Jualan Antarabangsa bagi Tabung Orang-Orang Cacat
Brunei
JAPEM mengalu-alukan orang ramai
untuk menderma ke Tabung Orang-Orang Cacat Brunei. Salah satu acara yang
sedang dianjurkan oleh pihak prihatin bertujuan bagi menambahkan lagi
kewangan Tabung ini ialah Jualan Antarabangsa bagi Tabung Orang-Orang Cacat
Brunei.
Jualan Antarabangsa yang berlangsung di Bangunan Pusat Kommersial
Perdagangan Bumiputera, Bandar Seri Begawan telah dirasmikan oleh Dayang
Hajah Misnah bte Haji Bolhassan, Pemangku Pengarah JAPEM.
Acara kemuncak pada pagi tadi ialah penyerahan sumbangan cek $3,000.00 dari
pihak penganjur Jualan Antarabangsa, Awang Haji Momin bin Haji Salleh kepada
Tabung Orang-Orang Cacat Brunei yang diterima oleh Pemangku Pengarah JAPEM
bagi pihak tabung berkenaan.
Jualan antarabangsa ini disertai oleh peniaga-peniaga dari negara-negara
ASEAN serta India dan Pakistan. Antara barang-barang yang dijual ialah
pakaian, peralatan rumah, barang perhiasan, barang keperluan kanak-kanak dan
banyak lagi
26
Disember
2007
BENGKEL ORIENTASI DAN MOBILITI
ORANG BERKEPERLUAN KHAS PENGLIHATAN DAN ANGGOTA BERKERUSI RODA
Bengkel Orientasi dan Mobiliti
Orang Berkeperluan Khas khususnya Penglihatan dan Anggota Berkerusi Roda
(Wheelchair) adalah merupakan satu aktiviti Bahagian Perkhidmatan Orang
Berkeperluan Khas, JAPEM.
Bengkel ini bertujuan untuk memberi peningkatan dan kesedaran kepada orang
ramai dalam menangani masalah Orang Berkeperluan Khas. Selain itu ianya juga
dihasratkan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang
perkara-perkara yang perlu dan mustahak apabila bertemu dengan golongan
seperti ini.
Kearah merealisasikan hasrat tersebut, bengkel ini telah diadakan di Daerah
Belait yang berlangsung di Dewan Lembaga Bandaran, Kuala Belait. Bengkel ini
telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Mohammad bin Haji
Abd Rahman.
Seramai lebih 50 orang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan,
persatuan-persatuan, pertubuhan-pertubuhan swasta, persendirian di daerah
berkenaan telah menghadiri bengkel selama dua hari ini.
15
Disember
2007
SAMBUTAN
HARI WARGA EMAS 2007
Tetamu Kehormat
menyampaikan hadiah kepada warga emas yang paling tua hadir di Majlis
tersebut
Majlis Sambutan Hari Warga Emas
yang diadakan pada pagi ini di Kelab Rekreasi Laing Lumut merupakan salah
satu projek tahunan JAPEM. Majlis seumpama ini telah diadakan di Daerah
Brunei Muara pada tahun lalu. Pada tahun ini pula, Daerah Belait telah
diberi peluang dan dipilih untuk melaksanakan aktiviti ini yang mana
membolehkan penduduk-penduduk khususnya warga emas di daerah ini dapat
merasakannya yang mereka juga tidak dilupakan.
Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk memperingati jasa baik dan
khidmat yang disumbangkan dan diberikan oleh warga emas kepada pembangunan
negara dan disamping itu juga memupuk jalinan kemesraan, ramah mesra sesama
keluarga, masyarakat dan agensi-agensi kerajaan.
Seramai 300 orang warga emas telah menghadirkan diri di majlis tersebut.
Sebilangan besar mereka adalah warga emas dari Daerah Belait sendiri,
manakala Daerah Brunei Muara, Tutong dan Temburong diwakili oleh 10 orang
setiap Daerah. Awang Haji Mokti bin Yunus yang lahir pada tahun 1928 dan
berasal dari Kampong Mumong merupakan warga emas yang paling tua hadir di
majlis tersebut. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan Tai Chi,
pertandingan menapih sinjang bagi warga emas lelaki, pertandingan mengelupis
bagi warga emas lelaki dan perempuan, pertandingan membuat gelang atau
rantai dari biji manik bagi warga emas perempuan dan persembahan nyanyian.
Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya
Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji
Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Datin. Turut hadir ialah
Yang Berhormat Haji Shafiee bin Haji Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan
Ketua Kampong Lumut, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap KKBS, Awang Haji Abd
Rahman bin Haji Ahmad dan Isteri, Pengarah JAPEM, Pegawai-Pegawai Kanan
Kerajaan, Penghulu-Penghulu dan Ketua Kampong di Daerah Belait.
Tetamu Kehormat juga turut menyampaikan syair di majlis tersebut, antara
petikan syair yang disampaikan ialah Dari ulu turun ke pekan, Sampannya
rosak di tengah hari, Kalau selalu ingatkan Tuhan, Apa dipinta pasti diberi;
Anak ayam di atas pagar, Turun ke tanah memakan padi, Kalau hutang wajib
dibayar, Kalau janji wajib ditepati.
1
Disember
2007
SAMBUTAN
HARI ANTARABANGSA ORANG BERKEPERLUAN KHAS 2007
Salah satu aktibiti
yang diadakan untuk Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
Memiliki pekerjaan yang diharapkan
adalah impian semua insan yang ingin memajukan diri sendiri demi jaminan
masa depan dan membantu mengukuhkan ekonomi keluarga. Hasrat ini juga
merupakan harapan golongan Berkeperluan Khas di Negara ini. Walaupun
dilahirkan dalam serba kekurangan namun mereka dengan berbekalkan kemampuan
yang seadanya hendaklah diberi peluang dan seterusnya diberi kepercayaan
oleh semua majikan di sektor Kerajaan dan swasta agar memberikan pekerjaan
yang bersesuaian dengan kudrat serta kemahiran yang dimilki oleh golongan
Orang Berkeperluan Khas (OBK).
Ini adalah bertepatan dengan tema Sambutan Hari Antarabangsa Orang
Berkeperluan Khas (SHAOBK), iaitu 'Pekerjaan yang sesuai bagi Orang
Berkeperluan Khas'. Tema adalah selaras dengan Convention On The Rights Of
Persons With Disablilities dan UNESCAP Biwako Millenium Framework yang
mempunyai hala tuju kearah "an inclusive barrier-free and rights -based
society" bagi golongan Berkeperluan Khas.
Sambutan adalah anjuran bersama JAPEM; Unit Pendidikan Khas, Kementerian
Pendidikan; Child Development Centre, Kementerian Kesihatan; Persatuan
SMARTER; Persatuan FITRAH; Persatuan KACA; Pusat Ehsan; PADPA; dan BDNAB
(Brunei Darussalam's National Association of the Blind). Kira-kira 4,633 OBK
di seluruh Negara berdaftar dengan JAPEM. Dari jumlah tersebut seramai 1,607
adalah Orang Kurang Upaya dan selebihnya 3,026 adalah mereka yang lemah
pembelajaraan.
SHAOBK 2007 yang
disambut setiap 3 Disember bertujuan untuk mengwujudkan kesedaran orang
ramai terhadap kemampuan OBK di Negara ini, selain meraikan sambil
merapatkan hubungan silaturahim sesama golongan OBK dan orang ramai.
Disamping itu juga memenuhi peranan dan tanggungjawab JAPEM yang sentiasa
memeduli kesejahteraan dan kepentingan rakyat di Negara ini termasuk OBK.
Beberapa buah agensi pekerjaan telah mengambil bekerja OBK, antaranya JAPEM;
Jabatan Belia dan Sukan; Jabatan Pengangkutan Darat; Institut Perkhidmatan
Awam; Jabatan Pertanian; Jabatan Kerja Raya; Kementerian Kesihatan; HSBC
Bank; Standard Chartered Bank; Syarikat Lee Sign Craft; Sheraton Utama
Hotel; Sunlit Advertising; Gedung Perniagaan Hua Ho; Unicorp Sdn Bhd; Newas
Survey Consultancy dan banyak lagi.
Antara acara yang diadakan untuk memeriahkan sambutan pagi tadi ialah
persembahan dari pelajar berkeperluan khas, bouncers, sukan ria, bersama
maskot dan jualan ria. Turut disediakan pameran daripada JAPEM; Pusat
Bahagia JAPEM, Unit Pendidikan nit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan;
Child Development Centre, Kementerian Kesihatan; Persatuan SMARTER;
Persatuan FITRAH; Persatuan KACA; Pusat Ehsan; PADPA; dan BDNAB.
Beberapa buah syarikat telah bermurah hati menyumbangkan berbagai tajaan
untuk sambutan ini antaranya ialah Mum Bakery, DST Group, B-Mobile, Lian Fah
Printing and Trading Company, LCY Developmet, KFC, Jollibee, Ideal Cafe,
Borneo United Enterprise Sdn Bhd, Singapore Motor, Air Cat Forwarding, Dee
Jay Home Video, Top Happy Star Superstore Sdn Bhd, Syarikat BumiSaga, Sunlit
Advertising Sdn Bhd, PanaCom Sdn Bhd, Ying Heo Radio Trading dan Members Of
The Diplomatic Crops.
Tetamu Kehormat Majlis, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato
Paduka Haji Awang Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri
Pembangunan selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Datin.
Turut hadir Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Kementerian
Kesihatan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Datin, Timbalan
Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengarah JAPEM,
Pegawai-pegawai kanan kerajan, syarikat swasta dan NGOs.
SHAOBK 2007 diadakan di Plaza Tengah, Bangunan Kompleks Yayasan Sultan Haji
Hassanal Bolkiah.
Jabatan Pembangunan
Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei
Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn