Pengarah JAPEM
menyampaikan Poster dan Buku TPOR JAPEM kepada salah seorang Ketua Kampong
di Daerah Belait
JAPEM hari ini mengadakan Hari
Pelanggan di ruang legar utama Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan Daerah
Belait yang bertujuan untuk memperkenalkan perkhidmatannya kepada orang
ramai.
Beberapa aktiviti telah dibuat semasa sambutan ini seperti pameran mengenai
dengan perkhidmatan JAPEM, gerai-gerai jualan dan penyerahan poster dan buku
TPOR JAPEM kepada para Penghulu dan Ketua Kampong di Daerah Belait.
Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Pengarah JAPEM, Datin
Hajah Adina bte Othman.
Majlis pada pagi ini juga diselajurkan dengan penyampaian cenderamata Skim
Cadangan Inovasi (SCI) kepada Pegawai dan Kakitangan JAPEM yang telah
berjaya memberikan cadangan terbaik setelah dinilai oleh sebuah Jawatankuasa.
SCI JAPEM telah bermula pada September 2006 merupakan satu skim yang mana
pegawai dan kakitangan JAPEM bergaji C1 ke bawah diberi peluang untuk
mengemukakan cadangan pembaikan bagi mengatasi masalah-masalah yang dikenal
pasti dalam melaksanakan tugas-tugas rutin.
Tetamu Kehormat juga menerima penyerahan derma dari Sekolah Rendah Pg Jaya
Negara Pg Abdul Momin kepada Pusat Bahagia Eric Goh sebanyak $700.00 hasil
walkaton Sekolah berkenaan. Seterusnya Tetamu Kehormat menyampaikan
sumbangan sebuah Kerusi Roda kepada penerima yang berjaya.
26 Julai 2007
JAPEM sumbangkan
$146,900.00 kepada mangsa angin kencang
JAPEM telah menderma sejumlah
$146,900.00 bagi membeli bahan-bahan binaan untuk membaiki rumah-rumah yang
rosak akibat angin kencang yang berlaku pada malam Isnin 22 Julai 2007.
Cek tersebut diserahkan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang
Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan
Haji Awang Mohammad bin Haji Daud kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri,
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang
Adanan di Pusat Gerakan Sungai Lampai.
Selain berbentuk kewangan, JAPEM juga memberikan sumbangan berbentuk
barang-barang makanan asas dan kanvas untuk menutup bumbung yang terjejas.
23 Julai 2007
japem hulur bantuan kepada mangsa
angin kencang
Mangsa-mangsa yang terlibat dengan
kejadian ribut angin kencang pada malam Isnin, 22 Julai lepas menerima
bantuan berbentuk keperluan asas di Balai Bomba Sungai Lampai.
Bantuan keperluan asas itu disumbangkan oleh JAPEM, Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan yang disampaikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan,
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri
Pahlawan Haji Awang Mohammad bin Haji Daud.
Sumbangan-sumbangan tersebut diterima oleh Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua
Kampong yang kemudiannya menyampaikan kepada anak buah kampong mereka yang
terlibat.
Semasa kejadian angin kencang itu bumbung atap rumah di Kampong Ayer telah
diterbangkan. Sejumlah 192 buah rumah dari 8 buah mukim di Kampong Ayer
telah terlibat dalam kejadian tersebut.
5 Julai 2007
SAMBUTAN HARI WANITA ASEAN 2007
Forum Isu-isu Wanita
Dalam Perundangan sempena Sambutan Hari Wanita ASEAN 2007
Majlis Sambutan Hari
Wanita ASEAN 2007 (ASEAN Women's Day) telah berlangsung di Press Conference
Hall, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas adalah anjuran bersama JAPEM
dan Majlis Wanita Brunei.
Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis pagi tadi ialah Yang Berhormat Pehin
Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji
Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Lebih kurang 400 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan
kerajaan, Para Penghulu dan Ketua Kampong, swasta/NGO, persatuan-persatuan
dan persendirian telah menghadiri sambutan ini.
Seramai 4 orang ahli panel forum telah dijemput untuk membincangkan isu-isu
wanita dalam perundangan. Mereka ialah Ustaz Haji Johar bin Haji Mohammad
dari Jabatan Mahkamah Rendah Syariah, Datin Hajah Fatimah bte Dato Seri
Setia Abang Haji Razali (Yang Dipertua Majlis Wanita Brunei), Ketua
Inspektor Hajah Halimah bte Haji Nayan (Unit Siasatan Jenayah, Penderaan,
Wanita dan Kanak-Kanak, Polis Diraja Brunei) dan Hajah Siti Aynah bte Haji
Md Yaakub (Pegawai Kaunseling, JAPEM).
5 Julai 2007
hadiri SYMPOSIUM di JEPUN
Awang Haji Berudin bin Haji Singgil, Pegawai Pembangunan Masyarakat telah menghadiri
'Symposium On Women And Poverty' di Tokyo, Jepun pada 5 - 9 Julai 2007
2 Julai 2007
hadiri mesyuarat di vietnam
Dayang Siti Hazizah bte
Saleh, Pegawai Pembangunan Masyarakat telah menghadiri mesyuarat '2007 ASEAN
Regional Task Force Meeting' di Hanoi, Vietnam pada 2 - 3 Julai 2007.
Jabatan Pembangunan
Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei
Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn