|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2005
|
|
|
|
|
28
November 2005
|
|
majlis
riang ria aidilfitri kompleks rumah kebajikan
|
Majlis Riang Ria Aidilfitri Kompleks
Rumah-Rumah Kebajikan (KRRK) telah diadakan di Dewan Serbaguna
Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan, Kg Pulaie.
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada petang tersebut Datin Hajah Adina
bte Othman, Pengarah JAPEM. Juga hadir pegawai-pegawai kanan JAPEM
dan ibubapa serta penjaga penghuni.
Beberapa persembahan daripada penghuni dan kakitangan KRRK
menyerikan majlis pada petang itu.
|
|
|
28
November 2005
|
|
train-the
trainer in early childhood development
|
|
Awang Wan Ali bin Wan Ibrahim, Penolong
Pengajar Kanan
telah mengikuti program "Train-The Trainer In Early Childhood
Development" di Singapura pada 28 November hingga 9 Disember 2005.
|
|
|
22
November 2005
|
|
Hadiri
mesyuarat 4th acw
|
|
Dayang Hajah Misnah bte Haji
Bolhassan, Pemangku Timbalan Pengarah, dan Dayang Rostinah bte
PDP Haji Mohd Tahir, Pemangku Penolong Pengarah II
telah menghadiri mesyuarat "The 4th ASEAN Commitee on
Women (ACW)" di Manila, Filipina pada 22 hingga 23 November
2005.
|
|
|
17
November 2005
|
|
Majlis
ramah mesra
|
|
Seramai
300 insan istimewa dari Pusat Bahagia dan Pusat Latihan Pekerjaan
Orang-Orang Kurang Upaya serta 50 penghuni Rumah Kebajikan
menghadiri Majlis Ramah Mesra anjuran Jabatan Pembangunan Masyarakat
yang telah diadakan di Songket Ballroom, The Rizquan International
Hotel, The Mall Gadong.
Hadir selaku tetamu kehormat pada pagi tersebut ialah Yang
Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Majlis diselajurkan dengan
penyampaian sumbangan derma Hari Raya oleh tetamu kehormat kepada
yang diraikan.
|
|
|
16
November 2005
|
|
hadiri
persidangan di singapura
|
|
Awang Basir bin Haji Mohd Deli,
Pemangku Penguasa Rumah Kebajikan dan Awang Simat bin Suhaili,
Penolong Pengajar Kanan
telah menghadiri persidangan "6th International Society For The
Prevention Of Child Abuse and Neglect Asian Regional
Conference" di Singapura pada 16 hingga 18 November 2005.
|
|
|
16
November 2005
|
|
lawatan
sambil belajar
|
|
Seramai 25 orang penuntut dari
Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri mengadakan lawatan sambil belajar
ke Ibu pejabat JAPEM.
Rombongan dialu-alukan dan diberi taklimat oleh Pegawai Kaunseling, Pg
Mahdi bin Pg Haji Mohd Salleh sebelum dibawa melawat ke bahagian yang
terdapat di JAPEM.
Terdahulu pada sebelas pagi, JAPEM telah menerima sekumpulan penuntut
Sekolah Ugama (Arab) Menengah Perempuan Raja Isteri Pg Anak Damit.
|
|
|
15
November 2005
|
|
mseyuarat
3rd asean somswd
|
|
Datin
Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM dan Awang Mohd Husaini bin
Abdullah, Penolong Pengarah I telah menghadiri mesyuarat
ke-3 Pegawai-Pegawai Kanan Asean bagi Kebajikan Masyarakat dan
Pembangunan (3rd ASEAN SOMSWD) dan mesyuarat ke-2 Pegawai-Pegawai
Kanan Asean +3 (China, Jepun dan Repbulik Korea) bagi Kebajikan
Masyarakat dan Pembangunan (2nd ASEAN +3 SOMSWD) pada 15 hingga 17
November di Kuala Lumpur, Malaysia.
|
|
|
14
November 2005
|
|
persidangan
help age di cambodia
|
|
Awang
Jahali bin Suhaili, Pemangku Timbalan Pengawal Pencen-Pencen telah menghadiri
persidangan "HelpAge International Regional Conference" di
Siem Reap, Cambodia pada 14 hingga 18 November
2005.
|
|
|
12
November 2005
|
|
sambutan
hari raya pusat bahagia eric goh
|
Pusat Bahagia Eric Goh, JAPEM
telah mengadakan Sambutan Hari Raya bagi pelajar-pelajar di pusat
berkenaan.
Tetamu Kehormat di majlis berkenaan ialah Awang Jake Goh, Pengarah
Urusan Goh Hock Motors Sdn Bhd. Juga hadir ialah Pengarah JAPEM, Datin
Hajah Adina bte Othman.
Majlis pada pagi itu diselajurkan dengan penyampaian sumbangan 'duit
raya' kepada insan istimewa yang berdaftar dengan pusat berkenaan oleh
tetamu kehormat.
|
|
|
7
November 2005
|
|
the
1st islamic ministerial conference on the child
|
|
Awang Mohd Husaini bin
Abdullah, Penolong Pengarah I telah menghadiri
persidangan "The First Islamc Ministerial Conference On The
Child" di Rabat, Kingdom of Morrocco pada 7 hingga 9 November
2005.
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|