatan-Jabatan di
bawahnya
Menteri KKBS dan Timbalan Menteri KKBS telah berkesudian
menyampaikan Sumbangan Hari Raya kepada Warga Istimewa dan Penghuni
KRRK.
|
|
|
29
November 2004
|
|
Yang Mulia Datin Hajah Adina bte Othman,
Pengarah JAPEM dan Dayang Rostinah bte PDP Haji Mohd Tahir telah
menghadiri '3rd Meeting of the Asean Commitee on Women (ACW)' di Yango,
Myammar mulai 29 November hingga 1 Disember 2004.
|
|
|
25
November 2004
|
|
Dayang Hajah Misnah bte Haji Bolhasan,
Pemangku Timbalan Pengarah dan Awang Mohd Hussaini bin Abdullah,
Penolong Pengarah telah menghadiri 'Family Regional Conference' di
Singapore mulai 25 hingga 26 November 2004.
|
|
|
11
November 2004
|
|
|
|
Pengarah
Urusan YSHHB menyerahkan sekeping cek kepada YB Menteri KKBS
|
Tabung Insaniah Mangsa Gempa Bumi Iran
terus menerima sumbangan derma dari pelbagai pihak. Pegawai-Pegawai
dan Kakitangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah
menyumbangkan derma yang telah disampaikan oleh YDM POKPM Dato Paduka
Hj Abd Ghani, Pengarah Urusan.
Sejumlah $11,000.00 disumbangkan oleh Pegawai-Pegawai dan Kakitangan
DST Group yang telah disampaikan kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan
Sukan oleh Pg Hj Md Zain bin Pg Damit Pengarah Urusan.
Disamping itu Ahli-ahli Perubuhan ini juga telah bermurah hati
memberikan sumbangan derma untuk Tabung Anak-Anak Yatim sejumlah
$20,000.00 dan Tabung Bantuan Tajaan Kanak-Kanak Sekolah sejumlah
$1,000.00.
|
|
|
10
November 2004
|
|
Dayang Rostinah bte PDP Haji Mohd Tahir,
Pegawai Pembangunan Masyarakat telah menghadiri 'Proposal for Regional
Workshop on Emergency Community Services' di Hanoi, Vietnam pada 10
hingga 12 November 2004.
|
|
|
08
November 2004
|
Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka
Puasa Bersama Keluarga Penghuni Kompleks Rumah Kebajikan Kampong
Pulaie (KRRK) telah diadakan Dewan Serbaguna KRRK. Majlis tersebut
menandakan berakhirnya bertederus sepanjang Bulan Ramadhan di KRRK.
Hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis tersebut, Pemangku Pengarah
JAPEM, Datin Hajah Adina bte Othman.
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|