PERASMIAN JUALAN
ANTARABANGSA BAGI TABUNG BADAN KEBAJIKAN KEBANGSAAN
Pengarah JAPEM
menyaksikan jualan antarabangsa
JAPEM mengalu-alukan orang ramai
untuk menderma ke Tabung Badan Kebajikan Kebangsaan. Salah satu acara yang
sedang dianjurkan oleh pihak prihatin bertujuan bagi menambahkan lagi
kewangan Tabung ini ialah Jualan Antarabangsa bagi Tabung Badan Kebajikan
Kebangsaan (TBKK)
Jualan Antarabangsa yang berlangsung di Bangunan Pusat Kommersial
Perdagangan Bumiputera, Bandar Seri Begawan telah dirasmikan oleh Datin
Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM.
Acara kemuncak pada pagi tadi ialah penyerahan sumbangan cek $3,000.00 dari
pihak penganjur Jualan Antarabangsa, Awang Haji Momin bin Haji Salleh kepada
Tabung Badan Kebajikan Kebangsaan yang diterima oleh Pengarah JAPEM bagi
pihak tabung berkenaan.
Jualan antarabangsa ini disertai oleh peniaga-peniaga dari negara-negara
ASEAN serta India dan Pakistan. Antara barang-barang yang dijual ialah
pakaian, peralatan rumah, barang perhiasan, barang keperluan kanak-kanak dan
banyak lagi.
27 Ogos 2007
hadiri mesyuarat
di jepun
Awang Haji Ahad
bin Haji Hassan, Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Dayang Hajah Siti Aynah
bte Haji Mohd Yakub, Pegawai Kaunseling telah menghadiri mesyuarat 'The 5th
ASEAN & JAPAN High Level Meeting On Caring Societies: Collaboration Of
Social Welfare And Health Service, And Development Of Human Resources And
Community Services For The Elderly' di Tokyo, Jepun pada 27 hingga 30 Ogos
2007.
27 Ogos 2007
HADIRI KURSUS DI
SINGAPURA
Dayang Norhayati bte Haji
Mohd Yusof, Pegawai Pencen-Pencen Kanan telah menghadiri kursus '8th ASEAN
Gerontology Course' di Singapura pada 27 Ogos hingga 7 September 2007.
21
Ogos 2007
PERADUAN AZAN DAN BACAAN AYAT-AYAT
LAZIM
Salah seorang
peserta berkeperluan khas anggota di Peraduan Bacaan Surah Ayat-Ayat Lazim
JAPEM hari ini mengadakan Peraduan
Azan dan Bacaan Ayat-Ayat Lazim bagi pelajar-pelajar Pusat Bahagia seluruh
negara. Majlis yang berlangsung di Dewan Sri Kenangan, Daerah Tutong itu
adalah bersempena dengan Sambutan Israk Mikraj 1428 Hijrah.
Sebanyak 4 kategori telah dipertandingkan iaitu, Peraduan Azan bagi peserta
lelaki berkeperluan khas intelek dan berkeperluan khas anggota, Peraduan
Bacaan Ayat-ayat Lazim bagi peserta perempuan berkeperluan khas intelek dan
berkeperluan khas anggota.
Peraduan ini adalah salah satu aktiviti jabatan dalam memperlihatkan
kemampuan Orang Berkeperluan Khas mengikuti aktiviti-aktiviti berkebajikan.
Ianya juga dihasratkan menanamkan minat dan keberani kanak-kanak
berkeperluan khas dalam mengikuti aktiviti-aktiviti keagamaan seperti
melaungkan azan dan membaca Surah-surah Lazim dikhalayak ramai.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Pengarah JAPEM, Datin Hajah Adina bte
Othman. Juga hadir ialah pegawai-pegawai kerajaan, ibu bapa dan pihak swasta.
Hadiah-hadiah kemenangan dan saguhati telah disampaikan oleh Tetamu
Kehormat.
20
Ogos 2007
HADIRI BENGKEL DI
INDONESIA
Dayang Noryani bte Haji Abd Rani,
Pegawai Pembangunan Masyarakat telah menghadiri bengkel 'Workshop On Women
Development Centre' di Jogjakarta, Indonesia pada 20 hingga 23 Ogos 2007.
16
Ogos 2007
LEBIH $22 RIBU DISUMBANGKAN KEPADA
MANGSA BENCANA ALAM
Majlis Penyampaian Derma Bantuan
Kepada Mangsa-Mangsa Bencana Alam dan Bantuan Membaiki Rumah telah
berlangsung pagi ini di Tingkat 4, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal
Bolkiah (YSHHB), Bandar Seri Begawan.
Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyampaikan bantuan derma
tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan
Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Turut hadir ialh
Setiausaha Tetap, KKBS, Timbalan Setiausaha Tetap KKBS, Pengarah JAPEM dan
beberapa orang pegawai kanan dari JAPEM dan Yayasan SHHB.
Yang Berhormat Pehin Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan
bantuan berbentuk kewangan kepada mangsa-mangsa kebakaran Kampong Sumbiling
Lama (kejadian 3 Ogos 2007) dan Kampong Serusop (kejadian 1 Julai 2007)
iaitu seramai 5 penerima (ketua keluarga). Juga menerima bantuan kewangan
ialah mangsa-mangsa angin kencang yang berlaku pada 11 Julai dan 20 Julai
2007 iaitu seramai 4 orang penerima (ketua keluarga). Seterusnya bantuan
kewangan juga diberikan seorang penerima untuk membaiki rumah.
13
Ogos 2007
MANGSA KEBAKARAN KG SUMBILING LAMA
TERIMA BANTUAN
Mangsa-mangsa kebakaran pada malam
3 Ogos 2007 di Kampong Sumbiling Lama terus mendapat perhatian dari pihak
Kerajaan, swasta dan juga orang perseorangan di Negara ini.
Dua syarikat tempatan iaitu Syarikat Perniagaan Malar Setia dan Yang Bee
Company hari ini menyumbangkan derma berupa barangan keperluan harian
seperti makanan dan minuman.
Derma-derma tersebut telah diserahkan oleh Pengarah Urusan Syarikat Malar
Setia, Haji Abdul Rahman Haji Metassan sementara itu Ying Bee Company
diwakili oleh Allex kepada Pengarah JAPEM, Datin Hajah Adina bte Othman.
Syarikat Perniagaan Malar Setia menyumbangkan derma berupa wang tunai serta
barangan makanan dan minuman sementara Ying Bee Company pula menyumbangkan
50 karton mi segera 'i-mee'.
13
Ogos 2007
KURSUS SUKARELAWAN PROJEK KELUARGA
DALAM WARGA EMAS FASA II DAERAH BELAIT
Sebagai salah satu usaha berterusan
kearah memantapkan kebajikan masyarakat dan melaratkan lagi perkhidmatan
bagi meningkatkan pemedulian terhadap warga emas di negara ini, Kursus
Sukarelawan Projek Keluarga Dalam Memeduli Warga Emas kerjasama antara JAPEM
dengan HelpAge Korea sekali lagi telah diunkayahkan bagi fasa II di Daerah
Belait.
Kursus ini diadakan bersempena dengan sambutan baik sukarelawan yang telah
berdaftar bagi projek ini yang telah dilancarkan pada 16 April lalu.
Kumpulan sasar bagi projek ini ialah warga emas yang berumur 60 tahun ke
atas yang memerlukan bantuan dalam melakukan aktiviti kehidupan harian dan
berseorangan tanpa ada orang yang memedulikan dari masa ke semasa.
Melalui projek ini khidmat-khidmat yang diberikan kepada kumpulan sasar oleh
sukarelawan ialah membantu mengendalikan keperluan harian, menjaga/membersih
diri, memelihara persekitaran, mengisi masa lapang, rekreasi dan juga
aktiviti-aktiviti sosial dan seumpamanya.
Sebanyak 4 kertas kerja telah dibentangkan pada kursus kali ini, dimana para
peserta diberikan maklumat-maklumat dan informasi-informasi mengenai dengan
penjagaan terhadap warga emas.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah
JAPEM. Turut hadir ialah beberapa orang pegawai kanan JAPEM.
Kursus setengah hari ini telah diadakan di Dewan Persidangan (Dewan Mawar),
Jabatan Tanah, Kompleks Jabatan-Jabatan Kerajaan Daerah Belait.
4
Ogos 2007
mangsa kebakaran terima derma dari
japem
Mangsa-mangsa kebakaran Kampong
Sumbiling Lama menerima bantuan berbentuk barangan catuan makanan di Bilik
Mesyuarat Jabatan Hal Ehwal Masjid.
Bantuan barangan catuan makanan itu disumbangkan oleh JAPEM, Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan yang disampaikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia
dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato
Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad bin Haji Daud.
Turut hadir di Majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap KKBS, Yang Mulia Dato
Paduka Haji Jemat bin Haji Ampal, Timbalan Setiausaha Tetap KKBS, Awang Haji
Ahmad bin Haji Abd Rahman, Pemangku Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Sarinah bte
Haji Omar, Pegawai-Pegawai Kanan KKBS dan JAPEM serta Penghulu Mukim Tamoi.
4
Ogos 2007
10 buah kelamin kehilangan tempat
tinggal
Yang Berhormat Kebudayaan, Belia
dan Sukan dan Yang Mulia Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan beserta Pengarah JAPEM dan beberapa orang Pegawai Kanan dari KKBS dan
JAPEM telah membuat lawatan ke Kampong Sumbiling Lama bagi melihat secara
dekat lagi rumah-rumah yang musnah dalam kebakaran pada malam tadi dan
seterusnya berjumpa dengan mangsa-mangsa kebakaran.
Melalui Pegawai-Pegawai Kebajikan JAPEM yang telah menyiasat penghuni rumah
yang terjejas dalam kebakaran tersebut mendapati sebanyak 7 buah rumah telah
musnah yang melibatkan 44 orang dari 10 buah kelamin.
2
Ogos 2007
PENYERAHAN RASMI BANGUNAN KOMPLEKS
RUMAH-RUMAH KEBAJIKAN BELIMBING SUBOK
Kompleks Rumah-Rumah
Kebajikan Belimbing Subok yang menelan belanja $16.7 juta
Majlis Penyerahan Rasmi Bangunan
Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan Belimbing Subok telah berlangsung petang ini
disaksikan oleh Tetamu Kehormat, Yang Mulia Dato Paduka Haji Jemat bin Haji
Ampal, Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Acara dimulai dengan penyerahan rasmi bangunan Kompleks Rumah-Rumah
Kebajikan Belimbing Subok daripada pihak kontraktor Merah Delima Sdn Bhd
kepada pihak konsaltant Asasreka Arkitek dan dari pihak konstaltant kepada
pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). Seterusnya pihak JKR menyerahkannya secara
rasmi kepada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) yang terima oleh Yang
Mulia Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM.
Tetamu Kehormat dan pihak-pihak yang hadir seterusnya membuat lawatan ke
bangunan baru ini bagi menyaksikan segala kemudahan yang disediakan.
Bangunan ini dibina pada 28 September 2004 dan Majlis Perletakan Batu Asas
berlangsung pada 8 Ogos 2005 yang disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan,
Belia dan Sukan. Keluasan kawasan tanah bangunan ini ialah 20 ekar dan kos
projek ialah $16.7 juta. Bangunan baru ini akan dapat menempatkan seramai
150 orang penghuni lelaki dan 150 orang penghuni perempuan. Antara kemudahan
yang terdapat di bangunan ini blok pentadbiran, dewan serbaguna, dewan
teater, blok asrama, reman homes, surau, dewan makan, kelas, flat pegawai/kakitangan,
banglo pegawai dan pondok keselamatan.
Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan ini adalah dibawah Akta Children and Young
Person Order, 2006 bagi remaja dan kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke
bawah dan perempuan dan gadis yang berumur 21 tahun yang memerlukan
perlindungan dan pemulihan.
Dengan adanya Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan ini, pesalah remaja tidak perlu
lagi ditahan di penjara bersama pesalah-pesalah dewasa dan ini adalah
selaras dengan kehendak dan keperluan antarabangsa seperti yang dinyatakan
di dalam Convention on the Right of Children (CRC) yang mana Brunei
Darussalam adalah menjadi salah sebuah ahli kepadanya.
Jabatan Pembangunan
Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei
Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn