|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI
BAGI TAHUN 2004
|
|
|
29
September 2004
|
|
|
|
Kanak-kanak
Kurang Upaya yang menangi acara yang telah dipertandingkan
|
Sukan Orang Kurang Upaya adalah
merupakan satu aktiviti JAPEM, Kementerian Kebudayaan Belia dan
Sukan bahagian Perkhidmatan Orang-Orang Cacat, diadakan setiap 2
tahun sekali.
Sukan ini diungkayahkan sebagai satu cara untuk mengisi masa dan
tuntutan keperluan beriadah bagi mereka yang kurang upaya di mana
mereka ini akan mengambil bahagian di dalam aktiviti yang
bersesuaian dengan tidak memudaratkan.
Hadir selaku Tetamu Kehormat di Perasmian Sukan berkenaan ialah
Pemangku Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin
Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria.
Sejumlah 102 pingat emas turut dipertandingkan dalam temasya dua
hari itu.
|
|
|
27
September 2004
|
|
|
|
Yang Mulia
Timbalan Menteri menunaikan sembahyang berjemaah Fardhu Asar
|
Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan
Sukan, Yang Mulia Dato Paduka Haji Yakub bin Awang Abu Bakar telah
melakukan lawatan kali kedua ke Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan Kg
Pulaie (KRRK).
Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Isteri telah
sama-sama menunaikan sembahyang berjemaah Fardhu Asar bersama-sama
dengan para pegawai dan kakitangan serta penghuni KRRK.
Majlis diserikan dengan ceramah agama yang telah disampaikan oleh
Ustazah Hjh Rogayah bte Hj Md Taha dan ceramah kaunseling telah
disampaikan oleh Pegawai Kaunseling, Pg Mahdi bin Pg Hj Mohd Salleh.
|
|
|
22
September 2004
|
|
Dayang Raimah bte Mohamad, Pengajar
Kanan dan Dayang Hajah Roslina bte Haji Mohd Salleh telah menghadiri
bengkel 'UNESCAP Project on Disability Statistics: 2nd Workshop for
Improving Disablity Statistics and Measurement' di Bangkok, Thailand
on 27 hingga 29 September 2004.
|
|
|
22
September 2004
|
|
|
|
Yang Mulia
Timbalan Menteri beramah mesra dengan salah seorang penghuni
KRRK
|
Para Pegawai dan Kakitangan serta
Penghuni Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan Kg Pulaie (KRRK) telah
menerima lawatan suai kenal Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan
Sukan, Yang Mulia Dato Paduka Haji Yakob bin Abu Bakar.
Satu taklimat ringkas mengenai KRRK telah disampaikan oleh Penguasa
KRRK, Pg Hj Marali bin Pg Hj Bustamam.
Yang Mulia Timbalan Menteri juga mengadakan lawatan ke persekitaran
KRRK dan beramah mesra dengan para penghuni.
|
|
|
18
September 2004
|
|
|
|
Yang Mulia
Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bersalaman
dengan ketua pasukan yang menyertai kejohanan tersebut
|
Perasmian Kejohanan Bolasepak Antara
Jabatan-Jabatan Di Bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah
disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Haji Jemat bin Haji Ampal,
Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.
Sebanyak enam buah pasukan telah menyertai kejohanan ini yang akan
berakhir pada pertengahan bulan depan.
Perlawanan pembukaan kejohanan telah diakan selepas perasmian
kejohanan ini diantara tuan rumah, JAPEM bertemu dengan pasukan KKBS
yang mana berkesudahan dengan JAPEM tewas kepada KKBS (1 - 2).
|
|
|
15
September 2004
|
|
|
|
Peserta kursus
membaca doa bergambar kenangan dengan Pengerusus
|
|
Doa memainkan peranan yang sangat
penting dalam kehidupan manusia, doa itu merupakan penghubung diantara
hamba dengan Allah S.W.T sehubungan dengan itu JAPEM dengan kerjasama
Jabatan Hal Ehwal Masjid, Hal Ehwal Ugama telah menganjurkan kursus
membaca doa bagi pegawai dan kakitangannya.
Seramai 19 orang pegawai dan
kakitangan JAPEM perempuan telah mengikuti kursus ini selama sehari
yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Attaqwa tingkat 3, Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Berapa jenis doa telah diajarkan oleh Ustaz Awg Haji Suhaimi bin Haji
Mat Noor disamping adab-adab berdoa, waktu-waktu doa dimustajabkan.
|
|
|
05
September 2004
|
|
Dayang Hazizah bte Saleh, Pegawai
Pembangunan Masyarakat, telah menghadiri kursus "Poverty
Alleviation: Localising The Anti-Poverty Agenda (The Malaysian
Experince)" di Malaysia pada 5 hingga 25 September 2004.
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|