|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2005
|
|
|
|
|
|
30 Mac 2005
|
| seminar
"Effective Seminar Public Affairs and Communications'
|
| Dayang
Hajah Zarena bte Haji Ismail, Pengawai Pembangunan Masyarakat, telah
menghadiri seminar "Effective Seminar Public Affairs and
Communications' di Raffles The Plaza, Singapore pada 30 hingga 31
Mac 2005.
|
|
|
24 Mac 2005
|
| Lawatan
Perundingan Biro Belia dan Wanita Kampong Setia 'A'
|
Seramai 26
orang Ahli-ahli Majlis Perundingan dan Biro Belia dan Wanita
Kampong Setia 'A' telah membuat lawatan ke JAPEM.
Satu taklimat mengenai dengan Jabatan ini telah diberikan oleh Pmk.
Timbalan Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Misnah bte Haji Bolhassan.
|
|
|
23 Mac 2005
|
| mesyuarat
'The 7th East Asia and Pacific Ministerial Consultation on Children'
|
|
Datin Hajah Adina bte
Othman, Pengarah JAPEM dan Dayang Siti Hazizah bte Saleh, Pegawai
Pembangunan Masyarakat, telah menghadiri mesyuarat 'The 7th
East Asia and Pacific Ministerial Consultation on Children' di Siem
Reap, Cambodia pada 23 hingga 25 Mac 2005.
|
|
|
5 Mac 2005
|
|
Majlis
Ramah Mesra Bersama Penghuni-Penghuni PPSB, Subok
|
Majlis Ramah Mesra Bersama
Penghuni-Penghuni Pusat Penempatan Sementara Belimbing, Subok telah
diadakan di Pusat Penempatan Sementara Belimbing, Subok.
Hadir dimajlis tersebut selaku Tetamu Kehormat ialah Pengarah JAPEM,
Datin Hajah Adina bte Othman.
Ramah Mesra tersebut juga dihadiri oleh wakil-wakil dari Jabatan
Sekolah-Sekolah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Belia dan Sukan.
Majlis pada malam tersebut juga diselajurkan dengan penyerahan
peralatan sukan kepada wakil penghuni Pusat Penempatan Sementara
Belimbing, Subok.
|
|
|
3 Mac 2005
|
|
Majlis
Khatam Al-Quran bagi penghuni- penghuni KRRK
|
|
Majlis Khatam Al-Quran Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan telah
dilangsungkan di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan.
Seramai 21 orang Penghuni Komplek Rumah-Rumah Kebajikan telah di
Khatam di majlis tersebut.
Hadir di majlis tersebut selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat
Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka (DR) Hj Awang
Hussain, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|