.: Catatan Kegiatan Aktiviti Bagi Tahun 2008 |  Bagi Bulan : :.

20 Februari 2008
5 Atlet OBK DIKURNIAKAN PINGAT JASA KEBAKTIAN (PJK)

Seramai 5 orang atlet Orang Berkeperluan Khas (OBK) telah dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) di Majlis Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam ke 61 tahun.

Mereka ialah Awang Alihan bin Muda, Awang Rosli bin Haji Hastan, Dayang An Nur Haiyyu bte Yusof, Awang Sibuang bin Haji Kalong dan Awang Shaari bin Haji Jumat.

Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan tersebut berlangsung di Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman.

 
20 Februari 2008
13 WaRGA JAPEM DIKURNIAKAN PINGAT KEHORMATAN

Seramai 13 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah dikurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam ke 61 tahun.

Sembilang orang pegawai dan kakitangan JAPEM menerima Pingat Indah Kerja Baik (PIKB). Mereka ialah Abd Rahman bin Haji Apong, Dayangku Hajah Zaliha bte Pg Setia Raja Pg Haji Jaya, Dayang Nooraisah bte Abdullah, Awang Zainuddin bin Haji Gani, Dayang Hajah Azizah bte Haji Tahir, Dayang Tampoi bte Haji Awang Damit, Hajah Sa'adiah bte Haji Ghazali, Dayang Norhani bte Haji Munggu dan Haji Mohd Yaakop bin Haji Omar.

Seramai 4 orang pegawai dan kakitangan JAPEM menerima Pingat Kerja Lama (PKL). Mereka terdiri daripada Dayang Hajah Misnah bte Haji Bolhassan, Awang Roslan bin Haji Ali, Haji Hamdan bin Haji Ajak dan Hajah Sa'adiah bte Haji Ghazali.

Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan tersebut berlangsung di Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman.

 
12 Februari 2008
SESi DIALOG BERSAMA PARA PENGHULU DAN KETUA KAMPONG DAERAH TUTONG

JAPEM mengadakan sesi dialog bersama para Penghulu dan ketua Kampong di Daerah Tutong yang berlangsung di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Tutong.

Timbalan Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Misnah bte Bolhassan telah mempengerusikan sesi dialog. Dalam ucapan beliau antara lain menjelaskan tujuan sesi dialog untuk berkongsi maklumat mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh JAPEM serta mendengar kemusykilan daripada para penghulu dan ketua kampong.

Semasa dialog itu para penghulu dan ketua kampong mendengar beberapa taklimat mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh JAPEM termasuk prosedur bagi permohonan Bantuan Kebajikan Bulanan dan Pencen Umur Tua.

Juga hadir Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu.

 
5 Februari 2008
LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Peserta-peserta kursus yang mengikuti Kursus Pengenalan Kaunseling anjuran Pusat Kaunseling Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PK ABDB) telah membuat lawatan sambil belajar ke Bahagian Perkhidmatan Keluarga, Kaunseling dan Probesyen JAPEM.

Rombongan yang diketuai oleh Mejar Siti Aisah bte Abu Talip, telah dialu-alukan oleh Penolong Pengarah JAPEM, Awang Mohd Husaini bin Abdullah selaku Ketua Bahagian
Perkhidmatan Keluarga, Kaunseling dan Probesyen JAPEM. Taklimat mengenai dengan fungsi dan peranan Unit Kaunseling JAPEM telah disampaikan oleh Hajah Siti Aynah bte Haji Mohd Yakub, Pegawai Kaunseling JAPEM.

Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran sosial dan pengetahuan mengenai khidmat kebajikan dan khidmat lain yang berkaitan dengan kaunseling yang dikendalikan oleh JAPEM.

Mereka juga dibawa melawat ke Unit Kaunseling JAPEM sebelum meneruskan lawatan ke Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan di Kampong Pulaie.


Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn