|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2005
|
|
|
|
|
|
30 Jun 2005
|
| Menteri
KKBS mengadakan lawatan ke JAPEM cawangan Temburong dan KBKKC
cawangan Temburong
|
|
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri
Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji
Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengadakan lawatan ke
JAPEM cawangan Temburong dan Kelas Bimbingan Kanak-Kanak Cacat
cawangan Temburong.
Sepanjang lawatan Yang Berhormat telah diiringi oleh Yang Mulia
Pengarah JAPEM.
|
|
|
23 Jun 2005
|
| Anugerah
Pekerja Cemerlang
|
Seramai
3 orang pegawai dan kakitangan JAPEM adalah diantara penerima
Anugerah Pekerja Cemerlang bagi pegawai dan kakitangan
Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan serta jabatan-jabatan
dibawahnya.
Anugerah tersebut telah disampaikan kepada Dk Hjh Zainab bte Pg Hj
Taha, Dayang Hjh Rosnah bte Duraman dan Dayang Siti Zaleha bte Awang
Damit oleh Yang Mulia Dato Paduka Awg Hj Yakub bin Abu Bakar selaku
Tetamu Kehormat majlis di Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di
bawahnya bagi tahun 2005.
Majlis berlangsung di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan.
|
|
|
22 Jun 2005
|
|
Majlis
Pelancaran Projek Keluarga Dalam Memeduli Warga Emas
|
|
Majlis Pelancaran Projek Keluarga Dalam
Memeduli Warga Emas anjuran bersama Jabatan Pembangunan Masyarakat,
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan HelpAge of Korea telah
diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.
Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut Yang Berhormat Menteri
Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Tetamu Kehormat juga dibawa melawat dan menyaksikan pameran kraftangan
warga emas.
|
|
|
18 Jun 2005
|
|
Lawatan
Jawatankuasa Biro
Wanita Majlis Perundingan Kampong Menengah, temburong
|
|
Seramai 30 orang Ahli Jawatankuasa Biro
Wanita Majlis Perundingan Kampong Menengah, Temburong telah mengadakan
lawatan ke Ibu Pejabat Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).
Rombongan tersebut telah diketuai oleh Hjh Rogayah bte Hj Ahmad.
Taklimat mengenai dengan tugas dan tanggungjawab Jabatan telah
disampaikan oleh Hjh Siti Zarena bte Hj Ismail, Pegawai Pembangunan
Masyarakat.
Rombongan juga dibawa melawat ke beberapa bahagian Jabatan ini.
|
|
|
14 Jun 2005
|
|
hadiri mesyuarat
|
|
Siti Hazizah bte Saleh, Pegawai
Pembangunan Masyarakat telah menghadiri mesyuarat 'The East Asia and
Pacific Regional Consultation For The United Nations Study On Violence
Against Children' di Bangkok, Thailand pada 14 hingga 16 Jun 2005.
|
|
|
11 Jun 2005
|
|
kursus
'IPC. APC Table Tenis'
|
|
Wan Ali bin Wan Ibrahim, Penolong
Pengajar Kanan dan Mohd Zain bin Haji Mohamad, Pekerja Pembangunan
Masyarakat Tkt 1 telah menghadiri kursus 'IPC. APC Table Tenis
Technically and Classification Course' di Kuala Lumpur, Malaysia pada
16 hingga 22 Jun 2005.
|
|
|
4
Jun 2005
|
|
Penyampaian sijil
KURSUS OBBD
|
|
Seramai 16 orang pegawai dan kakitangan
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di
bawahnya telah berjaya menamatkan Kursus Kesedaran Peribadi Outward
Bound Brunei Darussalam.
Kursus tersebut telah diadakan selama 6 hari yang bermula pada 26-31
Mei 2005 bertempat di Outward Bound Brunei Darussalam, Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan di Kampong Batang Duri Temburong yang
diselaraskan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM.
Majlis Penyampaian sijil telah diadakan di Dewan Citra Budaya,
Kementerian kebudayaan, Belia dan Sukan dan telah disempurnakan oleh
Yang Mulia Haji Khalid bin Haji Ghazali, Pegawai Tugas-Tugas Khas 1.
|
|
|
1
Jun 2005
|
|
LAWATAN
MENTERI KKBS KE IBU PEJABAT JAPEM
|
|
Satu Perjumpaan dan Ramah Mesra para
Pegawai Kanan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan Yang
Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri
Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia
dan Sukan yang baru dilantik telah diadakan di Bilik Mesyuarat Attaqwa
tingkat 3, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Taklimat mengenai fungsi dan tanggungjawab Jabatan telah disampaikan
oleh Yang Mulia Pengarah JAPEM, Datin Hjh Adina bte Othman.
Yang Berhormat juga mengadakan lawatan ke bahagian-bahagian yang
terdapat di sini. Sepanjang lawatan tersebut taklimat telah
disampaikan oleh Yang Mulia Pengarah JAPEM.
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|