|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI
BAGI TAHUN 2004
|
|
|
30
Ogos 2004
|
|
Dayang Hajah Misnah bte Haji
Bolhassan, Pemangku Timbalan Pengarah, telah menghadiri mesyuarat
'The 2nd Asean & Japan High Level Meeting on Caring Societies:
Development of Human Resources and Implication of Aging Societies'
di Tokyo, Jepun pada 30 hingga 2 September 2004.
|
|
|
26
Ogos 2004
|
|
Penutup Rasmi dan Penyampaian Sijil
Program Pembinaan Jati Diri Bagi Penuntut-Penuntut Institusi
Pengajian Tinggi (Ipt) Dalam Dan Luar Negeri Kali Kedua telah
diadakan di Pusat Logistik Outward Bound Brunei Darussalam, Batang
Duri Temburong telah disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Mohd
Husaini bin Abdullah, Penolong Pengarah.
|
|
|
25
Ogos 2004
|
|
Dayang Hajah Siti Zarena bte Haji
Ismail, Pegawai Pembangunan Masyarakat, telah menghadiri bengkel 'Asean
Committee on Women, Information and Communication Technologies
Workshop' di Singapura pada 25 hingga 27 Ogos 2004.
|
|
|
23
Ogos 2004
|
|
Dayang Hajah Nor Hasma bte Haji Hashim,
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, telah menghadiri bengkel
'Training on Self-Empolyment and New Enterpreneurship Development for
Women' di Bangkok, Thailang pada 23 hingga 27 Ogos 2004.
|
|
|
21
Ogos 2004
|
|
|
|
Yang Mulia
Setiausaha Tetap Kebudayaan Belia dan Sukan menerima sumbangan derma
daripada Yang Mulia Awang Haji Saji bin Mudin
|
Tabung Insaniah Mangsa Gempa Bumi Iran
hari ini menerima sumbangan derma daripada Pengerusi Lembaga
Bandaran Bandar Seri Begawan (Derma adalah hasil Jualan Bazaar
Tempatan bagi Tabung Insaniah Mangsa Gempa Bumi Iran yang dianjurkan
Jabatan Lembaga Bandaran dan dikendalikan bersama oleh Riza Fudhlana
Enterprise and Trading Co. dan Syarikat Perdana Sdn Bhd)
Sumbangan derma tersebut telah diserahkan kepada Yang Mulia Awang Haji
Jemat bin Haji Ampal, Setiausaha Tetap Kebudayaan Belia dan Sukan
selaku Pengerusi Bersama tabung berkenaan oleh Yang Mulia Awang Haji
Saji bin Mudin.
|
|
|
19
Ogos 2004
|
|
|
|
Sebahagian
daripada Penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang menyertai
Program Pembinaan Jati Diri di Outward Bound Brunei Darussalam
|
Majlis Ramah Mesra Peserta Program
Pembinaan Jati Diri Bagi Penuntut-Penuntut Institusi Pengajian Tinggi
(IPT) Dalam Dan Luar Negeri Kali Kedua telah disempurnakan oleh Yang
Mulia Dayang Hajah Misnah bte Haji Bolhassan Pemangku Timbalan
Pengarah JAPEM yang telah diadakan di Dewan Citrabudaya, Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Seramai 40 orang penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Dalam dan
Luar Negeri akan menyertai program tersebut yang akan diadakan di
Outward Bound Brunei Darussalam selama 3 tiga.
|
|
|
17
Ogos 2004
|
|
Datin Hajah Zaliha bte Haji Mohiddin,
Pengarah JAPEM dan Dayang Siti Hazizah bte Saleh, Pegawai Pembangunan
Masyarakat, telah mengadakan lawatan kerja ke Singapura dibawah
program 'Advisory Services On Management of Juvenile Delinquents in
Relation to New Approaches to Rehabilition Programme' pada 17 hingga
19 Ogos 2004.
|
|
|
17
Ogos 2004
|
Seramai 6 orang pegawai dan kakitangan
dari Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan dan Bahagian Pembangunan Keluarga
telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Malaysia dibawah program 'Advisory Services On Management of Juvenile
Delinquents in Relation to New Approaches to Rehabilition Programme'
bermula dari 17 hingga 27 Ogos 2004.
Rombongan tersebut telah diketuai oleh Pegawai Kaunseling, Pg Mahdi
bin Pg Hj Mohd Salleh.
|
|
|
16
Ogos 2004
|
Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM)
telah menghantar sebuah kumpulan untuk menyertai Persembahan
Pengurusan Kumpulan Kerja Cemerlang Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi tahun 2004.
Majlis berlangsung di Institut Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana
Menteri di Kampong Rimba.
|
|
|
05
Ogos 2004
|
|
|
|
Salah seorang
peserta menerima sijil dari Tetamu Kehormat
|
Penutup Rasmi Bengkel Orintasi dan
Mobiliti bagi membantu Orang-Orang Kurang Upaya Penglihatan dan
Berkerusi Roda telah diadakan di Dewan Citrabudaya dan disempurnakan
oleh Datin Hajah Zaliha bte Haji Mohiddin, Pengarah JAPEM.
Hampir 40 orang peserta dari beberapa agensi kerajaan, swasta dan
persendirian menyertai bengkel selama 2 hari.
Bengkel tersebut dihasratkan untuk memberi pengetahuan asas kepada
orang ramai dalam membantu pergerakan orang-orang kurang upaya dengan
cara betul.
Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil-sijil kepada para peserta
oleh Tetamu Kehormat.
|
|
|
04
Ogos 2004
|
|
|
|
Yang Berhormat
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan Tongkat Putih kepada
salah seorang OKU penglihatan
|
Majlis Pelancaran Pendaftaran
Orang-Orang Kurang Upaya Seluruh Negara dan Bengkel Orientasi /
Mobiliti bagi Membantu Orang-Orang Kurang Upaya Penglihatan dan
Berkerusi Roda telah disempurnakan oleh ang
Berhormat Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.)
Haji Awg Hussain, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.
Beberapa orang kurang upaya penglihatan dan berkerusi roda telah
menerima sumbangan Tongkat Putih dan Kerusi Roda daripada Tetamu
Kehormat.
Majlis pada pagi itu juga diserikan dengan demonstrasi tunjukcara
membantu pengerakan Orang-Orang Kurang Upaya dengan cara betul.
|
|
|
02 Ogos 2004
|
Tabung
Insaniah Mangsa Gempa Bumi Iran hari ini menerima sumbangan derma
daripada Kumpulan Isteri Menteri-Menteri Kabinet, Isteri
Timbalan-Timbalan Menteri, Isteri Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Dipertuan Negara Brunei Darussalam.
Sumbangan derma tersebut telah diserahkan kepada Yang Berhormat Pehin
Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.) Haji Awg Hussain,
Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan selaku Penasihat Bersama tabung
berkenaan oleh Yang Dimuliakan Seri Lela Pengiring Diraja Seri Utama
Dayang Hajah Rosnah bte Abdullah.
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|