|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2005
|
|
|
|
|
29 Ogos 2005
|
|
lawatan
kerja ke yayasan mendaki, singapura
|
|
Dayang Hajah Misnah bte Haji
Bolhassan, Pemangku
Timbalan Pengarah JAPEM dan Awang Roslan bin Haji Ali, Pekerja
Pembangunan Masyarakat Tingkat 1
telah mengadakan lawatan ke Yayasan Mendaki Singapura pada 29 Ogos hingga
1 September 2005.
|
|
|
29 Ogos 2005
|
|
HADIRI
MESYUARAT DI JEPUN
|
|
Awang Husaini bin Abdullah,
Penolong Pengarah I dan Haji Rosmadee bin Haji Md Daud, Ketua
Pegawai Belia dan Sukan
telah menghadiri mesyuarat "The 3rd ASEAN & JAPAN High
Level Official Meeting On Caring Societies Development of Human
Resources and Partnerships In Social Welfare and Health" di
Tokyo, Jepun pada 29 Ogos hingga 1 September 2005.
|
|
|
28 Ogos 2005
|
|
MENGHADIRI
BENGKEL
|
|
Awang Sofian bin Haji Mohamad,
Pegawai Pencen-Pencen Kanan
telah menghadiri bengkel "6th ASEAN Gerontolog Course" di
Furnama City Centre, Singapura pada 28 Ogos hingga 9 September 2005.
|
|
|
|
22 Ogos 2005
|
| kursus
penjagaan kanak-kanak
|
|
Seramai
31 Orang Pegawai dan Kakitangan dari JAPEM, dan Unit Pendidikan Khas,
Kementerian Pendidikan sedang mengikuti kursus penjagaan kanak-kanak
-"Training Course In Monitoring Quality Child Care Services For
Children From 0 to 3 Years".
Kursus selama 5 hari adalah kelolaan bersama Jabatan Pembangunan
Masyarakat (JAPEM) dan UNICEF and RTRC Asia, Singapura.
Kursus tersebut dibimbing oleh Lynn Heng Soo Lee dan Geraldine Zuzarte,
dari Regional and Resource Centre in Early Childhood Care &
Education For Asia (RTRC Asia)
|
|
|
12 Ogos 2005
|
| SUKAN
Bocce
Olimpik Istimewa Asia Pasifik
|
|
Seramai
12 orang murid-murid dari Pusat Bahagia, JAPEM telah mewakili negara
dalam Pertandingan Bocce Olimpik Istimewa Asia Pasifik yang bermula
pada 11 hingga 15 Ogos 2005.
Sukan tersebut telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri
Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah.
Pertandingan selama 3 hari itu disertai oleh 11 buah pasukan yang
mewakili 5 buah negara Asia Pasifik, Bengladesh, Filifina, Thailand,
Malaysia (menghantar 6 buah pasukan) dan Brunei Darussalam yang
menghantar 2 buah pasukan.
|
|
|
8 Ogos 2005
|
|
Majlis
Peletakan Batu Asas bagi Pusat Pemulihan Belia Lelaki dan Perempuan,
japem
|
|
Majlis
Peletakan Batu Asas bagi Pusat Pemulihan Belia Lelaki dan Perempuan,
Jabatan Pembangunan Masyarakat telah didahului oleh Yang Berhormat
Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang
Haji Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Turut menyempurnakan Peletakan Batu Asas ialah Yang Mulia Setiausaha
Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Yang Mulia Setiausaha
Tetap (Profesional dan Teknikal) Kementerian Pembangunan; Yang Mulia
Pengarah JAPEM dan beberapa orang pegawai-pegawai kanan dari
Kementerian Kebudayaan dan Sukan serta Kementerian Pembangunan.
Pusat yang menelan belanja sebanyak $16 juta lebih dijangka siap pada
bulan Mac 2005.
|
|
|
1 Ogos 2005
|
|
bengkel
ASEAN Regional Workshop on Poverty Reduction and MDGs
|
|
Dayang Hajah Siti Zarena bte Hj
Ismail, Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Haji Berudin bin Haji
Singgil, Penolong
Pengawai Pembangunan Masyarakat, telah menghadiri bengkel ASEAN
Regional Workshop on Poverty Reduction and MDGs di Jakarta,
Indonesia pada 1 hingga 2 Ogos 2005.
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|