.: Catatan Kegiatan Aktiviti Bagi Tahun 2007 |  Bagi Bulan : :.

16 Mac 2007
Hadiri persidangan di india

Dayang Hajah Noridah bte Abdul Hamid, Penolong  Pengarah telah menghadiri 'The Xth Commonwealth Study Conference' di New Delhi, India pada 16 hingga 29 Mac 2007.

 
15 Mac 2007
PENUTUPAN BENGKEL KKC JAPEM

Bengkel KKC JAPEM yang diadakan di Dewan Digadong

Bengkel KKC JAPEM selama 4 hari yang telah bermula pada hari Isnin lalu telah berakhir dengan penyampaian sijil-sijil kepada para peserta.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis Penyampaian Sijil-Sijil Bengkel KKC JAPEM pada petang tadi ialah Pemangku Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Misnah bte Bolhassan.

Terdahulu sebelum itu ialah persembahan KKC dari Kumpulan KKC JAPEM yang menyertai bengkel tersebut. Bengkel ini telah dikendali
kan oleh Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman dari Kementerian Kesihatan.


Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn