Datin Hajah Adina bte
Othman, Pengarah JAPEM telah menghadiri mesyuarat 'APEC 2007 Gender Focal
Point Network Meeting (GEPN)' di Cairns, Australia pada 28 - 29 Jun 2007.
26
Jun
2007
Anugerah Pekerja Cemerlang
Seramai 3 orang pegawai dan kakitangan JAPEM
adalah diantara penerima ‘Anugerah Pekerja Cemerlang’ bagi pegawai dan
kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Jabatan-Jabatan di
bawahnya.
Anugerah tersebut telah disampaikan kepada Hajah Dayang bte Haji Mohiddin,
Dayang Hajah Salmiah bte Mohammad dan Dayangku Hajah Razainah bte Pg Haji
Mohd Daud oleh Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan, Yang Mulia Awang Haji Ahmad bin Haji Abd Rahman selaku Tetamu
Kehormat majlis di Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi tahun 2007.
Majlis berlangsung di Dewan Pencapaian, Institut Perkhidmatan Awam.
26
Jun
2007
PROCESSING naib juara
Kumpulan Processing dari
JAPEM dinobatkan sebagai Naib Juara Pertandingan Konvensyen Kumpulan Kerja
Cemerlang Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di
bawahnya bagi tahun 2007.
Kumpulan ini melaksanakan projek "Sistem Failing Yang Kurang Bersistematik".
Sebanyak 8 pasukan telah menyertai konvensyen kali ini yang telah
dilangsungkan di Dewan Pencapaian, Institut Perkhidmatan Awam.
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat, Awang Haji Ahmad bin
Haji Abd Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap, KKBS.
Sementara itu Juara pada pertandingan tahun ini disandang oleh GAMES dari
Jabatan Belia dan Sukan cawangan Daerah Belait dan tempat ketiga dari Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kumpulan KITAB.
21
Jun
2007
JAPEM HULURKAN
BANTUAN
YB Menteri
Kebudayaan Belia dan Sukan menyampaikan sumbangan kepada salah seorang
penerima
Jabatan
Pembangunan Masyarakat (JAPEM) bersama Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
dan Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei menyampaikan sumbangan bagi membaiki
rumah dan derma kepada mangsa-mangsa kebakaran.
Sumbangan disampaikan oleh Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang
Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan
Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji
Hassanal Bolkiah, Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud dan Setiausaha
Majlis Ugama Islam Brunei, Pengiran Haji Bahrom Pengiran Haji Bahar.
JAPEM menghulurkan bantuan keseluruhannya berjumlah $13,400 iaitu bantuan
kepada mangsa kebakaran berjumlah $7,400, bantuan membina rumah berjumlah
$2,000 dan bantuan membaiki rumah berjumlah $4,000.
Mangsa-mangsa kebakaran yang dibantu adalah tiga orang dari Kampung Lambak B
dan sekeluarga dari Perpindahan Lambak Kanan.
11
Jun
2007
hadiri mesyuarat di uganda
Dayang Hajah Misnah bte
Haji Bolhassan, Timbalan Pengarah, dan Dayang Noryani bte Haji Abd Rani,
Pegawai Pembangunan Masyarakat telah menghadiri mesyuarat 'Eight
Commonwealth Women's Affairs Ministers Meeting' di Kampala, Uganda pada 11 -
14 Jun 2007
7 Jun
2007
KURSUS ASAS BAHASA ISYARAT DI DAERAH
TUTONG
Seramai lebih 80 orang
peserta yang terdiri daripada kakitangan
kerajaan, swasta dan Persatuan-persatuan di Daerah Tutong telah berjaya
menamatkan Kursus Asas Bahasa Isyarat yang telah diadakan selama 2 hari di
Dewan Utama, Daerah Tutong.
Hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis Penutupan kursus tersebut ialah
Pengarah JAPEM, Datin Hajah Adina bte Othman yang seterusnya menyampaikan
sijil-sijil kepada para peserta dan tenaga pengajar termasuk tujuh orang
kurang upaya yang turut terlibat sama dalam menjayakan kursus berkenaan.
Kursus Asas Bahasa Isyarat yang dianjurkan oleh JAPEM adalah bertujuan untuk
memberi peningkatan dan kesedaran kepada orang ramai bagi sama-sama membantu
Orang Kurang Upaya Pendengaran (Deaf).
Majlis pada petang ini diselajurkan dengan penyerahan enam buah kerusi roda
kepada dua buah keluarga kurang upaya.
Kursus yang bermula semalam telah dirasmikan oleh
Pemangku Pegawai Daerah Tutong Yang Mulia,
Awang Ajmain bin Hj Mumin.
7
Jun
2007
PENYAMPAIAN BANTUAN KEPADA MANGSA
KEBAKARAN
Timbalan Pengarah
JAPEM menyampaikan Bantuan Catuan Makanan dan Pakaian kepada mangsa
kebakaran
Penyampaian Bantuan Catuan
Makanan dan Pakaian kepada Mangsa Kebakaran telah diadakan hari ini di
Bahagian Bantuan AM, JAPEM.
Bantuan makanan dan pakaian ini dihulurkan kepada mangsa kebakaran di Kampok
Lambak 'B' yang mana rumah mereka dijilat api pada 6 Jun 2007 pada jam 4.30
petang.
Bantuan tersebut telah diserahkan oleh Timbalan Pengarah JAPEM, Dayang Hajah
Misnah bte Bolhassan kepada mangsa kebakaran tersebut yang terdiri daripada
2 kelamin dengan 6 orang penghuni.
5
Jun
2007
KONVENSYEN
KKC JAPEM KALI KE-2
Kumpulan PROCESSING
bergambar kenangan bersama dengan Pengarah JAPEM
Sebanyak empat kumpulan
telah menyertai Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang JAPEM kali ke-2 tahun
2007 yang telah berlangsung di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan.
Kumpulan Processing dari Bahagian Pentadbiran dan Kewangan telah menjuarai
Konvensyen pada tahun ini buat kali kedua berturut-turut setelah berjaya
menyelesaikan masalah 'Sistem Failing Yang Tidak Teratur'.
Pasukan ini juga akan mewakili JAPEM ke konvensyen KKC peringkat Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan yang akan diadakan kemudian.
Sementara itu kumpulan Harmoni dari Bahagian Keluarga, Kaunseling dan
Probesyen di tempat kedua. Kumpulan KRK dari Kompleks Rumah Kebajikan di
tempat ketiga dan di tempat keempat ialah Muhibbah dari Pusat Bahagia.
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada pagi tersebut ialah Datin Hajah Adina bte
Othman, Pengarah JAPEM, yang kemudian menyampaikan hadiah-hadiah kepada para
peserta.
Juara menerima wang tunai $500.00 beserta piala pusingan dan sijil
penyertaan.
6
Jun
2007
TAKLIMAT
Perkhidmatan Probesyen JAPEM
Pengarah JAPEM
ketika memberikan Ucapan Alu-Aluan di taklimat tersebut
Unit Probesyen dari bahagian Keluarga, kaunseling dan Probesyen telah
menyampaikan taklimat berkenaan perkhidmatan baru di Jabatan Pembangunan
Masyarakat iaitu Perkhidmatan Probesyen dan Khidmat Masyarakat bertempat di
Dewan Citra Budaya. Perkhidmatan Probesyen dilaksanakan merujuk kepada
Piawaian Kebangsaan bagi Probesyena-Probesyena di bawah Sistem Probesyen
dan Perintah Khidmat Masyarakat, Peraturan Probesyen dan Khidmat Masyarakat,
Offenders (Probesyen and Community Service) Order 2006 dan Offenders (Probesyen
and Community Service) Regulations 2006.
Taklimat telah disampaikan oleh Pg Mahdi bin Pg Hj Mohd Salleh dan dibantu
oleh Dayang Hajah Siti Zarena Haji Ismail dan Dayangku Hajah Zaleha bte PSR
Pg Haji Jaya.
Pengarah JAPEM turut menyampaikan kata alu-aluan dan menerangkan secara
ringkas latar belakang penubuhan perkhidmatan baru serta akta-akta yang
digunapakai. Agenda pada petang tersebut termasuklah menyaksikan tayangan
klip video, taklimat mengenai probesyen dan perbincangan terbuka bersama
semua yang hadir.
Taklimat dihadiri oleh lebih kurang 60 orang terdiri dari pegawai-pegawai
dari Pejabat Peguam Negara, Polis Diraja Brunei, Perkhidmatan Kesihatan dari
Kementeria Kesihatan, Mahkamah Rendah, Kementerian Kebudayaan Belia dan
Sukan dan pegawai-pegawai kanan dari JAPEM.
2 Jun
2007
PELANCARAN "TABUNG SYILING UNTUKMU"
Tetamu Kehormat memulakan pelancaran "Tabung
Syiling Untukmu"
Majlis Pelancaran "Tabung Syiling Untukmu" telah dilancarkan pagi ini
sebagai salah satu projek bagi mengumpul seberapa banyak kutipan wang derma
Tabung ini.
"Tabung Syiling Untukmu" diselangarakan oleh Jawatankuasa Tabung Bantuan
Tajaan Kanak-Kanak Sekolah (TBTKKS) yang dibentuk melalui JAPEM.
Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya melancarkan Tabung tersebut
ialah Yang Mulia Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM dan turut
hadir ialah ahli-ahli Jawatankuasa Tabung Bantuan Tajaan Kanak-Kanak Sekolah
(TBTKKS) yang terdiri dari beberapa agensi serta juga dihadiri oleh beberapa
orang pegawai kanan dari JAPEM.
"Tabung Syiling Untukmu" dihasratkan untuk memberikan kesempatan kepada
orang ramai yang berkunjung ke bangunan-bangunan yang telah ditetapkan
dimana tabung ini akan diletakkan dan mereka bolehlah memasukkan duit
syiling atau wang kertas bagi menderma seangkat-angkat hati ke dalam Tabung
itu nanti.
Tabung-tabung akan diletakkan di pasar-pasar raya, Jabatan-Jabatan Kerajaan,
ruang berlepas dan ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas,
Bank-bank, stesen-stesen minyak dan di beberapa tempat yang sering menjadi
tumpuan dan kunjungan orang ramai.
Tabung ini akan dibukakan bagi menerima derma orang ramai selama 6 bulan
yang bermula 1 Jun 2007 hingga 31 Disember 2007.
Sehubungan dengan itu JAPEM menyeru orang ramai bagi sama-sama menghulurkan
derma melalui Tabung ini nanti.
Jabatan Pembangunan
Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei
Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn