|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN
2006
|
|
|
|
|
30
Jun 2006
|
|
EAST
ASIA GENDER EQUALITY MINISTERIAL MEETING
|
|
Datin Hajah Adina bte Othman,
Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Noridah bte Abdul Hamid, Penolong
Pengarah JAPEM dan Awang Haji Berudin bin Haji Singgil, Penolong
Pengawai Pembangunan Masyarakat, telah menghadiri mesyuarat
'East Asia Gender Equality Ministerial Meeting' di Tokyo, Japan pada
30 Jun - 1 Julai 2006.
|
|
|
|
|
25
Jun 2006
|
|
KURSUS
'TNA' DAN LAWATAN KERJA KE MALAYSIA
|
|
Dayang Hajah Siti Zarena bte Haji
Ismail,
Pengawai Pembangunan Masyarakat, telah mengikuti Kursus
'Training Need Analisis' dan lawatan Kerja ke INTAN dan Irshad
Institut di Kuala Lumpur, Malaysia pada 25 Jun - 1 Julai 2006.
|
|
|
|
|
21
Jun 2006
|
|
PROCESSING
LAKAR SEJARAH
|
|
|
|
Kumpulan
Processing bergambar kenangan bersama dengan Pengarah
dan Timbalan Pengarah JAPEM
|
Kumpulan Processing dari JAPEM
melakar sejarah tersendiri apabila diumumkan menjadi juara
Pertandingan Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi
tahun 2006.
Kumpulan ini melaksanakan projek "Kelewatan Memproses
Permohonan Cuti bagi Pegawai dan Kakitangan JAPEM". Sebanyak 6
pasukan telah menyertai konvensyen pada pagi ini yang telah
dilangsungkan di Dewan Digadong, KKBS.
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat, Awang Haji
Jemat bin Haji Ampal, Setiausaha Tetap, KKBS. Selaku juara kumpulan
ini akan mewakili KKBS ke Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang
Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan kemudian.
|
|
|
|
|
21
Jun 2006
|
|
Anugerah
Pekerja Cemerlang
|
|
|
|
Dyg Anisah
bte Haji Banjir menerima Anugerah Pekerja Cemerlang
|
Seramai
3 orang pegawai dan kakitangan JAPEM adalah diantara penerima
‘Anugerah Pekerja Cemerlang’ bagi pegawai dan kakitangan
Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan serta Jabatan-Jabatan di
bawahnya.
Anugerah tersebut telah disampaikan kepada Dayang Hajah Nor Hasma
bte Haji Hashim, Awang Mohd Zain bin Haji Mohammad dan Anisah bte
Haji Banjir oleh Yang Mulia Awang Haji Jemat bin Haji Ampal selaku
Tetamu Kehormat majlis di Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di
bawahnya bagi tahun 2005.
Majlis berlangsung di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan.
|
|
|
|
|
15
Jun 2006
|
|
SMS
BRUNEI PRIHATIN
|
|
|
|
Yang Mulia
Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika
Upacara Penghantaran Derma melalui SMS
|
Majlis Pelancaran SMS Brunei Prihatin
Untuk Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Yogyakarta dan Kawasan
Sekitarnya telah disempurnakan oleh Yang Berhormat
Pehin Orang Kaya
Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad
bin Haji Daud, Menteri
Kebudayaan, Belia dan Sukan di Dewan Digadong, KKBS.
Pengguna telefon bimbit DST Com, Prima dan Easi berpeluang untuk
membuat sumbangan dengan hanya menghantar pesanan teks ringkas
dengan menaip YOGYA (tanpa jarak) dan jumlah yang dikehendaki iaitu
1,5,10,15 dan 20 sebagai contoh YOGYA (bagi derma berjumlah $5) dan
hantar kepada 8885555. Sementara itu Pengguna telefon bimbit
b.mobile juga berpeluang untuk membuat sumbangan yang sama dengan
menghantar ke 10101. SMS ini akan berakhir sehingga 31 Julai 2006
Projek tersebut memberi peluang kepada orang ramai untuk
menghulurkan derma melalui telefon bimbit dengan tidak payah lagi
datang sendiri untuk menyerahkan derma tetapi hanya dengan melalui
SMS.
|
|
|
|
|
12
Jun 2006
|
|
orientasi
dan mobiliti orang berkeperluan khas penglihatan dan anggota
berkerusi roda
|
|
|
Bengkel Orientasi dan Mobiliti Orang
Berkeperluan Khas Penglihatan dan Anggota Berkerusi Roda anjuran
JAPEM adalah bertujuan untuk memberi peningkatan dan kesedaran
kepada orang ramai dalam menangani masalah orang berkeperluan khas.
Ia juga dapat memupuk semangat serta suasana persahabatan dan
persaudaraan dan menanam sikap bantu membantu.
Bengkel yang diadakan di Dewan Seri Kenangan, Daerah Temburong telah
dirasmikan oleh Pegawai Daerah Tutong, Awang Abdul Mutalib Haji Md
Idris. Juga Hadir ialah Hajah Misnah bte Bolhassan, Timbalan
Pengarah JAPEM, Para Penghulu dan Ketua Kampong di Daerah Tutong.
Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan,
swasta dan Persatuan-persatuan di Daerah Tutong telah menyertai
bengkel tersebut yang akan berakhir esok.
|
|
|
|
|
10
Jun 2006
|
|
MAJLIS KESYUKURAN DAN RAMAH MESRA BERSAMA ATLET PARAGAMES
|
|
|
|
Yang Berhormat
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Tetamu Kehormat
|
Majlis Kesyukuran dan Ramah
Mesra Bersama Atlit Para Games Yang Menerima Ganjaran Anugerah Skim
Penggalak Kecemerlangan Sukan telah diadakan di Dewan Makan, Pusat
Bahagia Pulaie.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya
Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad
bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Juga hadir
Setiausaha Tetap, KKBS dan beberapa orang pegawai kanan dari KKBS
dan JAPEM.
Majlis pada petang itu diserikan lagi dengan persembahan nyanyian
daripada para atlit yang diraikan.
|
|
|
|
|
9
Jun 2006
|
|
MAJLIS
MENDIRIKAN TIANG ASAS RUMAH PROJEK TITIAN AMAL
|
|
|
|
Yang Mulia
Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM
di Majlis Mendirikan Tiang Asas
|
Majlis Mendirikan Tiang Asas
bagi pembinaan Rumah Awang Samrin bin Haji Timbang telah diadakan di
Kampong Sinarubai, Bengkurong.
Pembinaan rumah dan tenaga kerja adalah sumbangan ahli Angkatan
Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bersempena dengan Hari Ulang Tahun
ABDB ke-45. Manakala JAPEM menyumbangkan $12,000 bagi
pembinaan rumah tersebut.
|
|
|
|
|
7
Jun 2006
|
|
BERANGKAT
KE PROGRAM PEMBANGUNAN KELUARGA
|
|
|
|
Yang Teramat
Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ketika
berangkat ke Sesi Perbincangan Program Pembangunan Keluarga
|
Yang Teramat Mulia Paduka Seri
Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim telah berangkat ke Sesi
Perbincangan Program Pembangunan Keluarga, di Pusat Persidangan
Antarabangsa, Berakas (ICC).
Sebanyak enam kertas kerja akan dibentangkan berkaitan dengan
kemahiran keibubapaan dari sudut agama, pengurusan kewangan keluarga
dan kemahiran berkomunikasi. Panduan yang berkaitan dengan kesihatan
keluarga dan isu-isu yang dihadapi oleh keluarga dan kanak-kanak di
negara ini juga diberikan berdasarkan pengalaman JAPEM.
|
|
|
|
|
7
Jun 2006
|
|
PROGRAM
PEMBANGUNAN KELUARGA
|
|
|
|
Sebahagian
peserta Program Pembangunan Keluarga
|
Lebih 100 pasangan suami isteri
yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kerajaan yang tempoh
perkahwinan mereka di bawah 5 tahun telah menghadiri Program
Pembangunan Keluarga.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya
Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad
bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Tema Program ini ialah "Keluarga Bahagia Penjana Kehidupan
Harmoni". Majlis dilangsung di Dewan Persidangan 2, Pusat
Persidangan Antarabangsa, Berakas.
|
|
|
|
|
6
Jun 2006
|
|
BERKENAN
BERANGKAT KE KRK
|
|
|
|
Yang Teramat
Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ketika
berangkat melawat ke Komplek Rumah Kebajikan
|
Yang Teramat Mulia Paduka Seri
Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim telah berangkat ke Kompleks
Rumah-Rumah Kebajikan, Kampong Pulaie.
YTM disembahkan taklimat mengenai dengan fungsi dan peranan
Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan yang telah disampaikan oleh
Dayang Rostinah bte PDP Hj Mohd Tahir, Pegawai Pembangunan Masyarakat
yang bertanggungjawab ke atas Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan.
YTM juga berkenan melawat ke Rumah-Rumah Kebajikan yang terdapat di
kompleks tersebut.
|
|
|
5
Jun 2006
|
|
KEBERANGKATAN
PENEMPATAN KERJA
|
Yang Teramat Mulia Paduka Seri
Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim memulakan keberangkatan
penempatan kerja di Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).
Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia di Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan (KKBS) dijunjung oleh Dato Paduka Haji Awang Yakub bin Abu
Bakar, Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan; Yang Mulia Awang
Haji Jemat bin Haji Ampal, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan; Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM beserta
dengan beberapa orang pegawai kanan KKBS dan JAPEM.
|
|
|
|
|
1
Jun 2006
|
|
PENUBUHAN
TABUNG KEMANUSIAAN GEMPA BUMI YOGYAKARTA DAN KAWASAN SEKITARNYA
|
|
|
Satu tabung bantuan yang bernama
Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Yogyakarta dan Kawasan Sekitarnya yang
mana bertujuan untuk mengumpulkan derma atau sedekah seangkat-angkat
hati atas rasa perikemanusiaan daripada semua rakyat dan penduduk di
negara ini bagi membantu meringankan beban penderitaan yang ditanggung
oleh mangsa-mangsa gempa bumi di Yogyakarta dan Kawasan Sekitarnya di
Republik Indonesia yang memerlukan.
Tabung berkenaan akan mengumpulkan derma bagi tempoh tiga bulan iaitu
mulai hari ini..
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|