YB Menteri KKBS
menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada salah seorang Warga Berkeperluan
Khas
Seramai 250 Warga
Berkeperluan Khas dan 30 orang Penghuni Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan hari
ini diraikan di Majlis Ramah Mesra sempena Hari Raya Aidilfitri yang
berlangsung di Dewan Muhibbah.
Di Majlis tersebut, mereka juga menerima sumbangan Hari Raya yang telah
sampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa
Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad bin Haji Daud,
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Tetamu Kehormat.
Acara pada pagi itu juga diserikan dengan persembahan pentas oleh Warga
Berkeperluan Khas, Penghuni Kompleks Rumah Kebajikan dan Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya.
30
Oktober
2007
HADIRI FORUM
CHINA-ASEAN
Dayang Hajah Misnah bte
Haji Bolhassan, Timbalan Pengarah JAPEM, dan Awang Haji Berudin bin Haji
Singgil, Pegawai Pembangunan Masyarakat telah menghadiri forum '1st
Conference Of China-ASEAN Forum On Social Development And Poverty
Reduction' di Nanning Guangxi, China pada 30 Oktober hingga 2 November 2007.
25 Oktober
2007
APSF Anniversary
Awang Haji Rosmadee bin
Haji Daud, Penolong Pengarah telah menghadiri persidangan '6th ASEAN Para
Sports Federation (APSF) Anniversary' di Kuala Lumpur, Malaysia pada 35 Oktober 2007.
22
Oktober
2007
HARI TERBUKA PUSAT BAHAGIA
Pusat Bahagia Daerah
Tutong pemenang keseluruhan Hari Terbuka Pusat Bahagia
Pusat Bahagia, JAPEM
merupakan salah sebuah pusat kerajaan yang mengendalikan hal-ehwal Orang
Berkeperluan Khas (OBK) di Negara ini. Pelajar-pelajar di Pusat ini terdiri
daripada pelajar berkeperluan khas penglihatan, pendengaran, intelektual dan
anggota. Pada tahun ini seramai lebih kurang 280 orang pelajar yang telah
pun mendaftar di Pusat Bahagia di keempat-empat daerah seluruh Negara.
Sebagai salah satu aktiviti JAPEM dalam memeduli OBK, JAPEM dengan inisiatif
Bahagian Perkhidmatan Orang Berkeperluan Khas mengadakan Hari Raya Terbuka
Bersama Warga Berkeperluan Khas Pusat Bahagia.
Di antara tujuan majlis tersebut diadakan ialah menunjukkan keprihatinan
pegawai-pegawai terhadap Warga Berkeperluan Khas, disamping mengeratkan
hubungan silaturahim dikalangan pegawai-pegawai, ibubapa dengan
pelajar-pelajar dan Pusat Pahagia. Selain itu juga majlis tersebut dapat
mengajar pelajar-pelajar dan pelatih tentang adab serta tatacara melayan
tetamu semasa hari raya.
Bagi memeriahkan suasana sambutan, JAPEM telah mengadakan pertandingan
sebanyak 3 kategori iaitu Kelas Dekorasi Terbaik, Kelas Layanan Terbaik dan
Kelas Hidangan Terbaik. Pusat Bahagia Daerah Tutong menjadi pemenang
keseluruhan bagi pertandingan tersebut.
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Datin menjadi Tetamu
Kehormat di majlis tersebut. Juga hadir ialah Setiausaha Tetap, KKBS dan
Timbalan Setiausaha Tetap KKBS dan Isteri. Turut hadir Pengarah JAPEM dan
beberapa orang pegawai kanan JAPEM
9
Oktober
2007
HADIRI MESYUARAT
DI MACAO, CHINA
Dayang Hajah Misnah bte Haji
Bolhassan, Timbalan Pengarah JAPEM,
dan Awang Jahali bin Suhaili, Timbalan Pengawal Pencen-Pencen telah
menghadiri mesyuarat 'The High Level Meeting On The Regional Review Of The
Implementation Of The Madrid International Plan Of Action On Ageing (MIPAA)
di Singapura pada 9 hingga 11 Oktober 2007
2
Oktober
2007
ANAK YATIM TERIMA SUMBANGAN DERMA
Sumbangan Derma
untuk Anak-Anak Yatim Seluruh Bagi Tahun 1428H/2007M
Majlis Penyampaian
Derma kepada Anak-Anak Yatim Seluruh Negara bagi tahun 1428 Hijrah/2007
Masehi anjuran JAPEM telah diadakan pada pagi tadi di Dewan Plenary, Pusat
Persidangan Antarabangsa Berakas.
Tetamu Kehormat di majlis tahunan JAPEM itu ialah
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa
Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad bin Haji Daud,
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan yang seterusnya mengetuai penyampaian
derma kepada anak-anak yatim.
Pada majlis itu Bank Islam Brunei Darussalam juga menyampaikan hadiah skim
galakan kepada anak-anak yatim yang mencapai keputusan cemerlang dalam
peperiksaan awam pada tahun 2005 yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat
Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah,
Menteri Pembangunan selaku Pengerusi Bank Islam Brunei Darussalam.
Jabatan Pembangunan
Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei
Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn