|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN
2006
|
|
|
|
|
29
April 2006
|
|
SESI
SENAMROBIK dan berjalan cepat
|
|
|
|
Sebahagian daripada
warga kerja Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang menyertai
Sesi Senamrobik
|
Jabatan Pembangunan Masyarakat
menjdai penyelaras Sesi Senamrobik dan Berjalan Cepat
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan
dibawahnya yang diadakan pada hari ini di Stadium Negara Hassanal
Bolkiah, Berakas.
Sebelum acara Berjalan Cepat dimulakan, Sesi Senamrobik selama 30
minit telah diadakan yang diketuai oleh Dayang Hajah Salmiah bte
Mohammad.
|
|
|
|
|
25
April 2006
|
|
KURSUS
ASAS BAHASA ISYARAT
|
|
|
|
Sebahagian
peserta Kursus Bahasa Isyarat
|
Kursus Asas Bahasa Isyarat yang
dianjurkan oleh JAPEM adalah bertujuan untuk memberi peningkatan dan
kesedaran kepada orang ramai bagi sama-sama membantu Orang Kurang
Upaya Pendengaran (Deaf).
Kursus yang diadakan di Pusat Belia Daerah Temburong telah
dirasmikan oleh Pg Haris bin Pg Shahbudin, Pegawai Daerah Temburong.
Juga Hadir ialah Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM, Para
Penghulu dan Ketua Kampong di Daerah Temburong.
Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan,
swasta dan Persatuan-persatuan di Daerah Temburong telah menyertai
kursus tersebut yang akan berakhir esuk.
|
|
|
|
|
24
April 2006
|
|
AN
INTERNATIONAL CONFERENCE ON SUSTAINABLE COMMUNITY DEVELOPMENT
|
|
Awang Haji Ahad bin Haji Hassan,
Pegawai Pembangunan Masyarakat telah menghadiri persidangan "An
International Conference On Sustainable Community Development"
di Kuching, Sarawak, Malaysia pada 24 - 27 April 2006.
|
|
|
|
|
22
April 2006
|
|
KONVENSYEN
KKC JAPEM
|
|
|
|
Kumpulan
PROCESSING menjuarai Konvensyen KKC JAPEM 2006
|
Sebanyak empat kumpulan telah
menyertai Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang JAPEM bagi tahun 2006
yang telah dilangsungkan di Dewan Citrabudaya, Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Kumpulan Processing dari Bahagian Pentadbiran dan Kewangan telah
menjuarai Konvensyen pada kali ini setelah berjaya menyelesaikan
masalah 'Kelewatan Memproses Permohonan Cuti Pegawai dan Kakitangan
2006'.
Pasukan ini juga akan mewakili JAPEM ke konvensyen KKC peringkat
kementerian yang akan diadakan kemudian.
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada pagi tersebut ialah Datin Hajah
Adina bte Othman, Pengarah JAPEM, yang kemudian menyampaikan
hadiah-hadiah kepada para peserta.
Juara menerima wang tunai $500.00, sementara 3 kumpulan yang lain
iaitu Bakti, Akrab dan Prihatin menerima $150.00.
|
|
|
|
|
8
April 2006
|
|
forum
PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN PENYALAHGUNAAN DADAH
|
|

|
|
Sebahagian
dari pelajar Tingkatan 3, Sekolah Menengah Chung Hwa, Kuala Belait
yang menghadiri Forum tersebut
|
Pembentangan kertas kerja "Isu
Sumbang Mahram" telah disampaikan oleh Dayang Hajah Siti Zarena
bte Haji Ismail, Pengawai Pembangunan Masyarakat JAPEM di Majlis Forum
Program Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah 2006 telah diadakan
di Perpustakaan Sekolah Menengah Chung Hwa, Kuala Belait.
Majlis tersebut adalah merupakan program jerayawara Jawatankuasa
Peringkat Kebangsaan Menangani Isu-Isu Sosial ke Sekolah-Sekolah
Kerajaan dan bukan Kerajaan Menengah / Vokasional / Teknikal /
Kejuruteraan Tahun 2006 di seluruh negara.
|
|
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|