|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN
2006
|
|
|
|
|
24
Mei 2006
|
|
LAWATAN
KE PROJEK BERDIKARI
|
|
|
|
Lawatan
Pengarah JAPEM ke kebun sayur kepunyaan Dayang Sahi
|
Satu lawatan kerja ke dua buah
tempat Projek Berdikari di Daerah Tutong telah diadakan pada pagi
ini. Rombongan tersebut telah diketuai oleh Yang Mulia Datin Hajah
Adina bte Othman, Pengarah JAPEM.
Adapun di antara tujuan lawatan tersebut ialah untuk meninjau perkembangan
projek berkenaan. Lawatan yang pertama ialah ke Ladang Buah-buahan
dan Kebun Sayur, Dayang Sahi bte Haji Talip di Kg Menengah Tutong.
Sementara itu lawatan ke kebun sayur, Dayang Azalina bte Abdullah yang
terletak di Kg Kebia, Tutong merupakan destinasi terakhir rombongan.
Mereka ini adalah peserta Skim Projek Berdikari JAPEM.
|
|
|
15
Mei 2006
|
|
LAWATAN
ISTERI Datuk Bandar Kota London KE PUSAT BAHAGIA, PULAIE
|
|
|
|
Puan Tessa
Brewer ketika membuat lawatan ke Bilik Tenunan Pusat Bahagia, Pulaie
|
Pusat Bahagia, Jabatan Pembangunan
Masyarakat pagi ini menerima lawatan isteri Datuk Bandar Kota London,
Puan Tessa Brewer.
Sepanjang lawatan ini Puan Tessa Brewer telah diiringi oleh Datin
Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM disamping mendengar taklimat
fungi dan peranan Pusat Bahagia.
Hadir pada lawatan tersebut ialah beberapa orang pegawai kanan JAPEM.
Juga hadir ialah Puan Fabiola Moreno de Alboran, isteri Pesuruhjaya
Tinggi British ke negara ini.
Sebelum mengakhiri lawatan Puan Tessa Brewer menyampaikan sumbangan
derma ke Tabung Orang-Orang Cacat sebanyak $4,000.00 yang diterima
oleh Pengarah JAPEM.
|
|
|
13
Mei 2006
|
|
PERASMIAN
KELAS BIMBINGAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM PPSBS
|
|
|
|
Tetamu
Kehormat ketika membuat lawatan ke salah sebuah Kelas Bimbingan
Pendidikan Islam PPSBS
|
Majlis Perasmian Kelas Bimbingan
Pendidikan Agama Islam Pusat Penempatan Sementara Belimbing Subok (PPSBS)
telah disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Haji Jemat bin Haji Ampal,
Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Kelas ini dikendalikan sepenuhnya oleh Persatuan Iqra dan memberi
peluang kepada para penghuni PPSBS untuk menghayati dan mendalami ajaran
Agama Islam dengan mudah.
Majlis pada malam tadi juga diselajurkan dengan menerima
penyerahan Piala Pusingan Sembilan Sepasukan Anjuran Majlis
Perundingan Kampong Subok yang mana Pasukan Bola Sepak Belia PPSBS
telah menjadi juara kepada JAPEM.
|
|
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|