Awang Haji Rosmadee bin Haji Daud,
Penolong Pengarah dan Awang Mohd Zain bin Haji Mohammad,
Pekerja Pembangunan Masyarakat Tingkat 1 telah menghadiri
mesyuarat 'The meeting of Chefs De Mission' di Nakhon Ratchasima, Thailand pada 21
hingga 23 November 2007.
20
November
2007
SAMBUTAN
HARI KANAK-KANAK 2007
YB Menteri KKBS
menerima sumbangan derma dari Baiduri Bank
Lebih kurang 500 orang
kanak-kanak yang terdiri daripada murid-murid dari 38 buah sekolah rendah
Kerajaan dan swasta termasuk Kanak-Kanak Berkeperluan Khas dari Pusat
Bahagia, JAPEM di daerah Tutong telah menyertai Sambutan Hari Kanak-Kanak
2007 yang berlangsung di Dewan Seri Kenangan.
Konsep dan objektif
utama Sambutan antara lain bertujuan untuk menambah dan meningkatkan lagi
kefahaman golongan sasar (kanak-kanak) mengenai kewajiban dan tanggungjawab
masing-masing terhadap ibubapa/penjaga. Disamping itu juga untuk memberikan
panduan mengenai hak-hak mereka serta kebajikan dan perlindungan mereka.
Di antara acara utama yang akan diadakan pada hari tersebut ialah peraduan
mewarna lukisan mengunakan kryon untuk kanak-kanak mengikut 3 kategori iaitu
Kategori A untuk murid-murid dari Pra hingga Darjah 3, kategori B untuk
penuntut darjah 4,5 dan 6 manakala kategori C untuk kanak-kanak berkeperluan
khas dibawah 18 tahun. Acara sampingan lainnya juga diadakan iaitu
senamrobik yang diketuai oleh tetamu kehormat majlis dan turut disertai oleh
para jemputan khas lainnya, cabutan bertuah, bouncers, bersuka ria bersama
mascot dan jualan ria. Turut disediakan pameran-pameran yang antara lain
menunjukkan mengenai hak-hak kanak-kanak serta poster mengenai Perintah
Kanak-Kanak 2000, Konvention Hak Kanak-Kanak (CRC) dan talian helpline 141.
Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis pagi tadi ialah Yang Berhormat Pehin
Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji
Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Datin.
Sejumlah $5,000.00 telah disumbangkan oleh Baiduri Bank Berhad yang
disampaikan oleh Mr. Pierre Imhof, Pengarah Urusan Baiduri Bank Berhad dan
diterima bagi pihak Majlis Kanak-Kanak kebangsaan oleh Tetamu Kehormat
Majlis.
Ketika ditemubual oleh Pemberita
Tempatan, Yang Berhormat Menteri KKBS menyeru orang ramai terutama ibu bapa
untuk memupuk anak-anak mereka supaya menjadi orang yang berguna kepada
agama, bangsa dan negara akan menghargai kanak-kanak kerana mereka adalah
harapan negara pada masa hadapan.
Acara pada pagi itu, dimeriahkan lagi dengan acara senamrobik. Turut hadir
di sambutan tersebut ialah Setiausaha Tetap KKBS dan Datin, Yang Berhormat
Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Pengarah JAPEM, beberapa orang pegawai kanan
kerajaan.
20
November
2007
Conference for rehablitation of youth
offenders
Dayang Rostinah bte PDP Haji Mohd
Tahir dan Dayang Hajah Siti Zarena bte Haji Ismail,
Pegawai Pembangunan Masyarakat telah menghadiri
persidangan 'Conference For Rehabilitation Of Youth Offenders-Expanding
Horizons' di Singapore pada 20 hingga 21
November 2007.
12
November
2007
Empowering Women
Through Poverty Eradication & Micro Enterprise Development
Dayang Juzailah bte Haji Abd Rahman,
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat telah
menghadiri kursus 'Empowering Women Through Poverty Eradication and Micro
Enterprise Development' di Kuala Lumpur, Malaysia pada 12 hingga 23 November
2007
7
November
2007
The 6th meeting of acw
Datin Hajah Adina bte
Othman, Pengarah JAPEM dan Dayang Noryani bte Haji Abdul Rani, Pegawai Pembangunan Masyarakat telah menghadiri
mesyuarat 'The Sixth Meeting Of The ASEAN Commitee On Women (ACW) and The
ACW+3 Preliminary Meeting' di Chiang Mai Province, Thailand pada 7 hingga 9
November 2007.
6
November
2007
HADIRI bengkel
wanita asean
Dayang Noryani bte Haji Abdul Rani,
Pegawai Pembangunan Masyarakat telah
menghadiri
bengkel 'Regional Workshop On Microcredit Programme For ASEAN Women' di
Chiang Mai Province, Thailand pada 6 November 2007.
6
November
2007
The 2nd
International Conference On Intellectual DisabilitieS
Dayangku Siti Saihalina bte Pg Haji
Md Daud,
Pengetua Pusat Bahagia, Dayang Raimah bte Mohamad, Pengajar Kanan dan Awang
Haji Zenie bin Tarih, Pengajar Kanan telah
menghadiri persidangan 'The 2nd International Conference On Intellectual
Disabilities / Mental Retardation' di Bangkok, Thailand pada 6 hingga 8
November 2007.
Jabatan Pembangunan
Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei
Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn