|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN
2006
|
|
|
|
|
26
Januari 2006
|
|
MAJLIS
PENUTUP KURSUS KESEDARAN PERIBADI
|
Seramai 11 orang Penghuni Komplek
Rumah-Rumah Kebajikan beserta 4 orang Pegawai dan Kakitangan komplek
berkenaan telah berjaya menamatkan Kursus Kesedaran Peribadi di
Outward Bound Brunei Darussalam selama 6 hari.
Kursus tersebut telah diakhiri dengan Majlis Penyampaian Sijil yang
telah diadakan di Logistik Outward Bound Brunei Darussalam, Kampong
Batang Duri.
Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Datin Hajah Adina bte
Othman, Pengarah JAPEM dan seterusnya menyampaikan sijil-sijil
kepada peserta kursus.
|
|
|
12 Januari 2006
|
|
SEMINAR
PROJEK KELUARGA DALAM MEMEDULI WARGA EMAS
|
|
|
|
Pembentangan
Kerja Kertas yang bertajuk Keluarga Dalam Memduli Warga Emas yang
telah disampaikan oleh Awang Jahali bin Suhaili
|
Seminar mengenai pemedulian
orang-orang tua di Negara Brunei Darussalam telah berlangsung pada
pagi ini bertempat di Dewan DiGadong, Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan sebagai salah satu aktiviti Projek Keluarga Memeduli Warga
Emas (Family Service For The Aged: CareGiver Approach) yang
telah dilancarkan sebelum ini pada 22 Jun 2005 oleh JAPEM.
Tujuan seminar ini diadakan antara lain adalah bagi menarik
perhatian pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menarik
penyertaan para sukarelawan ke dalam projek memeduli warga emas ini.
Sebanyak 4 buah kertas kerja dibentangkan oleh beberapa orang
pegawai kerajaan dari pelbagai agensi iaitu dari JAPEM, Hospital
Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan Pusat Dakwah Islamiah.
|
|
|
12 Januari 2006
|
|
Majlis
Korban bagi Pusat Bahagia, JAPEM
|
Majlis
Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidiladha 1426 Hijrah bagi Pusat Bahagia, JAPEM telah dilangsungkan di
Kelas Bimbingan Kanak-Kanak Cacat, Pusat Bahagia Tutong.
Sebanyak tiga ekor kerbau telah dikorban di majlis tersebut.
Daging-daging korban telah diagih-agihkan oleh Pengarah JAPEM, Datin
Hajah Adina bte Othman.
|
|
|
|
12 Januari
2006
|
| Majlis
Korban bagi kompleks rumah kebajikan, JAPEM
|
|
Para Penghuni dan Kakitangan Komplek
Rumah Kebajikan Kampong Pulaie telah mengadakan Majlis Ibadah Korban.
Hadir dimajlis tersebut selaku Tetamu Kehormat ialah Pengarah JAPEM,
Datin Hajah Adina bte Othman.
|
|
|
9 Januari 2006
|
| Majlis
Penyerahan Rumah Hijau kepada Pusat Bahagia Eric Goh
|
|
|
|
Pengarah JAPEM
dan Pengarah Urusan PTAS-ITS merasmikan Rumah Hijau
|
Majlis Penyerahan Rumah Hijau dan
Peralatan Berkebun sumbangan PTAS-ITS Sdn Bhd kepada Pusat Bahagia
Eric Goh, Kuala Belait telah diadakan di Pusat Bahagia Eric Goh, Jalan
Pandan 5 Kuala Belait.
Sumbangan derma telah diserahkan oleh Awang Haji Amir bin Haji Osman,
Pengarah Urusan PTAS-ITS kepada Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah
JAPEM.
|
|
|
5
Januari
2006
|
|
ROK
ASEAN MEETING ON HOME CARE
|
|
Awang Jahali bin Suhaili, Pemangku
Timbalan Pengawal Pencen-Pencen dan Awang Sofian bin Haji Mohamad,
Pengawai Pencen-Pencen Kanan telah mengikuti program 'ROK-ASEAN
Meeting On Home Care' di Kuala Lumpur, Malaysia pada 5 hingga 7
Januari 2006.
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|