MAJLIS PENGHARGAAN
SEMPENA PENGUBAHSUAIAN RUMAH AWANG RAKIT BIN JAKARIA
Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan Sempena Pengubahsuaian Rumah Awang Rakit
bin Jakaria telah diadakan di No. 35 Simpang 32, Kampong Tanah Jambu, Jalan
Jambu 1, Jalan Muara.
Ianya adalah sebahagian daripada rancangan yang diungkayahkan di bawah
Projek Keluarga Dalam Memeduli Warga Emas. Projek pengubahsuaian rumah
tersebut adalah atas inisiatif beberapa orang sukarelawan kepada Awang Rakit
bin Jakaria, yang mana ianya merupakan sebagai contoh penglibatan orang
ramai dalam sama-sama memeduli hal ehwal kebajikan dan kesejahteraan warga
emas di negara ini.
Dalam hubungan ini pihak Syarikat A.D.Mas Construction Sdn Bhd telah
bermurah hati membaiyai dan membuat pengubahsuaian rumah tersebut, yang mana
ianya telah siap diubahsuai pada 1 Ogos 2008.
Majlis penyampaian sijil penghargaan tersebut diadakan sebagai satu 'token'
atau penghargaan kepada syarikat berkenaan sekaligus membolehkan Awang Rakit
dan keluarga tinggal dengan lebih selesa.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Pengarah JAPEM, Datin Hajah Adina binti
Othman. Turut hadir di majlis ini ialah pegawai-pegawai kanan JAPEM, Ketua
Kampong Tanah Jambu, para penduduk kampong, ahli-ahli keluarga Awang Rakit
bin Jakaria serta sukarelawan JAPEM.
Kerjasama seperti ini dialu-alukan dalam usaha pihak Jabatan memeduli hal
ehwal warga emas di negara ini, khususnya warga emas yang tinggal
bersendirian dan berpenghidupan susah. Insya Allah semoga usaha sebegini
dijadikan sebagai salah satu contoh dalam memandu masyarakat untuk sentiasa
berbakti dan membantu warga emas yang memerlukan.
28
Ogos 2008
TABUNG BANTUAN
KEMANUSIAAN TAUFAN NARGIS MYANMAR DAN GEMPA BUMI CHINA TERIMA SUMBANGAN
Tabung Bantuan Kemanusiaan Taufan
Nargis Myanmar dan Gempa Bumi di China menerima sumbangan derma lebih 5 ribu ringgit hari ini.
Sumbangan derma tersebut datangnya daripada Kementerian Perhubungan dan
Jabatan-Jabatan di bawahnya sebanyak B$1,305.00; dan Telbru dan Yellow Pages sebanyak B$4,000.00.
Kesemua sumbangan tersebut telah disampaikan kepada Yang Mulia Dato Paduka
Awang Haji Jemat bin Haji Ampal, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.
27
Ogos 2008
SMS BRUNEI PRIHATIN DILANCARKAN
Majlis Pelancaran SMS Brunei Prihatin untuk Anak-Anak Yatim Kebangsaan telah
berlangsung hari ini di Dewan Wijaya, Telbru Headquarters, Airport Lama
Berakas, BSB, Brunei Darussalam.
SMS Brunei
Prihatin untuk Anak-Anak Yatim Kebangsaan ini adalah projek kali ke 4
diadakan atas usaha kerjasama diantara 4 agensi iaitu Jabatan Pembangunan
Masyarakat Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jabatan Radio Televisyen
Brunei, DST Group dan B-Mobile Communications Sdn. Bhd. yangmana
keempat-empat agensi ini adalah selaku Pengerusi Bersama Projek ini. Tempoh
SMS Brunei Prihatin ini akan bermula hari ini, 27hb. Ogos 2008 sehingga
15hb. Oktober 2008, yang bertujuan memberi peluang kepada orang ramai untuk
beramal di sepanjang bulan ramadhan dan pada sebahagian hari raya nanti
dengan menderma kepada Tabung Anak Yatim Kebangsaan.
Selaku Tetamu
Kehormat dan seterusnya melancarkan SMS Brunei Prihatin ini ialah Yang
Berhormat, Pehin Orang Kaya Seri Dewa Major General (B) Dato Seri Pahlawan
Haji Awang Mohammad bin Haji Daud, Menteri Tenaga, Jabatan Perdana Menteri
selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Turut
berlangsung ialah acara penyerahan derma kepada Tabung Anak-Anak Yatim
Kebangsaan daripada DST Group yang disampaikan oleh Pengurus Am, Bahagian
Teknikal DST Group Yang Mulia Awang Suhaimi bin Haji Hussin, berjumlah
$20,000.00 dan dari B-Mobile Communications Sdn Bhd yang disampaikan oleh
Yang Mulia Mr Song Kin Koi, CEO B-Mobile Communications Sdn Bhd sejumlah
$5000.00.
Turut hadir
ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan,
Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan
Pengerusi Bersama Majlis iaitu Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat Yang
Mulia Datin Hjh Adina Othman, Pemangku Pengarah Radio Televisyen Brunei,
Pengurus Am,
Bahagian Teknikal DST Group
dan Mr Song Kin Koi, CEO B-Mobile Communications Sdn Bhd. Turut serta hadir
ialah pengarah-pengarah jabatan di bawah Kementerian kebudayaan, Belia dan
Sukan dan beberapa orang pegawai kanan dari Jabatan Pembangunanan Masyarakat
dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta dari empat buah agensi
penganjur tersebut.
Pengguna-pengguna
telepon bimbit DSTCom, Prima dan Easi serta pengguna-pengguna telepon bimbit
B-Mobile berpeluang membuat sumbangan dengan menghantarkan pesanan teks
ringkas SMS Brunei Prihatin dengan menaip YATIM (tanpa jarak) dan
jumlah yang dikehendaki iaitu 1, 5, 10, 15 dan 20 sebagai contoh YATIM20 (bagi
derma berjumlah $20.00) dan dihantarkan kepada 8885555 bagi pelanggan DSTCom
dan kepada 10101 bagi pelanggan B-Mobile.
Kali
pertama SMS Brunei Prihatin untuk Anak-Anak Yatim Kebangsaan dilancarkan
ialah pada tahun 2005 dan telah berjaya mengumpul derma sejumlah
$183,517.00. Kali kedua SMS Brunei Prihatin untuk Anak-Anak Yatim Kebangsaan
dilancarkan pada tahun 2006 dan berjaya mengumpulkan jumlah derma sebanyak
$156,580.00 dan pada tahun 2007 SMS Brunei Prihatin untuk Anak-Anak Yatim
Kebangsaan kali ketiga dilancarkan dan berjaya mengutip jumlah terbanyak
setakat ini iaitu $209,356.00.
21
Ogos 2008
OLIMPIK ISTIMEWA
BOCCE DILANCARKAN
Yang
Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah
petang tadi telah berkenan berangkat merasmikan Kejohanan Olimpik Istimewa
Bocce di Padang
dan Belapan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah Berakas.
Keberangkatan Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia
dan Sukan, Menteri Kesihatan, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan dan
Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Majlis dimulakan dengan perbarisan lalu daripada kontinjen yang menyertai
kejohanan pada kali kedua ini.
Pertandingan selama tiga hari ini disertai oleh 9 buah pasukan yang mewakili
7 buah negara Asia Pasifik iaitu Bangladesh, Malaysia (Sabah), Filipina,
China, Pakistan, Singapura dan Negara Brunei Darussalam selaku tuan rumah
menghantar 2 pasukan.
18 Ogos 2008
TABUNG BANTUAN
KEMANUSIAAN TAUFAN NARGIS MYANMAR DAN GEMPA BUMI CHINA TERIMA SUMBANGAN
Tabung Bantuan Kemanusiaan Taufan
Nargis Myanmar dan Gempa Bumi di China menerima sumbangan derma lebih 100
ribu ringgit hari ini.
Sumbangan derma tersebut datangnya daripada Delcol Marketing Services (tabung-tabung
di Hua Ho) sebanyak B$7,122.00; Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam
sebanyak B$10,300.00; Jabatan Hal Ehwal Masjid (tabung-tabung di masjid)
sebanyak B$16,137.89; Jabatan Belia dan Sukan sebanyak B$3,900.00; DST Com (melalui
SMS) sebanyak B$64,131.00; B-Mobile sebanyak B$18,065.00; Persatuan
Perajurit Brunei sebanyak B$1,000.00; dan Kementerian Pendidikan (Sekolah-sekolah)
sebanyak B$77,681.55.
Kesemua sumbangan tersebut telah disampaikan kepada Yang Berhormat Pehin
Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohamad
bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan selaku Penasihat Bersama
Tabung.
14 Ogos 2008
PROJEK KELUARGA DALAM MEMEDULI WARGA
EMAS DILANCARKAN DI DAERAH TEMBURONG
Pelancaran Seminar Keluarga Dalam
Memeduli Warga Emas, Daerah Temburong merupakan salah satu projek yang
dianjurkan oleh JAPEM yang bertujuan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai
dan para sukarelawan dalam berkongsi pengalaman tentang perlunya penjagaan
terhadap warga emas bagi mengekalkan survival dan kesedaran tentang
kewajipan penjagaan dan pemedulian terhadap warga emas ini.
Pelancaran seminar tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Haji
Sulaiman bin Haji Ahad, Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang juga selaku Ketua
Kampong Belingos.
Fasa I projek ini telah dilancarkan di Daerah Brunei Muara pada tahun 2005
yang lalu dan telah berjaya mengumpulkan sejumlah sukarelawan. Sementara itu
Projek Fasa II telah disempurnakan pelancarannya oleh Pegawai Daerah
Belait, Awang Haji Mohammad bin Haji Abdul Rahman pada 16 April 2007.
Seramai lebih kurang 200 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan
kakitangan kerajaan, swasta/NGO, persatuan-persatuan dan persendirian telah
menghadiri seminar ini.
Di seminar ini, sebuah kertas kerja konsep telah dibentangkan oleh Awang
Haji Ahad bin Haji Hassan, Pemangku Timbalan Pegawal Pencen-Pencen Negara
dan sebanyak 3 buah kertas kerja turut dibentangkan oleh beberapa orang
penceramah tempatan.
Turut hadir di majlis yang diadakan di Dewan Belalong itu ialah Pengarah
JAPEM, Timbalan Pengarah JAPEM, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Para
Penghulu, Ketua-Ketua Kampong dan Ketua Rumah Panjang Daerah Temburong.
3
Ogos 2008
SAMBUTAN HARI PELANGGAN JAPEM 2008
Sebagai sebuah jabatan yang
berorientasikan perkhidmatan (service-oriented) dan sentiasa berurusan
dengan orang ramai, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) pada hari ini
mengadakan Sambutan Hari Pelanggan JAPEM bagi tahun 2008. Program yang
diungkayahkan buat kali ketiga oleh Jabatan ini adalah sebagai menyahut
saranan Jabatan Perdana Menteri supaya setiap Jabatan Kerajaan mengadakan
Sambutan 'Hari Pelanggan' bertujuan untuk mendekatkan dan mengenalkan fungsi
dan perkhidmatan Jabatan masing-masing kepada masyarakat dan pelanggan. Tema
sambutan Hari Pelanggan JAPEM pada tahun ini ialah 'Bersama Membangunan
Masyarakat'. Tema adalah selaras dengan usaha jabatan ini untuk sentiasa
berusaha meningkatkan perkhidmatan-perkhidmatan yang dihulurkan kepada orang
ramai.
Antara acara yang diadakan semasa Sambutan Hari Pelanggan ialah pameran
perkhidmatan-perkhidmatan JAPEM yang bertujuan untuk memberigakan lagi
perkhidmatan-perkhidmatan Jabatan ini kepada orang ramai. Selain itu
diadakan juga jualan oleh klien-klien Bahagian Keusahawanan JAPEM dan juga
acara penyampaian cenderamata kepada para pemenang Skim Cadangan Inovasi
(SCI). SCI merupakan satu skim di mana semua pegawai dan kakitangan diberi
peluang untuk mengemukakan cadangan-cadangan pembaikan bagi menyelesaikan
masalah yang dikenalpasti dalam melaksanakan tugas-tugas seharian di Jabatan
ini.
Tetamu Kehormat bagi sambutan ini ialah
Yang
Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan
Awang Haji Mohamad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan. Turut
hadir Yang Mulia Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap, di
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Sambutan Hari Pelanggan JAPEM tahun ini diadakan di Tingkat I, The Mall
Gadong yang bermula dari 9.00 pagi hingga 9.00 malam.