John Vianni anak
Chandau dan Sibuang bin Kalong dua atlet yang berjaya meraih pingat emas
Majlis mengalu-alukan ketibaan kontingen Negara Brunei
Darussalam daripada The 4th ASEAN Para Games, Nakhon Ratchasima, Thailand
telah berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas Brunei. Sukan dwi
tahunan itu berlangsung selama 7 hari yang bermula pada 20 Januari hingga 26
Januari 2008.
Ketibaan mereka pada malam ini disambut meriah dengan kejayaan mereka
merangkul kemenangan yang cemerlang dengan membawa balik 2 pingat emas, 4
pingat perak dan 10 pingat gangsa. Pingat emas masing-masing diperolehi oleh
John Vianni anak Chandau dalam acara Men Shot Put dan Awang Sibuang bin
Kalong dalam acara Men's Javelin.
Hadir mengalu-alukan
ketibaan kontingen negara ialah Yang Berhormat
Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar
Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud,
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Turut hadir bagi
mengalu-alukan ketibaan mereka ialah Setiausaha Tetap KKBS, Timbalan
Setiausaha Tetap KKBS, Pengarah JAPEM, Pegawai-pegawai Kanan KKBS dan JAPEM
serta keluarga dan sanak saudara atlet berkeperluan khas.
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan juga menyampaikan
sumbangan Skim Penggalak kepada 14 orang altet berkeperluan khas yang
berjaya yang berjaya meraih pingat-pingat emas, perak dan gangsa.
Pada penyertaan kali ini seramai 26 orang atlet berkeperluan khas dengan 19
orang pegawai pengawas yang diketuai oleh Haji Rosmadee bin Haji Daud,
Penolong Pengarah JAPEM selaku Chief De Mission.
Pencapai terbaik atlet negara sejak penyertaan pertama di 1st ASEAN PARA
Games, Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun 2001 ialah di kejohanan 3rd ASEAN
Para Games di Manila, Philippines 2005 dengan meraih 7 emas, 6 Perak dan 4
Gangsa.
21 Januari 2008
SMS BRUNEI PRIHATIN KUMPUL
$209,356.00
YB Menteri
KKBS menerima Sumbangan Derma SMS Brunei Prihatin Untuk Tabung
Anak-Anak Yatim Kebangsaan
Majlis Penyampaian
Derma Anak-Anak Yatim melalui SMS Brunei Prihatin telah diadakan di
Airport Restaurant, Lapangan Terbang Antarabangsa, Berakas.
Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah
Yang Berhormat
Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar
Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud,
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Menteri Kebudayaan,
Belia dan Sukan.
SMS Brunei Prihatin untuk Anak-Anak Yatim Kebangsaan ini adalah
projek kali ke-3 diadakan atas kerjasama di antara 4 agensi iaitu
JAPEM, Jabatan Radio Televisyen Brunei, DST Group Sdn Bhd dan
B-Mobile Communication Sdn Bhd. SMS Brunei Prihatin yang bermula
pada 7 September 2007 hingga 20 Oktober 2007 telah berjaya
mengumpulkan keseluruhan derma sejumlah $209,356.00.
Turut hadir di majlis pada pagi tadi ialah Setiausaha Tetap, KKBS;
Timbalan Setiausaha Tetap KKBS; Pengarah JAPEM; Pemangku Pengarah
RTB; Ketua Pegawai Operasi DST Group Sdn Bhd; Pengarah Urusan
B-Mobile; Pegawai-pegawai Kanan KKBS dan agensi-agensi berkenaan.
15
Januari 2008
Ceramah
Peraturan AM telah disampaikan oleh Awang Mohd Amir Hairil
Lebih 40 orang
Pegawai dan Kakitangan JAPEM telah menghadiri Ceramah Peraturan AM
(GO) dan Tatatertib Pegawai dan Kakitangan Kerajaan yang telah
diadakan di Dewan Citra Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan.
Ceramah Peratuaran AM (GO) telah disampaikan oleh Awang Mohd Amir
Hairil bin Haji Mahmud, Pemangku Pegawai Pentadbir Tingkat Khas,
Jabatan Perkhidmatan Awam. Sementara itu, Awang Johari bin Haji
Mohammad, Pegawai Kakitangan, Jabatan Perkhidmatan Awam telah
menyampaikan ceramah Tatatertib Pegawai dan Kakitangan Kerajaan.
Kedua-dua ceramah tersebut telah dipengerusikan oleh Awang Haji
Berudin bin Haji Singgil, Pegawai Pembangunan Masyarakat.
14
Januari 2008
Datin Hajah Adina
bte Othman, Pengarah JAPEM dan Dayang Noryani bte Haji Abdul Rani,
Pegawai Pembangunan Masyarakat, telah menghadiri mesyuarat 'The
ASEAN High-Levek Meeting On Good Practices In Convention On The
Elimination Of All Forms Of Discrimination Against Women (CEDAW)
Reporting and Follow-up' di Vientiane, Laos pada 14 hingga 15
Januari 2008
8 Januari 2008
26 Atlet obk sertai 4th asean
paragames
Para Atlet
yang akan menggalas harapan negara di 4th ASEAN Para Games
Seramai 26 orang atlet
berkeperluan khas akan bertanding dalam dua acara sukan iaitu
olahraga dan catur di 4th ASEAN Para Games yang akan berlangsung
Nakhon Ratchasima, Thailand. Sukan dwi-tahunan ini akan berlangsung
selama 7 hari yang akan bermula pada 20 Januari 2008 dan dijangka
berakhir pada 26 Januari 2008.
Perkara ini telah diumumkan oleh Haji Rosmadee bin Haji Mohd Daud,
Penolong Pengarah JAPEM selaku Chief De Mission di Majlis Penyerahan
Bendera Negara kepada kontingen Negara Brunei Darussalam yang akan
mengikuti kejohanan 4th ASEAN Para Games. Majlis berlangsung di
Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Paduka Haji
Awang Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri
Pembangunan selaku pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
menyempurnakan penyerahan Bendera Negara kepada Chief De Mission 4th
ASEAN Para Games.
Turut hadir di majlis pada petan tadi ialah Pemangku Setiausaha
Tetap KKBS, Awang Haji Ahmad bin Abd Rahman; Pengarah JAPEM, Datin
Hajah Adina bte Othman; Pegawai-pegawai Kanan dibawah KKBS.
Pencapaian terbaik atlet negara sejak penyertaan pertama di ASEAN
Para Games ialah di Kejohanan 3rd ASEAN Para Games di Manila,
Philippines 2005 dengan meraih 7 emas, 6 Perak dan 4 Gangsa.
3
Januari 2008
japem hulur bantuan keperluan
persekolahan
JAPEM
mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk Tabung Bantuan Tajaan
Kanak-Kanak Sekolah bagi meringankan bebanan ibu bapa serta penjaga
yang kurang berkemampuan menyediakan keperluan persekolahan anak
mereka.
Sehubungan itu, JAPEM pagi ini menyerahkan derma berjumlah
$10,450 kepada penerima bantuan itu yang disampaikan oleh Pengarah
Pembangunan Masyarakat, Datin Hajah Adina Othman.
Bantuan berkenaan merupakan bantuan sekali gus yang diharapkan dapat
menggalakkan anak-anak mereka untuk terus belajar seperti juga
anak-anak lain.
Majlis itu juga diteruskan dengan penyampaian bantuan kerajaan bagi
membaiki rumah kepada empat orang penerima berjumlah $1,575.
Jabatan Pembangunan
Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei
Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn