|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2005
|
|
|
|
|
|
31
Januari 2005
|
| kunjungan
daripada wakil UNICEF
|
|
|
Yang
Mulia Pengarah JAPEM menerima kunjungan daripada Gaye Philips
dan Kiran Rani Sharma wakil UNICEF yang beribu pejabat di Kuala
Lumpur, Malaysia.
Hadir sama ialah beberapa orang pegawai kanan, JAPEM.
Semasa perjumpaan itu, mereka membincangkan persediaan awal mengenai
mesyuarat 'The Seventh East Asia and Pacific Ministerial
Consultation on Children' yang akan diadakan
pada 23-25 Mac 2005 di Siem Reap, Kemboja.
|
|
|
24 Januari 2005
|
| Majlis
Korban bagi Pusat Bahagia, Kg Pulaie
|
Majlis
Korban bagi Pusat Bahagia, JAPEM telah dilangsungkan di Pusat
Bahagia, Kg Pulaie.
Hadir dimajlis tersebut selaku Tetamu Kehormat ialah Pengarah JAPEM,
Datin Hajah Adina bte Othman. Seekor lembu dan seekor kambing telah
dikorban dimajlis tersebut.
|
|
|
03 Januari 2005
|
| Pelancaran
Tabung Bantuan Mangsa Bencana Tsunami
|
|
|
Majlis
Pelancaran Tabung Bantuan Mangsa Bencana Tsunami dilangsungkan di
Bilik Attaqwa, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Hadir majlis tersebut Penasihat Bersama Jawatankuasa Tabung
berkenaan, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan Menteri Hal
Ehwal Ugama dan Pengerusi Bersama Tabung tersebut Setiausaha Tetap
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan
Setiausaha Tetap Hal Ehwal Ugama serta Pengarah JAPEM selaku
Setiausaha Tabung.
Susulan daripada pelancaran berkenaan mesyuarat Jawatankuasa Tabung
Bantuan Mangsa Bencana Tsunami diadakan bagi membincangkan
aktiviti-aktiviti yang akan diungkayahkan bagi tujuan kutipan derma
tabung tersebut.
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|