|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2005
|
|
|
|
|
21
Disember 2005
|
|
Majlis
mengalu-alukan ketibaan kontingen The 3rd ASEAN Para Games
|
|
Majlis
mengalu-alukan ketibaan kontingen Negara Brunei Darussalam daripada
The 3rd
ASEAN Para Games, Manila Philippines pada 14 hingga 20
Disember 2005 telah berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa
Berakas Brunei.
Hadir mengalu-alukan kontingen negara ialah Yang Berhormat Pehin
Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Paduka Awang Haji Abdullah bin
Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Pemangku Menteri Kebudayaan,
Belia dan Sukan. Awang Haji Sumaidi bin Sukaimi, Pemangku Setiausaha
Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Pegawai-Pegawai
Kanan dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan
Pembangunan Masyarakat.
Kontingen
Negara Brunei Darussalam telah berjaya memperolehi 17 pingat (7 emas,
6 perak dan 4 gangsa). Seorang peserta negara, Awang Rosli bin Haji
Hastan telah berjaya memperbarui rekod Sukan Para Games Asean (New
Asean Para Games Record).
|
|
|
19
Disember 2005
|
|
hadiri
bengkel di thailand
|
|
Awang Haji Berudin bin Haji Singgil, Pemangku
Pegawai Pembangunan Masyarakat
telah menghadiri bengkel "ASEAN Workshop On Rural Development
and Poverty Eradication" di Bangkok, Thailand pada 19-22
Disember 2005.
|
|
|
12
Disember 2005
|
|
atlet
paragames berlepas ke manila
|
Seramai 23 orang atlet yang menyertai Sukan
Para Games ke-3 pagi ini berlepas ke Manila, Filipina.
Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas untuk mengucapkan
selamat jalan kepada kontingen tersebut ialah Datin Hajah Adina bte
Othman, Pengarah JAPEM.
Dalam kejohanan dwi tahunan ini Brunei menyertai 23 acara iaitu
acara olahraga, renang dan catur. Seramai 16 orang pegawai termasuk
Chef-de-mission, Haji Rosmadee bin Haji Mohd Daud menyertai
kontingen negara kali ini.
Di Sukan Para Games ke-2 di Vietnam, Brunei telah memperolehi 4 Emas,
8 Perak dan 7 Gangsa.
|
|
|
9
Disember 2005
|
|
train-trainer
in special olympic soccer
|
|
Awang Haji Wahid bin Ismail, Pengajar di
Pusat Bahagia, JAPEM telah mengikuti program "Train-The Trainer
In Special Olympic Soccer" di Sarawak, Malaysia pada 9-12
Disember 2005.
|
|
|
8
Disember 2005
|
|
sukan
para games ke-3
|
|
Majlis
Penyerahan Bendera Negara kepada Kontingen Negara Brunei Darussalam
ke 3rd Asean Para Games, Manila Philippines telah diadakan di Dewan
DiGadong Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.
Bendera Negara telah diserahkan kepada Chef De Mission, Awang Haji
Rosmadee bin Haji Mohd Daud oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya
Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad
bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Seramai 39 kontingen Brunei Darussalam, 23 Atlet dan 16 pegawai
pengiring akan bertolak ke Manila, Philippine.
|
|
|
7 Disember 2005
|
|
Pelancaran
sms brunei prihatin untuk tabung kemanusiaan gempa bumi pakistan
|
|
Pelancaran SMS Brunei Prihatin Untuk Tabung
Kemanusiaan Gempa Bumi Pakistan telah dilancarkan di Airport
Restaurant, Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas oleh Yang
Berhormat Pehin Orang Kaya Seri
Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin
Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Pengguna telefon bimbit DST Com, Prima dan Easi berpeluang untuk
membuat sumbangan dengan hanya menghantar pesanan teks ringkas SMS
Pakistan dengan menaip PKT (tanpa jarak) dan jumlah yang dikehendaki
iaitu 1,5,10,15 dan 20 sebagai contoh PKT5 (bagi derma berjumlah $5)
dan hantar kepada 8885555. SMS ini akan berakhir sehingga 28
Februari 2006.
Majlis pada pagi itu juga diselajurkan dengan penyerahan cek
berjumlah $183,517 yang dikutip melalui perkhidmatan pesanan ringkas
(sms) daripada pengguna Prima dan Easi bagi SMS Brunei prihatin
untuk anak-anak yatim kebangsaan kepada Yang Berhormat Menteri
Kebudayaan, Belia dan Sukan oleh Ketua Pegawai Operasi DST Group,
Haji Marsad Haji Ismail.
|
|
|
6
Disember 2005
|
|
menghadiri
program di phuket, thailand
|
|
Pengiran Mahdi bin Pg Haji Mohd Salleh, Pengawai
Kaunselor
telah mengikuti program "Training On Supporting The
Psychososial Well-Being Of Childrens And Communities In Emergencies" di
Phuket, Thailand pada 6-7
Disember 2005.
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|