.: Catatan Kegiatan Aktiviti Bagi Tahun 2007 |  Bagi Bulan : :.

28 Mei 2007
jUALAN ANTARABANGSA BAGI TABUNG ORANG-ORANG CACAT BRUNEI

Tetamu Kehormat ketika mengunjungi salah satu gerai jualan antarabangsa

 JAPEM mengalu-alukan orang ramai dan masyarakat untuk menderma kepada Tabung Orang-Orang Cacat Brunei dan salah satu acara yang telah dianjurkan oleh pihak yang prihatin bertujuan bagi menambahkan lagi kewangan tabung ini ialah dengan mengadakan Jualan Antarabangsa.

Jualan Antarabangsa Bagi Tabung Orang-Orang Cacat telah dirasmikan oleh Pengarah JAPEM, Datin Hajah Adina bte Othman bertempat di Dewan Sri Kenangan, Daerah Tutong.

Acara kemuncak di majlis tersebut ialah penyerahan sumbangan wang $3000.00 dari pihak penganjur Jualan Antarabangsa, Awang Momin bin Haji Salleh kepada Tabung Orang-Orang Cacat yang diterima oleh Pengarah JAPEM.

Jualan Antarabangsa ini disertai oleh peniaga-peniaga dari Negara-negara ASEAN, India dan Pakistan. Antara barang-barang yang dijual ialah pakaian, peralatan rumah, barang perhiasan, barang keperluan kanak-kanak dan banyak lagi.

 
25 Mei 2007
majlis penyerahan projek titian amal

Tetamu Kehormat menyerahkan kunci rumah kepada Awang Timbang bin Rahman

Majlis Penyerahan Projek Titian Amal ABDB dan Projek Kemasyarakatan JAPEM bagi Membina Tempat Kediaman Awang Timbang bin Rahman telah disempurnakan oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Haji Jemat bin Haji Ampal, Selaku wakil peribadi Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut hadir Yang Mulia Kolonel Pg Dato Paduka Haji Rosli bin Pg Haji Chuchu, Pengarah JAPEM dan beberapa orang pegawai kanan dari KKBS, JAPEM dan ABDB.

Projek ini adalah projek kerjasama diantara JAPEM dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) melalui Skim Pencen Amal ABDB.

Perbelanjaan bagi pembelian Kotainer (Kabin) adalah daripada Pihak Kerajaan iaitu daripada Tabung Bantuan Kewangan bagi membina rumah dan Tabung Badan Kebajikan Kebangsaan Brunei.

 
24 Mei 2007
HADIRI MESYUARAT DI CHINA

Dayang Hajah Noridah bte Abdul Hamid, Penolong  Pengarah, menghadiri mesyuarat 'Workshop On Poverty Reduction For Officials Of ASEAN + 3' di Nanning dan Guilin, China pada 24 - 30 Mei 2007.

 
23 Mei 2007
majlis penyerahan projek titian amal

Tetamu Kehormat bergambar kenangan bersama dengan Awang Ibrahim bin Chuchu dan Keluarga

Majlis Penyerahan Projek Titian Amal ABDB dan Projek Kemasyarakatan JAPEM bagi Membaiki Rumah Awang Ibrhaim bin Chuchu telah disempurnakan oleh Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, Yang Mulia Brig. Jen (U) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin.

Turut hadir Yang Berhormat Awang Haji Bakar bin Mansur, Pengarah JAPEM dan beberapa orang pegawai kanan JAPEM dan ABDB.

Projek ini adalah projek kerjasama diantara JAPEM dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) melalui Skim Pencen Amal ABDB.

 
22 Mei 2007
Kursus kaunseling lanjutan

Sebahagian dari peserta kursus yang

Sebagai usaha berterusan JAPEM dalam mempastikan semua pegawai dan kakitangan di Jabatan ini dapat memberikan layanan dan perkhidmatan yang cemerlang kepada klien-klien yang memerlukan, maka Jabatan ini sekali lagi menganjurkan Kursus Kaunseling Lanjutan.

Kali ini bengkel dikendalikan oleh Aftaneka Infokonsult & Training's yang mengundang 2 orang penceramah dari TG Consult Sdn. Bhd. Malaysia iaitu Dr. Tembon bin Ghani dan Ahmad Zaki Ahmad Rafai’.

Diantara objektif bengkel adalah bagi meningkatkan sikap positif dalam memberikan perkhidmatan yang bermutu bagi menyelesaikan masalah klien, menghayati kepentingan hubungan pelanggan bagi mencapai misi dan hasrat organisasi dan membentuk pendekatan yang berkesan bagi menyelesaikan masalah pelanggan.

Bengkel yang disertai oleh 2 orang pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan ini juga adalah kesinambungan dari kursus yang telah diadakah sebelum ini iatitu Kursus Asas Kaunseling dan Bengkel Perkhidmatan Pelanggan.

Krusus yang bermula pada hari ini di Institut Perkhidmatan Awam dijangka akan berakhir pada 25 Mei 2007 dengan penyampaian sijil-sijil oleh Timbalan Pengarah JAPEM.

10 Mei 2007
PrOJEK TITIAN AMAL bagi tapak kediaman

Pengarah JAPEM ketika meletakkan batu asas tempat kediaman Awang Timbang bin Rahman

Sebagai salah satu usaha berterusan kearah memantapkan kebajikan masyarakat, terutama kepada orang-orang yang memerlukan, Projek Titian Amal ABDB dan Projek Kemasyarakatan JAPEM sekali lagi telah diungkayahkan dalam menjayakan projek kerjasama di antara dua agensi ini.

Majlis kali ini ialah Projek Bantuan Tempat Kediaman Awang Timbang bin Rahman, seorang klien JAPEM.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya merasmikan projek tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Pg Dato Paduka Haji Rosli bin Pg Haji Chuchu, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei. Juga hadir ialah Pengarah JAPEM dan beberapa orang pegawai kanan dari JAPEM dan ABDB.

Projek ini adalah projek kerjasama diantara JAPEM dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) melalui Skim Pencen Amal ABDB.

 
1 Mei 2007
PrOJEK TITIAN AMAL MEMBAIKI RUMAH

Tetamu Kehormat memulakan Projek Titian Amal Membaiki Rumah Awang Ibrahim bin Chuchu

Sebagai salah satu usaha berterusan kearah memantapkan kebajikan masyarakat, terutama kepada orang-orang berkeperluan khas, satu Projek Titian Amal Membaiki Rumah Awang Ibrahim bin Chuchu iaitu seorang berkeperluan khas penglihatan telah diadakan di Kampong Lumapas 'B'.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya merasmikan projek tersebut ialah Yang Mulia Dato Paduka Haji Jemat bin Haji Ampal, Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Turut hadir ialah Yang Berhormat Awang Haji Bakar bin Mansur, Yang Mulia Kol (L) Dato Paduka Haji Johari bin Haji Metassan, Pengarah JAPEM dan beberapa orang pegawai kanan dari KKBS, JAPEM dan ABDB.

Projek ini adalah projek kerjasama diantara JAPEM dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) melalui Skim Pencen Amal ABDB.

 
 


Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn