|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2005
|
|
|
|
|
28 September 2005
|
|
mengikuti
pertukaran lawatan
|
|
Awang Jahali bin Suhaili,
Pmk. Timbalan Pengawal Pencen-Pencen dan Awang Sofian bin Haji
Mohamad, Pegawai Pencen Kanan telah
mengikuti
pertukaran lawatan "ROK ASEAN Exchange Visit On Home Care For
Older People" di Thailand pada 28 hingga 30 September 2005.
|
|
|
27
September 2005
|
|
MAJLIS
PENYAMPAIAN, PENERIMAAN DERMA DAN SAMBUTAN HARI LAHIR
|
|
Majlis Penyampaian, Penerimaan Derma
dan Sambutan Hari Lahir bagi Sept-Dec 2005 telah diadakah di Pusat
Bahagia.
Pusat Bahagia, Kg Pulaie hari ini menerima sumbangan berupa:-
3 buah kerusi roda sumbangan dari Mr. Lim Ken Soon, 2 set alat
permaianan 'Chess' dari Brunei Chess Federation, Set 'Glass Deco'
dari Kaptan Eddy Hong, Sumbangan pinjaman 2 buah kem dari Riza
Fudhlana Enterprise & Trading Co., Hua Ho Department Store.
Menerima kesemua sumbangan tersebut ialah Datin Hajah Adina bte
Othman, Pengarah JAPEM selaku tetamu kehormat majlis.
|
|
|
24
September 2005
|
|
MAJLIS
SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ KRRK
|
Majlis Sambutan Israk Mikraj bagi
Komplek Rumah-Rumah Kebajikan telah dilangsungkan di Dewan Serbaguna,
Komplek Rumah-Rumah Kebajikan Kg Pulaie.
Hadir selaku tetamu kehormat pada pagi itu, Datin Hajah Adina bte
Othman, Pengarah JAPEM.
|
|
|
22
September 2005
|
|
Hadiri
seminar
|
|
Awang Haji Berudin bin Haji
Singgil,
Penolong Pengawai Pembangunan Masyarakat
telah menghadiri
seminar "Seminar On Maximising The Potential Of Older Workforce" di
Kuala Lumpur, Malaysia pada 22 hingga 23 September 2005.
|
|
|
13
September 2005
|
|
TABUNG
BANTUAN MANGSA TAUFAN KATRINA DITUBUHKAN
|
|
Satu Jawatankuasa khas yang dikenali
sebagai Jawatankuasa Tabung Bantuan Mangsa Taufan Katrina telah
dibentuk bagi mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan
usaha mengumpulkan derma dari rakyat dan penduduk di Negara ini.
Para penderma boleh menghulurkan bantuan mereka berupa wang ke pihak
Urusetia Tabung Bantuan Mangsa Taufan Katrina di Bahagian Kewangan,
Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan
Belia dan Sukan pada waktu pejabat bagi tempoh 6 bulan yang bermula
pada hari ini.
|
|
|
7
September 2005
|
|
HADIRI
Symposium
|
|
Awang Jahali bin Suhaili,
Pemangku Timbalan Pengawal Pencen-Pencen telah
menghadiri symposium "ASEAN + 3 Symposium on Older Persons" di
Bangkok, Thailand pada 7 hingga 9 September 2005.
|
|
|
1
September 2005
|
|
HADIRI
Seminar
|
|
Dayang Rogayah bte Abdullah,
Penolong Pengawai Pembangunan Masyarakat menghadiri
seminar "ASEAN Protect Children In Tourism - A Public Education
Partnership" di Vientiane, Lao PDR pada 1 hingga 2 September 2005.
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|