|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI BAGI TAHUN
2007
|
|
|
|
|
31 Januari 2007 |
|
Hadiri MESYUARAT DI THAILAND |
|
Dayang Hajah
Noridah bte Abdul Hamid, Penolong Pengarah, telah menyertai
menghadiri mesyuarat 'The 5th ASEAN Ministers Meeting On Rural
Development and Poverty Eradication' di Bangkok, Thailand pada 31
Januari 2007. |
|
|
|
|
31 Januari 2007 |
|
MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU
HIJRAH 1428 |
|
Kompleks
Rumah-Rumah Kebajikan, Pulaie
(KRK) telah mengadakan Majlis Sambutan Tahun Baru Hijrah 1428
bertempat di Dewan Serbaguna KRK.
Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis petang itu ialah Penolong
Pengarah JAPEM, Mohd Hussaini bin Abdullah.
Majlis diserikan lagi dengan ceramah ugama yang telah disampaikan
oleh Ustaz Haji Mail bin Haji Besar, penceramah undangan dari Pusat
Dakwah Islamiah.
Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian cenderamata kepada
Pegawai dan Kakitangan KRK yang berpindah dan bersara. |
|
|
|
|
24 Januari 2007 |
|
19 WARGA JAPEM
dikurniakan Pingat-Pingat KehormataN |
|
 |
|
Duli Yang Teramat
Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee
Billah mengurniakan Pingat
Jasa Kebaktian (PJK)
kepada Awang Jahali bin Suhaili pada majlis Pengurniaan Pingat
Kehormat Negara Brunei Darussalam. - Infofoto |
|
Seramai 19
orang pegawai dan kakitangan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM)
telah dikurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Sempena Hari Keputeraan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Dipertuan Negara Brunei Darussalam ke 60 tahun.
Seorang menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), iaitu Awang Jahali bin
Suhaili.
Sepuluh orang pegawai dan kakitangan JAPEM menerima Pingat
Indah Kerja Baik (PIKB). Mereka ialah Dayang Alus bte Kula, Hajah
Kamariah bte Abdullah, Abd Rahim bin Abdullah, Azizah bte Haji Md
Diah, Pengiran Mahdi bin Pg Haji Salleh, Rostinah bte PDP Haji Mohd
Tahir, Lim Tok Eng, Haji Zanie bin Haji Tarih, Yaram bin Yaning dan
Mohd Zain bin Haji Mohammad.
Seramai 8 orang pegawai dan kakitangan JAPEM menerima Pingat Kerja
Lama (PKL). Mereka terdiri daripada Dayang Timong bte Musing, Raimah
bte Mohammad, Haji Ahad bin Haji Hassan, Wan Ali bin Wan Ibrahim,
Dayang Tampoi bte Haji Awang Damit, Pengiran Haji Metarsad bin Pg
Haji Damit dan Dayangku Hajah Zaliha bte PSR Pg Haji Jaya.
Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan tersebut berlangsung di Balai
Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman. |
|
|
24 Januari 2007 |
|
CERAMAH MOTIVASI KERJA
SEBAGAI SATU IBADAT |
|
Lebih 40 orang
Pegawai dan Kakitangan JAPEM telah menghadiri Ceramah Motivasi Kerja
Sebagai Satu Ibadat yang telah diadakan di Dewan Citra Budaya,
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Haji Mail bin Haji
Besar, penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah dan telah
dipengerusikan oleh Haji Berudin bin Singgil, Pengawai Pembangunan
Masyarakat. |
|
|
8 Januari 2007 |
|
LAWATAN KERJA KE NANGROE
ACEH DARUSSALAM |
|
Awang Jahali bin
Suhaili, Timbalan Pengawal Pencen-Pencen dan Dayang Hajah Siti
Zarena bte Haji Ismail, Pegawai Pembangunan Masyarakat, telah
menyertai rombongan Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka
Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin, Timbalan Menteri Hal Ehwal
Ugama yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji
Hassanal Bolkiah (YSHHB) ke Aceh membuat lawatan kerja ke Nangroe
Aceh Darussalam (NAD) di Republik Indonesia, diikuti dengan
menghadiri acara penerimaan dan penyerahan rasmi projek bantuan
Masyarakat Brunei Darussalam pada 9 Januari 2007 dan seterusnya
membuat lawatan ke Teupin Rambut pada 10 Januari 2007. |
|
|
3 Januari 2007
|
|
MAJLIS
IBADAH KORBAN |
|
Para Penghuni dan Kakitangan Kompleks
Rumah-Rumah Kebajikan Kampong Pulaie telah mengadakan Majlis Ibadah Korban
bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidiladha
bagi tahun 1427H.
Sebanyak 2 ekor kerbau telah dikorban di majlis tersebut.
Daging-daging korban disempurnakan pengagihannya oleh Timbalan
Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Misnah bte Bolhassan.
|
|
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|