.: Catatan Kegiatan Aktiviti Bagi Tahun 2007 |  Bagi Bulan : :.

24 September 2007

TERIMA SUMBANGAN DERMA KE TABUNG ANAK-ANAK YATIM KEBANGSAAN

Pengarah JAPEM menerima sumbangan derma dari Pengetua Sekolah Menengah Sayidina Hassan

Majlis Penyampaian Derma kepada Tabung Anak-Anak Yatim Kebangsaan telah diadakan di Bilik Attaqwa, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sumbangan derma ke Tabung Anak-Anak Yatim Kebangsaan pada pagi tadi datangnya dari Learning Tree School sebanyak $1,500.00, Sekolah Menengah Sayidina Hassan sebanyak $2,000.00, Abbasly Marketing Sdn Bhd sebanyak $1,000.00 dan Persatuan W.I sebanyak $ 2,000.00.

Sementara itu Syarikat Perdana telah menyumbangkan derma sejumlah $3,000.00 ke Tabung Badan Kebajikan Kebangsaan.

Kesemua sumbangan derma telah diterima oleh Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM.

 
19 September 2007

High Level Inter-Governmental Meeting On The Midpoint Review Of The Asian and Pacific Decade Of Disabled Persons

Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM, dan Awang Haji Rosmadee bin Haji Daud, Penolong Pengarah telah menghadiri mesyuarat 'High Level Inter-Governmental Meeting On The Midpoint Review Of The Asian and Pacific Decade Of Disabled Persons' di Bangkok, Thailand pada 19 hingga 21 September 2007

 
7 September 2007

PELANCARAN SMS BRUNEI PRIHATIN UNTUK ANAK-ANAK YATIM KEBANGSAAN BAGI TAHUN 2007

YB Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika melancarkan SMS Brunei Prihatin Untuk Anak-Anak Yatim

Majlis Pelancaran SMS Brunei Prihatin Untuk Anak-Anak Yatim Kebangsaan telah berlangsung hari ini di Tingkat 8, Cesar 1 dan 2, Orchid Garden Hotel.

SMS Brunei Prihatin Untuk Anak-Anak Yatim Kebangsaan adalah projek kali ke 3 diadakan atas usaha sama diantara 4 buah agensi iaitu RTB, JAPEM, DST Group dan B-Mobile yang mana 4 agensi ini adalah selaku pengerusi bersama projek kali ini. Projek pertama yang diadakan pada tahun 2005 telah berjaya mengutip sebanyak $183,517.00 dan pada tahun 2006 sejumlah $156,580.00.

Tempoh SMS Brunei Prihatin ini bermula hari ini, 7 September 2007 sehingga 20 Oktober 2007, yang bertujuan memberi peluang kepada orang ramai untuk beramal disepanjang bulan Ramadhan dan pada sebahagian hari raya nanti dengan menderma kepada Tabung Anak Yatim Kebangsaan dan tabung ini adalah khusus bagi membantu anak-anak yatim mengikut garis pandu yang telah ditentukan. Bantuan daripada tabung ini telah dihulurkan kepada anak-anak yatim pada tahun 2005 ialah sejumlah $75,000.00, pada tahun 2006 sejumlah $115,000.00 dan Insyallah, bagi tahun 2007 ini, dijangka lebih kurang $140,000.00 akan dihulurkan kepada anak-anak yatim di Negara ini.

SMS Brunei Prihatin tahun ini dilancarkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Tetamu Kehormat.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan juga menerima sumbangan derma kepada Tabung Anak Yatim Kebangsaan yang diterima daripada DST Group sejumlah $20,000.00 dan $5,000.00 daripada B-Mobile.

Penguna-penguna telepon bimbit DST Com, Prima dan Easi serta pengguna-pengguna telepon bimbit B-Mobile berpeluang membuat sumbangan dengan menghantarkan pesanan teks ringkas SMS Brunei Prihatin dengan menaip YATIM (tanpa jarak) dan jumlah yang dikehendaki iaitu 1,5, 10, 15 dan 20 sebagai contoh YATIM5 (bagi derma berjumlah $5.00) dan dihantarkan kepada 8885555 bagi pelanggan DST Com dan kepada 10101 bagi pelanggan B-Mobile.

 
6 September 2007
PENYAMPAIAN DERMA BANTUAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN

YB Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan sumbangan derma bantuan
kepada salah seorang mangsa kebakaran

Majlis Penyampaian Derma Bantuan Kepada Mangsa-Mangsa Kebakaran telah berlangsung di Tingkat 4 Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyampaikan bantuan derma tersebut ialah Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Penyampaian bantuan tersebut ialah untuk mangsa kebakaran di Barek Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal, Jalan Muara yang berlaku pada 10 Ogos 2007.

 
3 September 2007
HADIRI KURSUS DI SINGAPURA

Awang Ahmad bin Kasmani, Pekerja Kanan Pembangunan Masyarakat dan Dayangku Mariatul Kifiah bte Pengiran Haji Hashim, Pegawai Pencen-Pencen Kanan tingkat 11 telah menghadiri bengkel 'The ROK ASEAN Train The Trainner Volunteer Dependening Of The Older Persons' di Singapura pada 3 hingga 7 September 2007.

 
2 September 2007
Senior Official Forum On Families 2007
Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM, Awang Mohd Husaini bin Abdullah, Penolong Pengarah dan Dayang Rogayah bte Abdullah, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat telah menghadiri forum 'Senior Official Forum On Families 2007' di Bali, Indonesia pada 2 hingga 5 September 2007.


Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn