KEBERANGKATAN PENEMPATAN KERJA KE
KOMPLEKS RUMAH KEBAJIKAN BELIMBING
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli
Pengiran Muda Haji 'Abdul Azim hari ini berangkat ke Kompleks Rumah
Kebajikan, Belimbing, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).
Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Pemangku Setiausaha
Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Awang Haji
Mohammad bin Haji Abd Rahman; Pengarah JAPEM, Datin Hajah Adina binti Othman
dan beberapa orang pegawai kanan JAPEM.
Bangunan Kompleks Rumah Kebajikan, Belimbing yang bernilai $16.7 juta yang
telah siap sepenuhnya pada tahun 2007 dibina di atas tanah seluas 20 ekar
dan boleh menempatkan seramai 150 orang penghuni lelaki dan 150 orang
penghuni perempuan.
Antara kemudahan yang terdapat di kompleks ini termasuk dewan makan, kelas,
flat pegawai dan kakitangan, banglo pegawai dan pondok keselamatan, enam
blok asrama satu tingkat, dua blok asrama dua tingkat dan sebuah dewan
serbaguna.
Dengan adanya bangunan ini pesalah remaja tidak perlu lagi ditahan di
penjara bersama pesalah-pesalah dewasa dan ini adalah selaras dengan
kehendak dan keperluan antarabangsa seperti yang dinyatakan di dalam
'Convention On The Rights Of The Child (CRC)' yang mana Negara Brunei
Darussalam adalah menjadi salah sebuah ahli kepadanya.
18
April 2009
BERKENAN BERANGKAT KE SESI
SENAMROBIK
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli
Pengiran Muda Haji 'Abdul Azim hari ini berkenan berangkat ke Sesi
Senamrobik dan Berjalan Cepat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia di Kompleks Padang dan Belapan
dijunjung oleh Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan, Yang Mulia Awang Haji Mohammad bin Haji Abd Rahman; Pengarah JAPEM,
Datin Hajah Adina binti Othman dan beberapa orang pegawai kanan KKBS.
Sesi Senamrobik dan Berjalan Cepat merupakan aktibiti mingguan Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan sejak 2006.
18
April 2009
TABUNG KEMANUSIAAN RAKYAT PALESTIN
TERUS TERIMA SUMBANGAN
Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin
telah menerima sumbangan derma sejumlah BND186,584.91 dari beberapa buah
Kementerian, Jabatan-Jabatan Kerajaan, Institusi Pendidikan dan Perkhidmatan
Pesanan Ringkas (SMS) di negara ini.
Dari jumlah tersebut Kementerian Hal Ehwal Ugama menyumbangkan sebanyak
B$33,991.71 yang mana hasil sumbangan yang diterima daripada orang ramai
melalui Tabung di Majid-Masjid seluruh negara. Pegawai-pegawai dan
kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan-Jabatan Di bawahnya
menyumbangkan sejumlah B$15,118.69. Kedua-dua sumbangan diserahkan oleh
Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Abd Kahar bin Haji Hussin.
DST Group Sdn Bhd menyumbangkan derma sebanyak B$38,429.00 disampaikan oleh
Ketua Unit Sumber Tenaga Manusia, Yang Mulia Hj Ismawi bin DP Haji Kifli
iaitu derma yang disumbangkan oleh orang ramai melalui SMS Brunei Prihatin.
Kesemua sumbangan tersebut diterima oleh Pemangku Setiausaha Tetap,
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Awang Haji Mohammad bin
Haji Abd Rahman.
Sementara itu, Kementerian Pertahan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
menyumbangkan sebanyak B$22,141.00 disampaikan oleh Pemerintah Tentera Udara
Diraja Brunei (TUDB), Brigedier Jeneral Dato Paduka Awang Haji Mahmud bin
Haji Saidin.
B-Mobile Sdn Bhd menyumbangkan derma sebanyak B$35,959.00 disampaikan oleh
Pengurus Kanan Hal Ehwal Korporat, Yang Mulia Hajah Nurul Baiyinah binti
Haji Kassim iaitu derma yang disumbangkan oleh orang ramai melalui SMS
Brunei Prihatin.
Pejabat Daerah Tutong menyumbangkan sebanyak B$2,250.00 disampaikan oleh
Pegawai Daerah Tutong, Yang Mulia Awang Haji Idris bin Haji Md Ali.
Jabatan Perdana Menteri menyumbangkan sebanyak B$6,214.11 disampaikan oleh
Pengarah Hal Ehwal Korporat, Yang Mulia Pengiran Harun bin Pg Haji Aliudin.
Kementerian Pembangunan menyumbangkan sebanyak B$1,647.50 disampaikan oleh
Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Yang Mulia Haji Md Alimin bin Haji
Tanjung.
Pejabat Daerah Temburong menyumbangkan sebanyak B$2,334.60 disampaikan oleh
Pegawai Pentadbir Tingkat 1, Yang Mulia Awang Sezaly bin Haji Timbang.
Jabatan Belia dan Sukan menyumbangkan sebanyak B$21,167.80 disampaikan oleh
Pemangku Timbalan Pengarah, Awang Haji Zambri bin Dato Paduka Haji Hamdani.
Sekolah Nusa Laila Puteri menyumbangkan sebanyak B$4,531.50 disampaikan oleh
Yang Mulia Dr. Pg Amir Md Yussof bin Pg Haji Abas, Presiden Sekolah Nusa
Laila Puteri.
Jerudong International School (JIS) menyumbangkan sebanyak B$2,800.00
disampaikan oleh Yang Mulia Andrew Taylor, Timbalan Pengetua JIS.
Melalui derma yang telah diterima mulai 14 Januari 2009 hingga hari ini,
Tabung berkenaan telah berjaya mengumpul keseluruhan derma sejumlah
B$1,276,864.35
Jabatan Pembangunan Masyarakat selaku Urusetia Tabung
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang
ramai dan para penderma yang telah menghulurkan sumbangan derma kepada
Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin. Mudah-mudahan segala
sumbangan yang dihulurkan akan mendapat ganjaran setimpal daripada Allah
Subahanahu Wataala jua, Amin
16
April 2009
KEBERANGKATAN PENEMPATAN KERJA KE
PUSAT PENEMPATAN SEMENTARA BELIMBING
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli
Pengiran Muda Haji 'Abdul Azim hari ini berangkat ke Pusat Penempatan
Sementara Belimbing, JAPEM.
Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia di Pusat Penempatan Sementara
Belimbing, JAPEM dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan,
Pengarah JAPEM dan beberapa orang pegawai kanan dari KKBS dan JAPEM.
YTM junjung untuk melawat ke beberapa buah rumah penghuni yang terpilih di
Pusat berkenaan.
Pusat Penempatan Sementara Belimbing (PPSB), menempatkan mangsa-mangsa
kebakaran dan bencana alam serta orang-orang susah untuk tinggal sementara
mendiami pusat ini dengan dikenakan kadar bayaran sewa.
Sebelum keberangkatan YTM ke PPSB, satu sembah taklimat mengenai dengan
fungsi dan peranan Bahagian Pekerjaan dan Keusahawanan telah disembahkan
oleh Dayang Hajah Noridah binti Abdul Hamid, Penolong Pengarah JAPEM.
Sejurus selepas sembah taklimat YTM dijunjung untuk berangkat menyaksikan
satu pameran mini dari para peserta Skim Berdikari JAPEM yang diadakan di
Dewan Digadong, KKBS.
Sebelum berangkat ke Pusat Penempatan Sementara Belimbing, YTM berkenan
untuk bergambar ramai bersama dengan para pegawai kanan JAPEM
15
April 2009
KEBERANGKATAN PENEMPATAN KERJA KE
PUSAT BAHAGIA DAERAH BRUNEI MUARA
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli
Pengiran Muda Haji 'Abdul Azim hari ini meneruskan keberangkatan ke Pusat
Bahagia Daerah Brunei Muara, di Kampong Pulaie.
YTM disembahkan taklimat mengenai fungsi dan peranan Pusat Bahagia yang
telah disampaikan oleh Awang Haji Rosmadee bin Haji Mohd Daud, Penolong
Pengarah JAPEM yang bertanggungjawab ke atas Pusat Bahagia di negara ini.
Yang Teramat Mulia juga berkenan melawat ke bilik darjah di pusat berkenanan
sambil beramah mesra dan menerima junjung ziarah dari para pegawai,
kakitangan, murid-murid dan pelatih di pusat tersebut.
14
April 2009
KEBERANGKATAN PENEMPATAN KERJA KE
KRK
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli
Pengiran Muda Haji 'Abdul Azim hari ini berangkat ke Kompleks Rumah
Kebajikan (KRK), di Kampong Pulaie.
YTM disembahkan taklimat mengenai fungsi dan peranan KRK yang telah
disampaikan oleh Awang Abd Rahman bin Haji Apong, Pemangku Penolong Pengarah
JAPEM yang bertanggungjawab ke atas Kompleks berkenaan.
Yang Teramat Mulia juga berkenan melawat ke Rumah-Rumah yang terdapat di
kompleks tersebut.
13
April 2009
KEBERANGKATAN PENEMPATAN KERJA KE
JAPEM
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli
Pengiran Muda Haji 'Abdul Azim memulakan keberangkatan penempatan kerja di
Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).
Lawatan kerja YTM dimulakan dengan dengan sembah taklimat mengenai fungsi
dan tanggungjawah jabatan oleh Pengarah JAPEM, Datin Hajah Adina binti
Othman.
Juga disembah taklimat mengenai dengan Majlis Kebangsaan Isu Sosial oleh
Pengarah JAPEM.
Selesai sembah taklimat YTM dijunjung untuk melawat ke
Bahagian-Bahagian yang terdapat di Ibu Pejabat JAPEM.
Sepanjang lawatan ini Yang Teramat Mulia
diiringi oleh Pengarah JAPEM disamping mendengar sembah taklimat fungi dan
peranan setiap bahagian di Jabatan ini.
Yang Teramat Mulia juga berkenan menerima junjung ziarah daripada pegawai
dan kakitangan JAPEM.
Sembah taklimat dari Bahagian
Kebajikan Am dan Pencen, JAPEM telah disembahkan Ke hadapan Majlis Yang
Teramat Mulia.
12
April 2009
SOBK : DAERAH BRUNEI MUARA MUNCUL
JUARA
Daerah Brunei Muara telah menjuarai
kejohanan Sukan Orang Berkeperluan Khas Kali ke-4, 2009 dengan meraih 28
Emas, 27 Perak dan 16 Gangsa.
Tempat kedua disandangi oleh Daerah Temburong dengan mengutip 10 Emas, 7
Perak dan 4 Gangsa. Daerah Belait menduduki tempat ketiga dengan 1 Emas, 2
Perak dan 5 Gangsa. Tempat keempat, Daerah Tutong dengan meraih 3 Perak dan
4 Gangsa.
Sukan dwi tahunan ini berakhir dengan penutupan rasmi disempurnakan oleh
Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji
Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman.
12
April 2009
SOBK : DUA REKOD BARU DICIPTA
Temasya dwi tahunan Sukan Orang
Berkeperluan Khas kali ini menyaksikan 2 rekod baru telah dicipta. Pada hari
pertama kejohanan Abd Aziz Haji Hussaini, atlet intelek lelaki telah
mencipta rekod baru dalam acara lari 100 meter dengan catatan masa 10.88
saat yang mengatasi rekod lama 12.39 saat yang telah dicipta oleh Mohd Shafie Haji
Mohd Nafiah di kejohanan yang sama pada tahun 2007.
Satu lagi rekod baru telah dibuat di hari kedua kejohanan oleh Mohd Nizam
Zulhimi bin Hussin Shah, atlet intelek lelaki dalam acara lari 400 meter
dengan catatan masa 59.57 saat yang mengatasi rekod lama 1.05.28 yang
dicipta oleh Muhd Ibrahim Mohd Zaini pada Sukan Orang Berkeperluan Khas kali
ke-3, pada tahun 2007.
11
April 2009
SOBK : 66 ACARA DIPERTANDINGKAN
Sukan Orang Berkeperluan Khas (SOBK)
merupakan satu aktiviti Bahagian Perkhidmatan Orang Berkeperluan Khas,
Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM). Ianya diadakan dua tahun sekali.
Sukan diungkayahkan sebagai satu cara untuk mengisi masa dan tuntutan
keperluan beriadah bagi mereka yang berkeperluan khas di mana mereka akan
mengambil bahagian di dalam acara sukan yang bersesuaian.
SOBK peringkat kebangsaan kali ke-4 pada tahun ini diadakan selama 2 hari
yang bermula hari ini dan berakhir esuk. Sukan dianjurkan oleh JAPEM dengan
kerjasama daripada Unit Pendidikan Khas (UPK); Pusat Ehsan; Persatuan
Orang-Orang Cacat Berkerusi Roda dan Orang-Orang Cacat Anggota (PAPDA); dan
Persatuan Orang-Orang Buta Negara Brunei Darussalam.
Majlis pembukaan rasmi sukan diadakan pada petang tadi bertempat di Stadium
Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Tetamu Kehormat bagi majlis pembukaan
rasmi telah disempurnakan oleh ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia
Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat, Menteri
Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Sebanyak 66 acara dipertandingkan sepanjang 2 hari kejohanan bagi merebut
113 pingat emas, 113 pingat perak dan 98 pingat gangsa.
Kira-kira seramai 212 orang peserta dari keempat-empat daerah menyertai
temasya sukan kali ini yang mana penyertaan adalah melalui
persatuan-persatuan iaitu terdiri daripada persatuan Orang-Orang
Berkeperluan Khas Daerah Brunei Muara; Orang-Orang Berkeperluan Khas Daerah
Tutong; Orang-Orang Berkeperluan Khas Daerah Belait; Orang-Orang
Berkeperluan Khas Daerah Temburong; Unit Pendidikan Khas; Pusat Ehsan;
Persatuan Kebangsaan Orang-Orang Cacat Penglihatan; dan Persatuan
Orang-Orang Cacat Berkerusi Roda dan Orang-Orang Cacat Angota (PAPDA).
Antara matlamat Sukan Orang Berkeperluan Khas adalah untuk mempertingkatkan
tahap pencapaian atlet, disamping menampilkan kemahiran bermasyarakat dengan
tidak ada perbezaan dari ukuran kemahuan dan semangat walaupun dengan
kemampuan terbatas, selain sebagai batu loncatan untuk memilih para atlet
terbaik untuk mewakili negara kejohanan serantau dan antarabangsa.
Beberapa syarikat bermurah hati menyumbangkan berbagai bentuk tajaan untuk
kejohanan ini iaitu: HSBC Brunei; KFC (B) Sdn Bhd; Sunlit Advertising Sdn
Bhd; Air Cat Forwarding; Perusahaan Sinaran Gemilang Sdn Bhd; Zimma Company
Sdn Bhd; Chang Ein Hong Watch Dealer; TLT Enterprise; NBT Brunei Sdn Bhd;
Nestle Product Sdn Bhd, Entrek (B) Sdn Bhd; dan DST Brunei.
8
April 2009
TABUNG KEMANUSIAAN RAKYAT PALESTIN
BERAKHIR PADA 13 APRIL 2009
Tabung Kemanusiaan
Rakyat Palestin pada petang ini telah menerima sumbangan derma sejumlah Enam
Ratus Ringgit ($600) dari Majlis Perundingan Mukim
Mentiri.
Derma yang disumbangkan itu adalah hasil kutipan dari aktiviti mendaki Bukit
Mentiri anjuran Majlis Perundingan Mukim Mentiri.
Derma telah disampaikan oleh Pengarah Haji Abd Rahman
bin Haji Naim, Penghulu Mukim Mentiri kepada Dayang Hajah Misnah binti Haji
Bolhassan,
Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, .
Melalui derma yang diterima pada hari ini, Tabung Kemanusiaan Rakyat
Palestin sehingga hari ini telah berjaya mengumpul sebanyak B$1,136,711.60
termasuk sumbungan kemudahan SMS Brunei Prihatin.
Jabatan Pembangunan Masyarakat selaku Urusetia Tabung mengalu-alukan orang
ramai untuk sama-sama menyumbangkan derma ke
tabung
ini sebelum
ianya berakhir pada 13 April 2009.
Mudah-mudahan segala sumbangan yang dihulurkan akan mendapat ganjaran
setimpal daripada Allah Subahanahu Wataala jua, Amin.
7
April 2009
SUMBANGAN DERMA BND13,934.00
DITERIMA
Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin
telah menerima sumbangan derma sejumlah BND13,934.00 dari Institusi
Pendidikan Tinggi dan beberapa buah pertubuhan awam di negara ini.
Dari jumlah tersebut Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam menyumbangkan
sejumlah BND6,404.00 yang telah disampaikan oleh Yang Di-Pertua Majlis
Wanita Datin Hajah Fatimah binti DSS Abang Haji Razali; Perkumpulan
Kebajikan Isteri-isteri dan Keluarga-keluarga Polis (PEKERTI) menyumbangkan
sejumlah BND3,600.00 yang disampaikan oleh Yang Mulia ASP Hajah Kamariah
binti OKIP Haji Shari selaku Pengerusi PEKERTI; Persatuan PERTIWI Negara
Brunei Darussalam menyumbang sebanyak BND2,630.00 yang disampaikan oleh Yang
Di-Pertua PERTIWI, Datin Hajah Jusnani binti Haji Lawie.
Sementara itu Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB)
menyumbangkan sebanyak BND1,300.00 yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr Haji
Abdullah bin Haji Awan Lampoh, Timbalan Ra'es KUPUSB.
Hadir menerima sumbangan tersebut di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya
Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr Awang Haj Ahmad bin Haji Jumat selaku
Penasihat Tabung berkenaan.
Juga hadir Pemangku Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan, Pengarah JAPEM dan pegawai-pegawai kanan dari Institut Pendidikan
Tinggi serta Pegawai-pegawai eksekutif dari pertubuhan awam yang
menyumbangkan derma.
Melalui derma yang diterima pada hari ini, Tabung Kemanusiaan Rakyat
Palestin sehingga kina telah berjaya mengumpul sebanyak B$1,136,111.60
termasuk sumbungan kemudahan SMS Brunei Prihatin.
Jabatan Pembangunan Masyarakat selaku
Urusetia Tabung mengalu-alukan orang ramai untuk sama-sama
menyumbangkan derma ke tabung ini
sebelum ianya berakhir pada 13 April 2009. Mudah-mudahan segala sumbangan yang dihulurkan akan
mendapat ganjaran setimpal daripada Allah Subahanahu Wataala jua,
Amin.