|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN
2006
|
|
|
|
|
28
Ogos 2006
|
|
HADIRI
MESYUARAT DI TOKYO, JEPUN
|
|
Datin Hajah Adina bte Othman,
Pengarah JAPEM, dan Awang Mohd Husaini bin Abdullah, Penolong
Pengarah di Bahagian Pembangunan Keluarga, Kanak-kanak dan
Kaunseling, JAPEM telah menghadiri mesyuarat 'The 4th ASEAN
and Japan High Level Officals Meeting on Caring Societies: Support
to Vulnerable People in Welfare and Medical Services, Collaboration
of Social Welfare and Health Services and Development of Human
Rescources' di Tokyo, Jepun pada 28 Ogos - 31 Ogos 2006.
|
|
|
|
|
22
Ogos 2006
|
|
LAWATAN
PERSATUAN IBU TUNGGAL, SELANGOR
|
|
|
|
Ahli-ahli
Persatuan Ibu Tunggal Parliman Subang, Selangor bergambar kenangan
bersama dengan Pengarah JAPEM
|
|
Seramai 26
orang dari Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Subang, Selangor
Malaysia mengadakan lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat JAPEM.
Lawatan bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat dan mengetahui
dengan lebih dekat mengenai dengan fungsi dan tanggongjawab
Jabatan ini. Rombongan yang diketuai oleh Puan Hamidah bte Abdul
Manan ini telah dialu-alukan oleh Pengarah JAPEM, Datin Hajah
Adina bte Othman beserta beberapa orang pegawai kanan JAPEM.
Sementara itu taklimat mengenai dengan fungsi dan tanggongjawab
JAPEM telah disampaikan oleh Dayang Hajah Siti Zarena bte Haji
Ismail, Pegawai Pembangunan Masyarakat.
|
|
|
|
|
15
Ogos 2006
|
|
PENEMPATAN
DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT, BELIA DAN SUKAN, SINGAPURA
|
|
Pengiran Mahdi bin Pg Haji Mohd
Salleh, Pegawai
Kaunseling, Dk Hajah Zaliha bte PSR Pg Haji Jaya, Pemangku Pekerja
Kanan Pembangunan Masyarakat, Pengiran Suniman bin Pg Sulaiman,
Pekerja Pembangunan Masyarakat Tingkat 1 telah mengikuti 'Kursus
Penempatan di Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan,
Singapura" di Singapura pada 15 Ogos - 9 September 2006.
|
|
|
|
|
14
Ogos 2006
|
|
HADIRI
KURSUS ANJURAN NIEW
|
|
Dayang Rogayah bte Abdullah,
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat telah menghadiri kursus
"Gender And Development Anjuran NAM Institute For The
Empowerment Of Women (NIEW)" di Kuala Lumpur, Malaysia pada 14
- 25 Ogos 2006.
|
|
|
|
|
7
Ogos 2006
|
|
PENYAMPAIAN
BANTUAN SKIM BERDIKARI
|
|
|
|
YB Menteri
Kebudayaan, Belia dan Sukan menyerahkan Jentera Pembayak Tanah
kepada Dayang Sahi bte Talip
|
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri
Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad bin
Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pagi tadi telah
menyampaikan Bantuan Skim Berdikari berupa sebuah Jentera Pembajak
Tanah kepada seorang balu bernama Dayang Sahi bte Talip di Kampung
Bukit Sulang, Lamunin, Tutong.
Jentera Pembajak Tanah ini adalah
dihasratkan untuk membantu Dayang Sahi mengusahakan ladang sayur dan
buah-buahan seluas 9 ekar bagi menampung kehidupannya bersama 9
orang anak yang masih dibangku sekolah.
Bantuan Skim Berdikari ini merupakan salah satu perkhidmatan yang
diberikan oleh Unit Keusahawanan di bawah Bahagian Pekerjaan dan
Keusahawanan di Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).
Skim Berdikari ini dibiayai melalui Tabung Badan Kebajikan
Kebangsaan. Salah satu objektif penubuhan Tabung ini ialah untuk
menghulurkan bantuan bagi meringankan beban individu dan keluarga
yang kurang berkemampuan serta tidak mempunyai pengharapan seperti
penerima bantuan skim berdikari ini.
|
|
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|