.: Catatan Kegiatan Aktiviti Bagi Tahun 2008 |  Bagi Bulan : :.

28 Mac 2008
CERAMAH MOTIVASI KELUARGA

Ustazah Siti Nor Bahyah ketika memberikan ceramah motivasi keluarga

Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan Ceramah Motivasi Keluarga bertempat di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada malam tadi.

Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, Penceramah undangan dari Malaysia telah menyampaikan ceramah yang penuh bersemangat dan berinformasi. Beliau merupakan seorang pakar motivasi yang disegani.

Seramai lebih kurang 200 orang telah menghadirkan diri  di ceramah ini yang terdiri daripada warga JAPEM dan klien-klien JAPEM.

Juga hadir di ceramah ini ialah Datin Hajah Adina bte Othman, Pengarah JAPEM dan beberapa orang pegawai kanan JAPEM.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada penceramah.

 
26 Mac 2008
SESi DIALOG BERSAMA PARA PENGHULU DAN KETUA KAMPONG DAERAH BELAIT

JAPEM mengadakan sesi dialog bersama para Penghulu dan ketua Kampong di Daerah Belait yang berlangsung di Pejabat Daerah Belait.

Pengarah JAPEM, Datin Hajah Adina dalam ucapannya antara lain menjelaskan tujuan sesi dialog untuk berkongsi maklumat mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh JAPEM serta mendengar kemusykilan daripada para penghulu dan ketua kampong.

Semasa dialog itu para penghulu dan ketua kampong mendengar beberapa taklimat mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh JAPEM termasuk prosedur bagi permohonan Bantuan Kebajikan Bulanan dan Pencen Umur Tua.

Juga hadir Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Mohammad bin Haji Abd Rahman.

 
21 Mac 2008
pUSAT SEJARAH TEWASKAN JAPEM

Pasukan Bola Sepak JAPEM hari ini meneruskan lagi perlawanan dengan menentang Pasukan Bola Sepak Jabatan Pusat Sejarah. Perlawanan tersebut merupakan perlawanan kedua JAPEM dalam siri Kejohanan Bola Sepak Piala Menteri KKBS yang bermula pada 16 Mac lalu.

Perlawanan yang berlangsung di Balapan dan Padang, Berakas menyaksikan  JAPEM telah tewas kepada Pusat Sejarah dengan jaringan 0 - 3.

Perlawanan seterusnya pada 4 April ini, JAPEM akan bertemu dengan Kementerian Kebudayan, Belia dan Sukan yang akan berlangsung di Balapan dan Padang, Berakas bermula jam 4 petang.

 
16 Mac 2008

JAPEM ATASI MUZIUM-MUZIUM

Pemain Jabatan Muzium-Muzium (Jersi biru) dikawal ketat oleh 2 pemain pertahanan JAPEM (Jersi Merah)

Haji Mohd Azrenizan bin Md Jaafar menjadi wira JAPEM apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke 31 separoh masa pertama. Gol tersebut berpunca daripada rembatan kencang Jainudin bin Haji Ahmad yang berjaya ditempis oleh Penjaga Gol Jabatan Muzium-Muzium, sebelum ditanduk masuk oleh penyerang JAPEM, Haji Mohd Azrenizan bin Md Jaafar.

Setelah gol tersebut JAPEM mula menguasai permainan dengan melakukan serangan bertali aru ke gawangan Jabatan Muzium-Muzium, namun kekabalan dan ketangasan penjaga gol Jabatan Muzium-Muzium menafikan JAPEM terus dibolosi.

Pertukaran pemain simpanan Jabatan Muzium-Muzium pada 15 minit terakhir separoh masa kedua mengaksikan JAPEM goyah dengan asak-asakan bertali arus Jabatan Muzium-Muzium untuk mencari gol penyamaan. Namun usaha mereka gagal hingga ke wisel penamat.

Dua kad kuning dilayangkan oleh pengadil perlawanan kepada pemain JAPEM iaitu Awang Roslan bin Haji Ali dan Mohd Luqman bin Haji Kamaluddin.

Perlawanan seterusnya JAPEM akan menentang pasukan Jabatan Pusat Sejarah pada 21 Mac ini bertempat di Balapan dan Padang, Berakas yang akan bermula pada jam 4.00 petang.

 
16 Mac 2008
JAPEM SERTAI KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA MENTERI KKBS

Tetamu Kehormat bersalaman dengan wakil pasukan JAPEM

Kejohoanan Bola Sepak antara jabatan-jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah dirasmikan oleh Awang Haji Ahmad bin Haji Abd Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap, KKBS.

Sebanyak enam buah pasukan telah menyertai kejohanan ini yang akan dijangka berakhir pada 26 April 2008.

Kejohanan kali ini dianjurkan oleh Jabatan Muzium-Muzium yang bertujuan antara lainnya ialah untuk menjalinkan hubungan silarurrahim antara pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di melalui sukan bola sepak. Disamping itu ianya juga diharapkan sebagai pentas kepada pemain-pemain yang berpotensi dan berbakat untuk mewakili Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bagi persiapan menghadapi kejohanan-kejohanan bola sepak yang akan datang.

Perlawanan pembukaan kejohanan telah diadakan selepas perasmian kejohanan ini di antara tuan rumah Jabatan Muzium-Muzium yang diundi bertemu dengan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) yang mana perlawanan tersebut dimenangi oleh JAPEM (0 - 1).

 
15 Mac 2008
PERSATUAN WANITA BRUNEI SHELL LAWAT PUSAT BAHAGIA, TUTONG

Persatuan Wanita Brunei Shell (BSLA), Yang Arif Datin Paduka Hajah Hayati
ketika membuat lawatan ke Pusat Bahagia Tutong

Seramai 15 orang Persatuan Wanita Brunei Shell (BSLA) hari ini telah membuat lawatan ke Pusat Bahagia, Daerah Tutong. Rombongan tersebut telah diketuai oleh President persatuan tersebut, Yang Arif Datin Paduka Hajah Hayati bte Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh.

Dalam lawatan ini BSLA telah menghulurkan sumbangan 10 set komputer, 1 set televisyen, 1 set penghawa dingin dan sebuah 'Water Dispenser'. Kesemua sumbangan ini diterima oleh Penolong Pengarah JAPEM, Haji Rosmadee bin Haji Daud.

Sepanjang lawatan ini delegasi ini telah dibawa melawat ke beberapa buah kelas di Pusat Bahagia ini sambil beramah mesra dengan murid-murid berkeperluan khas.

Pusat Bahagia adalah dibawah pentabiran Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) bertujuan untuk memberi peluang kepada Kanak-Kanak Berkeperluan Khas untuk menerima pelajaran biasa dan  keyakinan kepada kanak-kanak / para keluarga mereka bahawa mereka juga boleh  menerima bimbingan dan latihan asas.


Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn