|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN
2006
|
|
|
|
|
29
November 2006
|
|
lebih
1 ribu sertai peraduan mewarna japem
|
|
|
|
Sebahagian
kanak-kanak yang meyertai Peraduan Mewarna JAPEM
|
Lebih kurang 1,000 orang kanak-kanak
yang terdiri daripada murid-murid dari beberapa buah sekolah rendah
Kerajaan dan swasta termasuk Kanak-Kanak Berkeperluan
Khas dari Pusat Bahagia, JAPEM di
daerah Brunei Muara telah menyertai Peraduan
Mewarna JAPEM sempena Hari Hari Kanak-Kanak 2006 adalah
bersempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia (Universal Children’s
Day). Peraduan telah diadakan
di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
Peraduan ini dibahagikan kepada tiga bahagian, Kategori A bagi
murid-murid Darjah Pra hingga Darjah tiga, Kategori B bagi
murid-murid Darjah Empat hingga Darjah Enam, Kategori C bagi
Kanak-Kanak Berkeperluan Khas yang berumur di bawah 18 tahun.
Selaras dengan tema ‘Kesejahteraan Kanak-Kanak Tanggungjawab
Bersama’, lukisan-lukisan yang disediakan bagi peraduan ini
telah mengambil kira akan peranan semua pihak terhadap kesejahteraan
kanak-kanak. Perkara ini termasuklah penyediaan talian ‘Helpline
141’ oleh JAPEM yang telah memberi ruang kepada orang ramai
termasuk kanak-kanak menghubungi Jabatan ini bagi beberapa perkara
yang melibatkan mereka (kanak-kanak) seperti penderaan, pengabaian,
perlindungan, eksploitasi atau khidmat nasihat. Oleh itu, sebagai
salah satu usaha menyerbarluaskan maklumat tersebut maka di antara
paparan di adalah lukisan ini adalah mengenai talian khas berkenaan
(Helpline 141).
Hadiah-hadiah kemenangan bagi setiap kategori telah disampaikan oleh
Yang Mulia Dato Paduka Haji Jemat bin Haji Ampal, Setiausaha Tetap
KKBS selaku Tetamu kehormat.
|
|
Senarai Pemenang-pemenang bagi
Peraduan Mewarna JAPEM sempena Hari Kanak-Kanak 2006 |
|
|
|
|
28 November 2006
|
|
HADIRI
BENGKEL DI BANGKOK, THAILAND
|
|
Dayang Noryani bte Haji Abd Rani,
Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Dayang Hajah Dayang bte Haji
Mohiddin, Pemangku Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat telah menghadiri
bengkel 'Regional Workshop On Genders Sensitive and Coordinated VAW
Services: Focusing On The Operationalization And Management Of One
Stop Crisis Centers (OSCSs)' di Bangkok, Thailand pada 28- 30 November 2006.
|
|
|
|
|
20
November 2006
|
|
HADIRI
MESYUARAT DI BANGKOK, THAILAND
|
|
Datin Hajah Adina bte Othman,
Pengarah JAPEM telah menghadiri mesyuarat 'Expert Group Meeting On
The Establishment Of An ASEAN Commission On The Rights Of Women And
Children' di Bangkok, Thailand pada 20 November 2006.
|
|
|
|
|
18 November 2006
|
|
9
atlet sertai 9th fespic games
|
|
|
|
Sebahagian
atlet yang akan menyertai sukan FESPIC, Kuala Lumpur 2006
|
Majlis
Penyerahan Bendera Negara kepada Kontingen Negara Brunei Darussalam
ke 9th FESPIC Games, Kuala Lumpur telah diadakan di Dewan
DiGadong Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.
Bendera Negara telah diserahkan kepada Chef De Mission, Dayang Hajah
Misnah bte Haji Bolhassan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri
Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin
Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Seramai 9 orang atlet Berkeperluan Khas akan menyertai
Sukan FESPIC ke-9 di Kuala Lumpur, yang akan bermula dari 25
November hingga 1 Disember.
Pencapaian terbaik Negara dikejohanan tersebut ialah di 8th FESPIC
Games, Busan Korea 2002 dengan memperolehi 2 Emas, 3 Perak dan 2
Gangsa.
|
|
|
|
|
15
November 2006
|
|
MAJLIS
RAMAH MESRA 2006
|
|
|
|
YB Menteri
KKBS mengetuai penyampaian sumbangan hari raya kepada
warga istimewa dan Penghuni Kompleks Rumah Kebajikan
|
Warga Istimewa dan Penghuni Kompleks
Rumah-Rumah Kebajikan hari ini diraikan di Majlis Ramah Mesra
anjuran Jabatan Pembangunan Masyarakat yang telah diadakan di Pusat
Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Hadir selaku tetamu kehormat pada pagi tersebut ialah Yang Berhormat
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Majlis diselajurkan dengan penyampaian sumbangan derma Hari Raya
oleh tetamu kehormat kepada yang diraikan.
Acara pada pagi itu juga turut diserikan dengan persembahan
pentas oleh warga istimewa, penghuni Kompleks Rumah-Rumah kebajikan
dan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan serta jabatan-jabatan di
bawahnya.
|
|
|
|
|
15
November 2006
|
|
Hadiri
mesyuarat cedaw
|
|
Dayang Hajah Misnah bte Haji
Bolhassan, Timbalan Pengarah JAPEM dan Dayang Noryani bte Haji Abd
Rani,
Pegawai Pembangunan Masyarakat telah
menghadiri mesyuarat 'ASEAN High Level Meeting on Gender
Mainstreaming within the context of CEDAW, BFPA and MDGs' di Jakarta
Indonesia pada 15 - 17 November 2006.
|
|
|
|
|
2 November 2006
|
|
5th
acw meeting
|
|
Dayang Hajah Noridah bte Abdul Hamid,
Penolong Pengarah JAPEM telah menghadiri mesyuarat '5th ASEAN
Committee On Women (ACW) Meeting' di Singapura pada 2 - 3 November 2006.
|
|
|
|
|
1 November 2006
|
|
Work
life harmony
|
|
Dayang Noryani bte Haji Abd Rani,
Pegawai Pembangunan Masyarakat telah menghadiri bengkel 'Work Life
Harmony' di Singapura pada 1 November 2006.
|
|
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|