.: Catatan Kegiatan Aktiviti Bagi Tahun 2007 |  Bagi Bulan : :.

26 Februari 2007
LAWATAN SAMBIL BEKERJA

Dayang Hajah Noridah bte Abdul Hamid, Penolong  Pengarah, Awang Haji Berudin bin Singgil, Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Awang Mohd Hadri bin Mohd Halim, Pekerja Pembangunan Masyarakat Tingkat II telah menyertai lawatan sambil bekerja ke Projek-Projek Keusahawanan di Malaysia pada 26 Februari hingga 7 Mac 2007.

 
25 Februari 2007
LAWATAN KERJA KE SINGAPURA DAN MALAYSIA

Awang Jahali bin Suhaili, Timbalan Pengawal Pencen-Pencen, Awang Sofian bin Haji Mohamad, Pegawai Pencen-Pencen Kanan, Dayangku Mariatul Kifiah bte Pg Haji Hashim dan Awang Ashadi bin Haji Ibrahim, Pegawai Pencen-Pencen Tingkat II telah membuat Lawatan Kerja ke Singapura dan Malaysia pada 25 Februari hingga 3 Mac 2007.

 
15 Februari 2007
Penyampaian derma sms brunei prihatin

Majlis Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim melalui SMS Brunei Prihatin telah diadakan di Orchid Garden Hotel.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah
 Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Majlis pada pagi itu juga diselajurkan dengan penyerahan cek berjumlah $156,580 yang dikutip melalui perkhidmatan pesanan ringkas (sms) daripada pengguna Prima dan Easi bagi SMS Brunei prihatin untuk anak-anak yatim kebangsaan kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan oleh Ketua Pegawai Operasi DST Group, Haji Marsad Haji Ismail.

 
13 Februari 2007
BENGKEL MOTIVASI KEUSAHAWANAN

Sebahagian dari peserta yang menghadiri Bengkel Motivasi Keusahawanan

Seramai 23 orang peserta Skim Berdikari JAPEM telah menghadiri Bengkel Motivasi Keusahawanan yang telah diadakan di Dewan Citrabudaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Bengkel tersebut telah dibimbing oleh 3 orang penceramah dari Pusat Pembangunan Keusahawanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama. Sementara itu pada sebelah petang diadakan sesi berkongsi pengalaman bersama 2 orang pengusaha yang berjaya dalam bidang ternakan Burung Puyuh dan Kedai Jahit.

Bengkel tersebut dihasratkan untuk meningkatkan lagi kefahaman dan kemahiran mengenai dengan pengurusan asas perniagaan atau perusahaan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di bengkel tersebut ialah Pengarah JAPEM, Datin Hajah Adina bte Othman.

 
9 Februari 2007
ARAFURA GAMES HEADS OF DELEGATION MEETING

Awang Haji Rosmadee bin Haji Md Daud, Penolong Pengarah telah menghadiri 'Arafura Games Heads of Delegation Meeting' di Singapura pada 9 Februari 2007.

 
6 Februari 2007
Hadiri kursus tna

Awang Haji Saidin bin Haji Abas, Pekerja Kanan Pembangunan Masyarakat telah menghadiri Kursus Kaedah Analisa Keperluan Latihan di Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia pada 6-8 Februari 2007.

 
5 Februari 2007
SERTAI Eksesais Hikmat Bersatu 2

Senario olok-olok dalam Eksesais Hikmat Bersatu 2 yang melibatkan JAPEM

JAPEM telah menyertai latihan Eksesais Hikmat Bersatu 2 yang telah diadakan di Daerah Temburong. Seramai 20 orang pegawai dan kakitangan JAPEM yang diketuai oleh Pemangku Pengarah, Dayang Hajah Misnah bte Haji Bolhassan telah terlibat dalam latihan tersebut.

Latihan tersebut adalah merupakan persiapan tindak balas segera dalam menangani operasi bantuan bencana alam dan bantuan kemanusiaan.


Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn