|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2005
|
|
|
|
|
|
26 Julai 2005
|
| Majlis
Forum di Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, TutonG
|
|
Pembentangan kertas kerja "Peranan
JAPEM Menangani Masalah Sosial Remaja" telah disampaikan oleh
Irnawati Haji Mahir, Penolong Pengajar Kanan JAPEM di Majlis Forum,
Pameran dan Demonstrasi Sebatan Program Pendidikan Pencegahan
Penyalahgunaan Dadah 2005 telah diadakan di Dewan Kumpul Sekolah
Menengah Sufri Bolkiah, Tutong.
Majlis tersebut adalah merupakan program jerayawara Jawatankuasa
Peringkat Kebangsaan Menangani Isu-Isu Sosial ke sekolah-sekolah
kerajaan dan bukan kerajaan di seluruh negara.
|
|
|
19 Julai 2005
|
| lawatan
kerja ke Banda Aceh
|
| Datin Hjh
Adina bte Othman, Pengarah JAPEM dan Awg Mohd Husaini bin Abdullah,
Penolong Pengarah telah mengadakan lawatan kerja bersama rombongan
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) ke Banda Aceh, Nanggroe
Aceh Darussalam Republik Indonesia pada 19 hingga 25 Julai 2005.
|
|
|
14 Julai 2005
|
|
LAWATAN
MENTERI KKBS KE DAERAH TUTONG
|
|
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri
Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji
Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengadakan lawatan ke
JAPEM cawangan Tutong dan Kelas Bimbingan Kanak-Kanak Cacat (KBKKC)
daerah Tutong.
Sepanjang lawatan tersebut Yang Berhormat telah diiringi oleh Awg Mohd
Husaini bin Abdullah, Penolong Pengarah JAPEM.
|
|
|
13 Julai 2005
|
|
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri
Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji
Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengadakan lawatan ke
JAPEM cawangan Belait, Pusat Bahagia Eric Goh Kuala Belait dan Barek
Kerajaan Jalan Singa Menteri, Kuala Belait.
Sepanjang lawatan tersebut Yang Berhormat telah diiringi oleh Awg Mohd
Husaini bin Abdullah, Penolong Pengarah JAPEM.
|
|
|
12 Julai 2005
|
|
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri
Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji
Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengadakan lawatan ke
tapak pembinaan Pusat Pemulihan Belia Lelaki dan Perempuan Jabatan
Pembangunan Masyarakat yang terletak di Kampong Belimbing Subok.
Taklimat mengenai dengan perkembangan projek ketika ini telah
disampaikan oleh pegawai dari Arkitek Asasreka.
Terdahulu sebelum itu Yang Berhormat telah mengadakan lawatan ke Pusat
Penempatan Sementara Belimbing Subok.
|
|
|
5 Julai 2005
|
|
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri
Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji
Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengadakan lawatan ke
Pusat Bahagia JAPEM di Pulaie dan Komplek Rumah-Rumah Kebajikan Kg
Pulaie.
Sepanjang lawatan Yang Berhormat telah diiringi oleh Yang Mulia
Pengarah JAPEM Datin Hajah Adina bte Othman.
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|