.: Catatan Kegiatan Aktiviti Bagi Tahun 2008 |  Bagi Bulan : :.

9 September 2008
SERAMAI 2112 ORANG ANAK YATIM TERIMA SUMBANGAN

Seramai 2112 orang anak yatim yang terdiri dari 1252 orang dari Daerah Brunei Muara; 444 orang dari Daerah Tutong; 327 orang dari Daerah Belait; dan 89 orang dari Daerah Temburong yang berumur di bawah 18 tahun. Mereka telah menerima sumbangan derma dari Tabung Anak-Anak Yatim Negara Brunei Darussalam, Bank Islam Brunei Darussalam (BIDB) dan Pengarah Awang Haji Ismit bin Pengarah Mukim Haji Naim, Penghulu Mukim Peramu. Manakala bagi pihak anak-anak yatim dari Daerah Belait, Tutong dan Temburong pula telah diterima oleh Pegawai Daerah masing-masing.

Pada tahun ini Tabung Anak-Anak Yatim Negara Brunei Darussalam telah menyumbangkan derma berjumlah $211,200.00 dengan kadar $100.00 bagi setiap seorang. Manakala Bank Islam Brunei Darussalam telah menyumbangkan derma wang tunai berjumlah $50.00 kepada kesemua anak-anak yatim dan Pengarah Awang Haji Ismit bin Pengarah Mukim Haji Naim, Penghulu Mukim Peramu pula telah memberikan sumbangan derma sejumlah $5.00 kepada anak-anak yang berdaftar.

Tetamu Kehormat di Majlis Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim Seluruh Negara Bagi Tahun 1429H/2008M ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Datin yang seterusnya telah mengetuai menyampaikan derma kepada anak-anak yatim. Turut hadir dan juga menyampaikan derma kepada anak-anak yatim ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar, Menteri Pembangunan selaku Pengerusi Bank Islam Brunei Darussalam dan Datin, Yang Mulia Dato Paduka Haji Jemat bin Haji Ampal, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Yang Mulia Pengarah Awang Haji Ismit bin Pengarah Mukim Haji Naim, Penghulu Mukim Peramu.

Di antara jemputan yang turut hadir ke majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Daerah, Ketua-Ketua Jabatan di KKBS, Pegawai-Pegawai Bank Islam Brunei Darussalam, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan, Para Penghulu dan Ketua Kampong.

Majlis pagi tadi dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Yang Mulia Awang Abdul Afiq bin Haji Abu Bakar dan terjemahannya oleh Yang Mulia Awang Muhammad Hidayatullah Sunuazul Fikar bin Suip, diikuti oleh ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis Datin Hajah Adina binti Othman, Pengarah JAPEM. Seterusnya majlis diikuti dengan membaca Tahlil dan Doa Arwah beramai-ramai yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Burhanuddin bin Haji Damit. Satu ceramah motivasi khas juga telah disampaikan bertajuk 'X-Ray Diri' oleh Yang Mulia Awang Ali Yusri bin Abdul Gapor dari Jabatan Sekolah-Sekolah.

Sepertimana pada majlis tahun lepas, pihak Bank Islam Brunei Darussalam sekali lagi telah memberikan Skim Hadiah Galakan Pelajar-Pelajar Cemerlang Bank Islam Brunei Darussalam Berhad kepada anak-anak yatim yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PSR, PMB, 'O' Level dan 'A' Level pada tahun 2007 berbentuk akaun simpanan peribadi berjumlah $800.00.

Selain itu, pihak Bank Islam Brunei Darussalam juga berkesudian menyumbangkan cenderamata kepada 4 orang yang telah membaca ayat suci Al-Quran, penterjemah Al-Quran, pembaca Tahlil dan Doa Arwah dan Penceramah Motivasi yang diundang serta menyumbangkan buku Surah Yassin sebanyak 2500 naskah untuk anak-anak yatim yang berdaftar di seluruh Negara.

Majlis yang diadakan di dalam bulan Ramadhan setiap tahun ini telah pun diadakan sejak hampir 30 tahun yang lalu.

 
4 September 2008
TABUNG BANTUAN KEMANUSIAAN TAUFAN NARGIS MYANMAR DAN GEMPA BUMI CHINA TERIMA SUMBANGAN

Tabung Bantuan Kemanusiaan Taufan Nargis Myanmar dan Gempa Bumi di China menerima sumbangan derma lebih 11 ribu ringgit hari ini.

Sumbangan derma tersebut datangnya daripada Persatuan Ban-Bank Negara Brunei Darussalam (Brunei Darussalam Banks Association) sebanyak B$11,514.62 yang telah disampaikan oleh Pengerusinya, Mr Glen R Rase kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Penasihat Bersama Tabong.


Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn