|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN
2006
|
|
|
|
|
28
Februari 2006
|
|
MENGHADIRI
BENGKEL
|
|
Dayang Hajah Misnah bte
Haji Bolhassan, Timbalan Pengarah telah menghadiri bengkel "Regional
Workshop On Strengthening Social Protection Systems In ASEAN" di
Jakarta, Indonesia pada 28 Februari - 1 Mac 2006.
|
|
|
28
Februari 2006
|
|
LAWATAN
SAMBIL BELAJAR
|
|
|
|
Sebahagian
daripada penuntut Sekolah Menengah Sultan Hassan, Temburong yang
menyertai lawatan sambil belajar ke JAPEM
|
|
Seramai 35
orang penuntut yang belajar di Menengah 3, 4 dan 5 dari
Sekolah Menengah Sultan Hassan, Bangar Temburong telah mengadakan
lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat JAPEM.
Lawatan bertujuan untuk mengetahui dengan lebih dekat mengenai
dengan fungsi dan tanggongjawab Jabatan ini. Rombongan ini
diketuai oleh Cikgu Huzailan bin Haji Nudin. Sementara itu
taklimat mengenai dengan fungsi dan tanggongjawab JAPEM telah
disampaikan oleh Pg Mahdi bin Pg Hj Mohd Salleh, Pegawai
Kaunseling.
Rombongan juga dibawa melawat ke Pusat Bahagia, Kampong Pulaie,
JAPEM dan Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan kampong Pulaie JAPEM.
|
|
|
27
Februari 2006
|
|
MENGHADIRI
PERSIDANGAN
|
|
Dayang Hajah Johana bte Haji Md
Jaya, Kerani Sulit telah menghadiri persidangan "The 2006
Executive Secretaries And Personal Assistants Conference" di
Singapura, pada 27 hingga 28 Februari 2006.
|
|
|
25
Februari 2006
|
|
MAJLIS
MENERIMA SUMBANGAN DAN PENYERAHAN PERALATAN OKU
|
|
|
|
Penerimaan
sumbangan Kerusi Roda dari Ms Joanne Tan
|
|
Majlis Menerima Sumbangan 4 buah kerusi roda
dari JJT888 kepada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah
disampaikan oleh Pengarah Urusan Syarikat berkenaan, Ms Joanne Tan
kepada Pengarah JAPEM, Datin Hajah Adina bte Othman.
Sementara itu Pengarah JAPEM, Datin Hajah
Adina bte Othman juga menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada
penerima Awg Bahar bin Hassan.
Seramai 2 orang kurang upaya menerima tongkat putih, mereka ialah
Awang Jamari bin Abdullah Dangat dan Awang Sibuang bin Haji Kalong
|
|
|
22
Februari 2006
|
|
17
orang WARGA JAPEM dikurniakan Pingat-Pingat KehormataN
|
|
|
|
Duli
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda
Haji Al-Muhtadee Billah mengurniakan Pingat
Indah Kerja Baik (PIKB)
kepada Dayang
Faridah bte Haji Mahmud
pada majlis Pengurniaan Pingat Kehormat Negara Brunei Darussalam. -
Infofoto
|
Seramai 17 orang pegawai dan
kakitangan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah dikurniakan
Pingat-Pingat Kehormatan Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara
Brunei Darussalam ke 59 tahun.
Seorang menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), iaitu Dayangku Hajah
Zainab bte Pengiran Haji Mohd Taha.
Sembilan orang pegawai dan kakitangan JAPEM menerima Pingat
Indah Kerja Baik (PIKB). Mereka ialah Basir bin Haji Mohd Deli, Wan
Ali bin Wan Ibrahim, Awang Simat bin Suhaili, Haji Saidin bin Haji
Abas, Dayang Timong bte Musing, Hajah Siti Hawa bte Haji Sahat,
Roslan bin Haji Ali, Bahron bin Haji Majid dan Dayang Faridah bte
Haji Mahmud.
Seramai 7 orang pegawai dan kakitangan JAPEM menerima Pingat Kerja
Lama (PKL). Mereka terdiri daripada Suhaili bin Jais, Hajah Mariana
bte Haji Samad, Hajah Rosni bte Haji Maidin, Hajah Salmiah bte Haji
Othman, Dayang Nisbah bte Haji Abd Latif, Siti Zaliha bte Haji Awang
Damit dan Hajah Hajijah bte Haji Jamal.
Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan tersebut berlangsung di Balai
Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman.
|
|
|
18
Februari 2006
|
|
TAKLIMAT
ANTI RASUAH
|
|
|
|
Taklimat
Anti Rasuah yang diadakan di Dewan Citrabudaya, KKBS
|
Seramai lebih 50 orang Pegawai
dan Kakitangan JAPEM telah menghadiri taklimat Anti Rasuah yang
telah diadakan di Dewan Citrabudaya, Kementerian Kebudayaan Belia
dan Sukan.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Awang Salamat bin Liman,
Penyiasat Khas Kanan dari Biro Mencegah Rasuah.
Juga hadir ditaklimat pada pagi tadi ialah Pengarah JAPEM dan
beberapa orang pegawai kanan.
|
|
|
16
Februari 2006
|
|
LAWATAN
KE PUSAT KAUNSELING ABDB
|
|
|
|
Meninjau ke
bahagian yang terdapat di Pusat Kaunseling, ABDB
|
Satu lawatan muhibbah ke Pusat
Kaunseling ABDB, Kementerian Pertahanan di Bolkiah Garison telah
diadakan pada pagi ini. Rombongan tersebut telah diketuai oleh Yang
Mulia Datin Hajah Adina bte Othman Pegarah JAPEM.
Adapun di antara tujuan lawatan tersebut ialah untuk meninjau dalam
sama-sama mempelajari serta berkongsi apa jua pengalaman bersama
dalam bidang perkhidmatan kaunseling.
|
|
|
15
Februari 2006
|
|
LAWATAN
SAMBIL BELAJAR
|
|
|
|
Sebahagian
dari pelajar tahun 3 Faculty of Business, Economics and Policy
Studies, Universiti Brunei Darussalam yang mengadakan lawatan sambil
belajar
|
Seramai 20 orang tahun 3 dari
Faculty of Business, Economics and Policy Studies, Universiti Brunei
Darussalam telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat
JAPEM.
Lawatan bertujuan untuk mengetahui dengan lebih dekat mengenai
dengan fungsi dan tanggongjawab Jabatan ini khususnya mengenai
dengan perkhidmatan Bantuan Kebajikan Am dan Pencen-Pencen.
Rombongan yang diketuai oleh Susi Ibrahim telah dialu-alukan dan
diberi taklimat oleh Pmk. Timbalan Pegawal Pencen-Pencen, Jahali bin
Suhaili.
|
|
|
5
Februari 2006
|
|
MENGHADIRI
SEMINAR DI MANILA, FILIPINA
|
|
Dayang Hajah Siti Zarena bte
Haji Ismail, Pegawai Pembangunan Masyarakat telah menghadiri seminar
"South East Asian Regional Workshop On NGO Regulation" di
Manila, Filipina pada 5 hingga 8 Februari 2006.
|
|
|
4
Februari 2006
|
|
lAWATAN
kerja pegawai dan kakitangan jabatan peguam negara ke krrk
|
|
|
|
Yang Teramat
Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul
Bolkiah ketika membuat lawatan ke Darussakinah
|
|
Sekumpulan Pegawai dan Kakitangan
Jabatan Peguam Negara telah mengadakan lawatan ke Kompleks
Rumah-Rumah Kebajikan Kampong Pulaie, JAPEM pada pagi tagi.
Berkenan berangkat menyertai rombongan tersebut ialah Yang Teramat
Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul
Bolkiah, yang pada masa itu menjalani penempatan di Jabatan Peguam
Negara .
Rombongan telah diberi taklimat mengenai dengan fungsi dan
peranan Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan yang telah
disampaikan oleh Dayang Rostinah bte PDP Hj Mohd Tahir, Pegawai
Pembangunan Masyarakat yang bertanggungjawab ke atas Kompleks
Rumah-Rumah Kebajikan, sebelum dibawa melawat ke Rumah-Rumah
Kebajikan yang terdapat di kompleks tersebut.
|
|
|
2
Februari 2006
|
|
lima
orang kurang upaya terima kerusi roda
|
|
|
|
Timbalan
Pengarah JAPEM menyerahkan Kerusi Roda kepada salah seorang penerima
|
Seramai 5 Orang Kurang Upaya telah
menerima sumbangan Kerusi Roda yang telah disampaikan oleh Timbalan
Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Misnah bte Bolhassan.
Lima penerima tersebut ialah Awang Abdul Kadir Antin, Dayang Salamah
Sahaban, Awang Haji Ishanuddin Haji Noor Kaseh, Dayang Piah Akop dan
Dayang Kayah Jaafar.
Majlis penyampaian sumbangan pada pagi tadi telah diadakan di Pusat
Bahagia Pulaie.
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|