|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI
BAGI TAHUN 2004
|
|
|
21
Oktober 2004
|
|
|
|
Sebahagian
anak-anak yatim di Majlis Penyampaian Derma yang berlangsung
Di Dewan Plenary Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas
|
Seramai 2022 orang anak yatim yang
berumor dibawah 18 tahun dari seluruh negara menerima sumbangan
derma dari Tabung Anak-Anak Yatim Negara Brunei Darussalam, Bank
Islam Brunei Berhad dan Dana Pg Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah bagi
Anak-Anak Yatim, yang mana sumbangan derma bagi pihak anak-anak
yatim daerah Belait, Tutong dan Temburong telah diterima oleh
Pegawai Daerah masing-masing.
Tetamu Kehormat di Majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Datin, yang seterusnya telah
mengetuai penyampaian derma kepada anak-anak yatim seluruh negara.
Majlis tersebut adalah majlis tahunan anjuran Jabatan Pembangunan
Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang
diadakan setiap tahun dalam bulan Ramadhan dan majlis ini telahpun
diadakan sejak hampir 30 tahun yang lalu.
|
|
|
14
Oktober 2004
|
|
|
|
Tetamu
Kehormat ketika Merasmikan Pelancaran Projek Titian Amal di KRRK
|
Majlis Pelancaran Projek Titian Amal
Angkatan Tentera Perkhidmatan Bersenjata Diraja Brunei di Kompleks
Rumah-Rumah Kebajikan (KRRK), Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM)
telah disempurnakan oleh Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Yakub bin
Abu Bakar Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Tetamu Kehormat juga meninjau kawasan projek peringkat pertama (pembersihan
dan pembisaian kawasan) dan seterusnya melawat Ruang Si Manja di
Darussakinah II.
Majlis pada petang itu di akhiri dengan majlis membaca Surah Yassin,
Bertahlil dan membaca Doa Arwah sempena kedatangan Bulan Ramadhan 1425
yang diadakan di Dewan Serbaguna KRRK.
|
|
|
13
Oktober 2004
|
|
|
|
Yang Berhormat
Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan menyampaikan hadiah-hadiah kepada
pemain pasukan Jabatan Belia dan Sukan
|
Jabatan Belia dan Sukan telah menjuarai
Piala Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bagi tahun 2004.
Pasukan tersebut telah menewaskan Pasukan Jabatan Pusat Sejarah dengan
jaringan 6 - 0 diperlawanan akhir yang berlangsung di Belapan dan
Padang Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.
Sebanyak 6 buah pasukan telah menyertai kejohanan tersebut yang
bermula pada 18 September lalu yang telah dikelolakan oleh Jabatan
Pembangunan Masyarakat (JAPEM).
Hadiah-Hadiah telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat pada malam itu,
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka
(Dr.) Haji Awang Hussain, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
|
|
|
06
Oktober 2004
|
|
|
|
Timbalan
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menerima sumbangan derma daripada
Ahli-Ahli Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Brunei (WI)
|
Lebih 30 ribu ringgit telah
disumbangkan kepada Tabung Insaniah Mangsa Gempa Bumi Iran.
Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menerima sumbangan derma
tersebut ialah Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang
Mulia Dato Paduka Haji Yakub bin Abu Bakar.
Juga hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan, Yang Mulia Awang Haji Jemat bin Haji Ampal dan Pengarah JAPEM,
Datin Hajah Zaliha bte Haji Mohiddin.
Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pendidikan telah
menyumbangkan sejumlah $ 23,924.17 yang telah diserhkan oleh Haji
Abdul Salam, Pengarah Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan.
Sejumlah $ 1,500.00 telah disumbangkan oleh Ahli-Ahli Pertubuhan
Perkumpulan Perempuan Brunei (WI) yang telah diserahkan oleh Yang
Dipertua Dayang Hajah Marhani bte Haji Abd Latif.
Masyarakat Kristian, Bandar Seri Begawan telah menyumbang sejumlah $
4, 779.46 yang telah diserahkan oleh Awang Archdeacon Solomon Patrick.
Yang Mulia Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan juga menerima
sumbangan derma untuk Tabung Anak-Anak Yatim sejumlah $ 1,500.00
daripada Ahli-Ahli Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Brunei (WI).
|
|
|
05
Oktober 2004
|
|
|
|
Kebawah Duli
Yang Maha Mulia menyaksikan slip pembayaran
Bantuan Kebajikan Bulanan
|
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam telah
berkenan mengadakan lawatan mengejut ke Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan.
Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) merupakan jabatan yang
mula-mula sekali Baginda lawati.
Sepanjang lawatan ini Baginda telah diiringi oleh Yang Mulia Pengarah
JAPEM disamping mendengar sembah taklimat fungi dan peranan setiap
bahagian di Jabatan ini.
Baginda juga berkenan menerima junjung ziarah daripada pegawai dan
kakitangan JAPEM.
|
|
|
04
Oktober 2004
|
|
Dayang Hajah Misnah bte Haji Bolhasan, Pemangku Timbalan Pengarah
JAPEM telah menghadiri '4th Meeting of The ASEAN Ministers on Rural
Development and Poverty Eradication (AMRDPE)' di Singapore mulai 4
hingga 8 Oktober 2004.
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|