|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2005
|
|
|
|
|
19
Oktober 2005
|
|
PENUBUHAN
TABUNG KEMANUSIAAN GEMPA BUMI PAKISTAN
|
|
Satu tabung bantuan yang bernama
Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Pakistan yang mana bertujuan untuk
mengumpulkan derma atau sedekah seangkat-angkat hati atas rasa
perikemanusiaan daripada semua rakyat dan penduduk di negara ini
bagi membantu meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh
mangsa-mangsa gempa bumi di Republik Islam Pakistan yang memerlukan.
Tabung berkenaan akan mengumpulkan derma bagi tempoh enam bulan
iaitu mulai 19 Oktober 2005.
|
|
|
19
Oktober 2005
|
|
HADIRI
SEMINAR DI HANOI, VIETNAM
|
|
Pg Mahdi bin Pg Hj Mohd Salleh,
Pengawai Kaunseling dan Wan Ali bin Wan Ibrahim, Penolong Pengajar
Kanan, telah menghadiri seminar '4th Regional Seminar On Early
Childhood Care And Development Phase II' di Hanoi, Vietnam pada 19
hingga 21 Oktober 2005.
|
|
|
15
Oktober 2005
|
|
MAJLIS
BERSUNGKAI DI KRRK
|
|
Majlis Bersungkai bersama dengan
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan para
penghuni Komplek Rumah-Rumah Kebajikan telah diadakan di Dewan
Serbaguna, Komplek Rumah-Rumah Kebajikan Kampong Pulaie.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pengarah JAPEM, pegawai-pegawai
kanan dari KKBS dan JAPEM serta ibubapa dan penjaga penghuni Komplek
Rumah-Rumah Kebajikan.
|
|
|
13
Oktober 2005
|
|
Penyampaian
derma kepada anak-anak yatim peringkat kebangsaan
|
|
Majlis Penyampaian Derma kepada
Anak-Anak Yatim Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1426H/2005M anjuran
JAPEM dengan kerjasama Dana Pg Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah,
Jabatan Daerah Brunei Muara dan Bank Islam Brunei telah diadakan di
Dewan Plenary Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.
Acara kemuncak majlis ialah penyampaian derma kepada anak-anak yatim
seluruh negara yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan,
Belia dan Sukan.
|
|
|
8
Oktober 2005
|
|
PELANCARAN
SMS BRUNEI PRIHATIN
|
|
Majlis Pelancaran SMS Brunei Prihatin
Untuk Anak-Anak Yatim Kebangsaan telah disempurnakan oleh Yang
Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan di Dewan Citrabudaya,
KKBS.
Projek tersebut memberi peluang kepada orang ramai untuk
menghulurkan derma melalui telefon bimbit dengan tidak payah lagi
datang sendiri untuk menyerahkan derma tetapi hanya dengan melalui
SMS.
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|