.: Catatan Kegiatan Aktiviti Bagi Tahun 2009 |  Bagi Bulan : :.       

29 Disember 2009

TBTKKS MEMBANTU PELAJAR KURANG BERKEMAMPUAN

Pemangku Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Misnah binti Haji Bolhassan menyampaikan sumbangan Tabung Tajaan Kanak-Kanak Sekolah (TBTKKS) kepada salah sorang penerima

Tabung Bantuan Tajaan Kanak-Kanak Sekolah (TBTKKS) ditubuhkan bertujuan untuk membantu murid-murid dan penuntut-penuntut sekolah dari kalangan keluarga susah ataupun yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pembelajaran mereka seperti kanak-kanak yang lain.

Bantuan berbentuk kewangan ini dihasratkan untuk kegunaan membeli peralatan dan perkakas persekolahan menjelang tahun baru ini.

Majlis penyampaian bantuan tabung berkenaan telah diadakan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan oleh Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Dayang Hajah Misnah binti Haji Bolhassan.

Para penerima bantuan kewangan berjumlah $11,650.00 itu terdiri dari 27 orang ketua keluarga untuk anak-anak mereka yang belajar pada peringkat menengah dan rendah.

Pihak Urus Setia TBTKKS mengalu-alukan orang ramai untuk menyumbangkan derma kepada tabung berkenaan untuk meringankan bebanan ibu bapa serta penjaga yang kurang berkemampuan dalam penyediakan keperluan persekolahan anak-anak mereka.

 
23 Disember 2009
TABUNG KEMANUSIAAN GEMPA BUMI INDONESIA DAN RIBUT FILIPINA TERUS TERIMA SUMBANGAN DERMA

Pengarah Pembangunan Masyarakat, Datin Hajah Adina binti Othman menerima sumbangan derma daripada Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Ustaz Haji Abd Kahar bin Haji Hussin dan Timbalan President Persatuan Wanita Brunei Shell, Hajah Masni binti Haji Munir

Tabung Bantuan Kemanusiaan Gempa Bumi Indonesia dan Ribut Filipina hari ini menerima sumbangan sejumlah B$5,574.45.

Dari jumlah tersebut Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama menyumbankan sejumlah B$1,574.45 yang telah disampaikan oleh Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Ustaz Haji Abd Kahar bin Haji Hussin.

Sementara itu Persatuan Wanita Brunei Shell telah menyumbangkan sebanyak B$4,000.00 yang telah disampaikan oleh Timbalan President persatuan berkenaan, Dayang Hajah Masni binti Haji Munir.

Hadir menerima sumbangan tersebut di Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ialah Pengarah Pembangunan Masyarakat, Datin Hajah Adina binti Othman selaku Setiausaha Tabung berkenaan.

Melalui derma yang diterima pada hari ini, Tabung Bantuan Kemanusiaan Gempa Bumi Indonesia dan Ribut Filipina telah berjaya mengumpul sebanyak B$156 836.45.

Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) selaku Urus Setia Tabung sekali lagi menyeru kepada orang ramai untuk sama-sama menyumbangkan derma sama ada terus kepada Urus Setia Tabung bertempat di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jalan Kebangsaan atau melalui tabung-tabung yang telah ditempatkan di gedung-gedung perniagaan, masjid-masjid dan surau di seluruh negara sebelum ianya berakhir pada 9 Januari 2009.

 
17 Disember 2009

TABUNG KEMANUSIAAN GEMPA BUMI INDONESIA DAN RIBUT FILIPINA TERIMA SUMBANGAN b$100RIBU

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Ahmad
bin Haji Jumat menerima sumbangan derma daripada Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong

Tabung Bantuan Kemanusiaan Gempa Bumi Indonesia dan Ribut Filipina hari ini menerima sumbangan sejumlah B$100,000.00.

Sumbangan derma tersebut datangnya daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Perhubungan selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah  kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Penasihat Bersama Tabung.

Derma yang diterima hari ini menjadikan jumlah kutipan tabung berkenaan sehingga kini B$151,242.00.

Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) selaku Urus Setia Tabung sekali lagi menyeru kepada orang ramai untuk sama-sama menyumbangkan derma sama ada terus kepada Urus Setia Tabung bertempat di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jalan Kebangsaan atau melalui tabung-tabung yang telah ditempatkan di gedung-gedung perniagaan, masjid-masjid dan surau di seluruh negara sebelum ianya berakhir pada 9 Januari 2009.

[ KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN ]  [ JABATAN PUSAT SEJARAH ]  [ JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ]
[ JABATAN MUZIUM-MUZIUM ]  [ JABATAN BELIA DAN SUKAN ] [ PUSAT PEMBANGUNAN BELIA ]