|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN
2006
|
|
|
|
|
29
Mac 2006
|
|
SEMINAR
FALSAFAH PERKHAWINAN
|
|
Dayang Rogayah bte Abdullah,
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
telah menghadiri seminar "Seminar Falsafah Perkhawinan
(Philosophy Of Marriage) - Mencari Kebahagiaan Melalui Perkhawinan" di
Kuala Lumpur, Malaysia pada 29 - 30 Mac 2006.
|
|
|
28
Mac 2006
|
|
ROK-ASEAN
Regional Workshop on Home Care
|
|
Awang Jahali bin Suhaili, Pemangku
Timbalan Pengawal Pencen-Pencen dan Awang Sofian bin Haji Mohamad,
Pengawai Pencen-Pencen Kanan telah mengikuti program 'ROK-ASEAN
Regional Workshop On Home Care For Older People' di Manila, Filipina
pada 28 hingga 31 Mac 2006.
|
|
|
22
Mac 2006
|
|
MENGHADIRI
MESYUARAT
|
|
Pengiran Mahdi bin Pg Haji Mohd
Salleh, Pegawai Kaunseling telah menghadiri mesyuarat "2nd
Meeting Of Child Helpline From The Asia-Pacific Region" di
Karachi, Pakistan pada 22 -24 Mac 2006.
|
|
|
20
Mac 2006
|
|
SMS
BRUNEI PRIHATIN KUTIP B$93,273.00
|
|
Majlis penyerahan cek berjumlah
B$93,273.00 telah disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Marsad bin
Haji Ismail, Ketua Pegawai Operasi DST Group kepada Yang Berhormat
Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan
Awang Haji Mohamad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan
Sukan. Derma adalah hasil kutipan SMS Brunei Prihatin untuk Tabung
Kemanusiaan Gempa Bumi Pakistan yang telah dijalankan selama 3 bulan
mulai 7 Disember 2005 hingga 28 Februari 2006.
|
|
|
2
Mac 2006
|
|
Seni
Penghiasan Kaca
|
Lebih 30 kanak-kanak istimewa
dari Pusat Bahagia, JAPEM telah terlibat dalam aktiviti 'Seni
Penghiasan Kaca' yang dianjurkan bersama sebuah syarikat tempatan
yang mengetengahkan bahan-bahan seni, Uniqart and Craft Center.
Yong Pick Fong, pengasas syarikat seni tersebut turut hadir untuk
menjadi pelatih bagi para peserta untuk sama-sama memberikan didikan
untuk menghasilkan bahan-bahan seni kaca.
|
|
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|