|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN
2006
|
|
|
|
|
21
September 2006
|
|
SMS
BRUNEI PRIHATIN UNTUK ANAK-ANAK YATIM KEBANGSAAN
|
|
|
Majlis Pelancaran SMS Brunei Prihatin
Untuk Anak-Anak Yatim Kebangsaan telah disempurnakan oleh Yang
Berhormat Pehin Orang
Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji
Mohammad bin Haji Daud, Menteri
Kebudayaan, Belia dan Sukan di DST Tower, Jalan Tungku.
Pengguna telefon bimbit DST Com, Prima dan Easi berpeluang untuk
membuat sumbangan dengan hanya menghantar pesanan teks ringkas
dengan menaip YATIM (tanpa jarak) dan jumlah yang dikehendaki iaitu
1,5,10,15 dan 20 sebagai contoh YATIM (bagi derma berjumlah $5) dan
hantar kepada 8885555. SMS ini akan berakhir sehingga 11 November
2006.
Projek tersebut memberi peluang kepada orang ramai untuk
menghulurkan derma melalui telefon bimbit dengan tidak payah lagi
datang sendiri untuk menyerahkan derma tetapi hanya dengan melalui
SMS.
|
|
|
|
|
20
September 2006
|
|
MAJLIS
PENYERAHAN KUNCI RUMAH PROJEK TITIAN AMAL
|
|
|
|
YB Menteri
Kebudayaan, Belia dan Sukan menyerahkan replika kunci
kepada Awang Samrin bin Haji Timbang
|
JAPEM dengan kerjasama Angkatan
Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Penyerahan
Kunci Rumah kepada Awang Samrin bin Haji Timbang.
Penerima adalah salah seorang klien Jabatan ini yang diberi bantuan
perumahan yang dibina oleh pihak ABDB bersempena dengan Hari
Ulangtahun ABDB ke-45.
Hadir menyempurnakan penyerahan kunci rumah tersebut ialah Yang
Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri
Pahlawan Haji Awang Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan,
Belia dan Sukan.
|
|
|
|
|
20
September 2006
|
|
TRAINING
WORKSHOP ON HOME CARE ROK ASEAN
|
|
Dayang Hajah Misnah bte Haji Bolhasan,
Timbalan Pengarah JAPEM dan Awang Sofian bin Haji Mohamad, Pengawai
Pencen-Pencen Kanan telah menghadiri bengkel 'TRAINING
Workshop On Home Care ASEAN Cooperation Project' di Seoul, Korea
pada 20 hingga 22 September 2006.
|
|
|
|
|
19
September 2006
|
|
BENGKEL
PERKHIDMATAN PELANGGAN CEMERLANG
|
|
|
|
Sebahagian
daripada peserta yang menghadiri Bengkel Perkhidmatan Pelanggan
yang Cemerlang
|
Sebagai usaha berterusan JAPEM
dalam mempastikan semua pegawai dan kakitangan di Jabatan ini dapat
memberikan layanan dan perkhidmatan yang cemerlang kepada
klien-klien yang memerlukan, maka Jabatan ini sekali lagi
menganjurkan Bengkel Perkhidmatan Pelanggan Yang Cemerlang. Kali ini
bengkel dikendalikan oleh Aftaneka Infokonsult & Training's yang
mengundang 3 orang penceramah dari TG Consult Sdn. Bhd. Malaysia
iaitu Dr. Tembon bin Ghani, Hj Yep bin Putih dan Ahmad Zaki Ahmad
Rafai’.
Diantara objektif bengkel adalah bagi meningkatkan sikap positif
dalam memberikan perkhidmatan yang bermutu bagi menyelesaikan
masalah klien, menghayati kepentingan hubungan pelanggan bagi
mencapai misi dan hasrat organisasi dan membentuk pendekatan yang
berkesan bagi menyelesaikan masalah pelanggan.
Bengkel yang disertai oleh 24 orang pegawai-pegawai dan kakitangan
Jabatan ini juga adalah kesinambungan sambutan Hari Pelanggan JAPEM
yang telah berlangsung pada 31 Julai 2006 yang lalui, bertemakan
“Perkhidmatan Berkesan Membangun Masyarakat” iaitu Jabatan akan
sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada para klien JAPEM.
|
|
|
|
|
19
September 2006
|
|
MENGHADIRI
MESYUARAT
|
|
Dayang Noryani bte Haji Abd Rani,
Pegawai Pembangunan Masyarakat telah menghadiri mesyuarat "2006
ASEAN Regional Taskforce Meeting To Prevent Child-Sex Tourism"
di Bangkok, Thailand pada 19 - 20 September 2006.
|
|
|
|
|
14
September 2006
|
|
MENGHADIRI
MESYUARAT
|
|
Awang Haji Rosmadee bin Haji Daud,
Penolong Pengarah di Bahagian Perkhidmatan Orang Berkeperluan Khas,
JAPEM dan Awang Mohd Zain bin Haji Mohammad, Pekerja Pembangunan
Masyarakat Tingkat 1 telah menghadiri mesyuarat "KL'06 , 9th
FESPIC Games, Kuala Lumpur 2006, Chef De Mission Meeting"
di Kuala Lumpur, Malaysia pada 14 - 16 September 2006.
|
|
|
12
September 2006
|
|
PENUTUPAN
TABUNG KEMANUSIAAN GEMPA BUMI YOGYAKARTA DAN KAWASAN SEKITARNYA
|
|
|
|
Ketua
Pegawai Operasi DST Group menyampaikan cek kutipan Derma SMS Brunei
Prihatin kepada YB Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
|
Mesyuarat bagi penutupan Tabung
Kemanusiaan Gempa Bumi Yogyakarta dan Kawasan Sekitarnya telah
diadakan pada pagi ini di Bilik Attaqwa.
Mesyuarat dihadiri oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan
Sukan selaku Penasihat Bersama Jawatankuasa Kebangsaan Tabung
Kemanusiaan Gempa Bumi Yogyakarta dan Kawasan Sekitarnya. Mesyuarat
dipengerusikan oleh Dato Paduka Awang Haji Jemat bin Haji Ampal,
Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Sepanjang tempoh tabung berkenaan diadakan sebanyak $379,028.50
telah berjaya dikumpulkan. Derma tersebut Insya Allah akan
disalurkan kepada pihak berkenaan dengan secepat mungkin melalui
pihak yang akan dikenalpasti oleh Jawatankuasa Tabung.
Terdahulu sebelum mesyuarat bermula Yang Berhormat Menteri
Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menerima sumbangan derma dari
pelbagai pihak termasuk sumbangan Derma SMS Brunei Prihatin.
|
|
|
|
|
11
September 2006
|
|
LEBIH
$10 RIBU DIHULURKAN KEPADA MANGSA ATAP TERBANG
|
|
|
|
Yang Mulia
Setiausaha Tetap, KKBS menyampaikan Bantuan Kewangan kepada
salah seorang penerima.
|
Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan
daripada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui JAPEM
kepada pemilik rumah yang mendapat musibah atap terbang akibat angin
kencang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Attaqwa, petang ini.
Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Awang
Haji Jemat bin Haji Ampal, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan. Seramai 15 orang pemilik rumah dari 9 buah kampong
di Daerah Brunei Muara telah menerima bantuan tersebut yang
kesemuannya berjumlah $10, 875.00.
Bantuan ini dihulurkan bagi meringankan bebanan pemilik-pemilik
rumah yang mengalami kerosakkan akibat angin kencang yang berlaku
pada bulan Ogos yang lalu.
|
|
|
|
|
8
September 2006
|
|
HADIRI
FORUM DI BANGKOK, THAILAND
|
|
Datin Hajah Adina bte Othman,
Pengarah JAPEM, dan Dayang Hajah Siti Zarena bte Haji Ismail,
Pegawai Pembangunan Masyarakat telah menghadiri forum 'ASEAN GO-NGO
Forum On Social Welfare And Development' di Bangkok, Thailand pada 8
September - 9 September 2006.
|
|
|
|
|
6
September 2006
|
|
MAJLIS
PELANCARAN SCI
|
|
|
|
Sebahagian
Warga JAPEM yang menghadiri Majlis Pelancaran SCI
|
Majlis Pelancaran Skim Cadangan
Inovasi (SCI) JAPEM telah disempurnakan oleh Yang Mulia Datin Hajah
Adina bte Othman. Majlis berlangsung di Dewan Digadong, KKBS.
Skim Cadangan Inovasi (SCI) adalah merupakan satu skim di mana semua
pegawai dan kakitangan diberi peluang untuk mengemukakan cadangan
pembaikan bagi mengatasi masalah yang telah dikenalpasti dalam
melaksanakan tugas-tugas seharian.
Program SCI ini disasarkan kepada semua pegawai dan kakitangan di
semua peringkat. Walau bagaimanapun pada peringkat permulaan ini
hanya disasarkan kepada pegawai dan kakitangan dalam skala gaji C1
ke bawah.
|
|
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|