.: Catatan Kegiatan Aktiviti Bagi Tahun 2009 |  Bagi Bulan : :.

26 Februari 2009
PENUNTUT MAKTAB DULI PMAMB LAWAT JAPEM

Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menerima kunjungan lawatan daripada 21 orang penuntut dan 5 orang guru Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah.

Rombangan yang diketuai oleh Cikgu Md Amirol Fadli Jumat, dialu-alukan di Dewan Citra Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Acara dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Pegawai Pentadbir JAPEM, Haji Afero Eswandy Haji Mohamad, diikuti dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pegawai Pembangunan Masyarakat, Siti Hazizah binti Saleh.

Sejurus selepas itu, satu taklimat mengenai fungsi bahagian-bahagian yang terdapat di Jabatan ini telah disampaikan oleh wakil bahagian-bahagian berkenanan.

Selain daripada mengeratkan silaturahim antara agensi, lawatan ini bertujuan bagi mendedahkan para penuntut kepada pentadbiran dan pengendalian kes-kes yang dirujuk ke jabatan ini.

Para ahli rombongan juga diberikan kesempatan bertukar-tukar pendapat dan sebarang pertanyaan sebelum meneruskan lawatan ke Pusat Bahagia, Daerah Brunei Muara.

 
19 Februari 2009
JAPEM SERTAI LATIHAN PENUH JUBLI PERAK HARI KEBANGSAAN

Seramai 10 orang pegawai dan kakitangan JAPEM sedang kiat menjalani latihan perbarisan dan acara tema sempena Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. Mereka ini adalah diantara seramai 25,000 peserta terlibat dalam menyemarakkan dan memeriahkan lagi perhimpunan Agung Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-25 pada tahun ini.

Dalam persembahan tema nanti akan menterjemahkan pati tema dalam bentuk 'human' grafik dan gerak kreatif.

Kemuncak Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan yang akan diraikan pada 23 Februari ini di Stadium Negara Hassanal Bolkiah Berakas, bertemakan 'Kedewasaan Bernegara'.

 
17 Februari 2009
MANGSA BANJIR DAN TANAH SURUR DAERAH TUTONG TERIMA BANTUAN

Seramai 246 buah keluarga mangsa banjir dan 11 buah keluarga mangsa tanah susur di Daerah Tutong  menerima sumbangan bantuan kewangan Kerajaan melalui JAPEM dan juga daripada Tabung Mangsa Banjir dan Tanah Susur.

Setiap buah keluarga menerima sebanyak BND2,800 iaitu BND2,00 daripada Pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan sebanyak BND800 daripada Tabung Mangsa Banjir dan Tanah Susur.

Penyampaian sumbangan bantuan disempurnakan bersama oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat, dan juga Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof. Majlis penyampaian berlangsung di Dewan Sri Kenangan.

 
16 Februari 2009
MANGSA BANJIR DAN TANAH SURUR MUKIM SENGKURONG DAN MUKIM PENGKALAN BATU TERIMA BANTUAN

Sejumlah 457 pemilik rumah di Mukim Sengkurong dan Mukim Pengkalan Batu menerima sumbangan bantuan kewangan, yang mana dari jumlah tersebut, 301 pemilik rumah di kedua-dua mukim berkenaan yang dikenalpasti kediaman mereka terjejas oleh banjir dan telah membuat laporan ke Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) serta disahkan oleh para penghulu dan ketua kampong masing-masing menerima sumbangan bantuan kewangan kerajaan melalui JAPEM.

Sementara 156 lagi pemilik rumah menerima sumbangan bantuan kewangan daripada Tabung Mangsa Banjir dan Tanah Susur.

Penyampaian sumbangan bantuan disempurnakan bersama oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat, dan juga Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof. Majlis penyampaian berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Sengkurong.

 
15 Februari 2009
MANGSA BANJIR DAN TANAH SURUR DAERAH BELAIT TERIMA BANTUAN

Sejumlah 234 buah keluarga mangsa banjir dan 6 buah keluarga mangsa tanah susur di Daerah Belait menerima sumbangan bantuan kewangan kerajaan.

Sumbangan berjumlah BND2,800 bagi setiap keluarga iaitu BND2,000 daripada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan BND800 dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Tabung Mangsa Banjir dan Tanah Susur.

Penyampaian sumbangan bantuan disempurnakan bersama oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat, dan juga Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof. Majlis penyampaian berlangsung di Dewan Santap, Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Belait.

 
14 Februari 2009
MANGSA BANJIR DAN TANAH SURUR DAERAH BRUNEI MUARA TERIMA BANTUAN

Bagi tujuan untuk sekurang-kurangnya meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir dan tanah susur, maka bantuan kewangan kerajaan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), dan bantuan daripada hasil kutipan derma Tabung Mangsa Banjir dan Tanah Susur adalah dihasratkan untuk dihulurkan kepada mangsa-mangsa banjir dan tanah susur yang berhak menerima.

Sehubungan dengan itu, pada petang ini satu Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Kepada Mangsa-Mangsa Banjir dan Tanah Susur telah diadakan di Dewan Serbaguna , Jabatan Bomba dan Penyelamat, Berakas. Sumbangan adalah berbentuk kewangan iaitu  merupakan bantuan kewangan Kerajaan melalui JAPEM dan juga daripada Tabung Mangsa Banjir dan Tanah Susur.

Penyampaian sumbangan bantuan disempurnakan bersama oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat, dan juga Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof. Sumbangan bantuan-bantuan tersebut diberikan kepada seramai 466 pemilik rumah di Daerah Brunei Muara (tidak termasuk Mukim Sengkurong dan Mukim Pengkalan Batu yang akan diadakan kemudian) yang mana kediaman mereka terjejas oleh banjir dan telah membuat laporan ke JAPEM serta disahkan oleh para penghulu dan ketua kampong masing-masing. Sementara itu 27 pemilik rumah di Daerah Brunei Muara yang mana rumah mereka terjejas oleh tanah susur juga menerima bantuan-bantuan berkenaan.

 
10 Februari 2009
TABUNG KEMANUSIAAN RAKYAT PALESTIN TERUS TERIMA SUMBANGAN

Majlis penyerahan derma kepada Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin telah diadakan pada hari ini 10 Februari 2009 bertempat di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Jalan Kebangsaan, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menerima derma yang diserahkan ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan selaku Penasihat Bersama Tabung.

Derma yang diterima pada hari ini telah disumbangkan oleh Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) berjumlah sebanyak B$25,000.00 (Ringgit Brunei Dua Puluh Lima Ribu sahaja) yang telah disampaikan oleh Yang Mulia Pg Haji Abd Rahman bin Pg Haji Mat Salleh, Pemangku Pengarah Urusan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB).

Melalui derma yang diterima pada hari ini termasuk kutipan derma melalui kemudahan SMS Brunei Prihatin menjadikan jumlah kutipan Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin sehingga kini sebanyak B$146,289.00.

Jabatan Pembangunan Masyarakat selaku Urusetia Tabung mengalu-alukan orang ramai untuk sama-sama menyumbangkan derma sama ada terus kepada Urusetia Tabung bertempat di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Jalan Kebangsaan atau melalui tabung-tabung yang telah ditempatkan di gedung-gedung perniagaan, masjid-masjid dan surau di seluruh Negara atau melalui kemudahan SMS Brunei Prihatin Untuk Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin. Mudah-mudahan segala sumbangan yang dihulurkan akan mendapat ganjaran setimpal daripada Allah Subahanahu Wataala jua, Amin.

 
3 Februari 2009
SMS BRUNEI PRIHATIN UNTUK TABUNG KEMANUSIAAN RAKYAT PALESTIN DILANCARKAN

Sebagai salah satu usaha untuk memberikan kemudahan kepada orang ramai untuk menghulurkan derma kepada Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin yang telah ditubuhkan pada 14 Januari 2009, satu Majlis Pelancaran SMS Brunei Prihatin Untuk Tabung Kemanusian Rakyat Palestin telah diadakan pada 3 Febuari 2009 bertempat di Dewan Raya Radio Televisyen Brunei, Bandar Seri Begawan.

Projek SMS Brunei Prihatin Untuk Tabung Kemanusian Rakyat Palestin adalah anjuran bersama Jabatan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Radio dan Televisyen Brunei, DST-Group dan B-Mobile Communication Sdn Bhd. Majlis Pelancaran pada hari ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan dan Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Pemangku Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Penasihat Bersama Jawatankuasa Kebangsaan Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin.

Turut hadir di majlis pelancaran pada petang ini ialah Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Jemat bin Haji Ampal, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abd Rahman bin Haji Mohiddin, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kebangsaan Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin.

Kutipan derma melalui SMS ini akan bermula pada hari ini 3 Februari 2009 sehingga 31 Mac 2009. Oleh yang demikian kepada orang ramai yang berhasrat untuk menderma bolehlah menderma melalui SMS yang disediakan dengan menaip GAZA (tanpa jarak) dan menaip jumlah yang di kehendaki iaitu 1, 5, 10, 15 atau 20 sebagai contoh GAZA20 (bagi derma berjumlah $20) dan hantar kepada 8885555 bagi pelanggan DST dan 10101 bagi pelanggan  B-mobile atau melalui WAP Portal
.

Oleh yang demikian, Jabatan Pembangunan Masyarakat selaku Urusetia Tabung mengalu-alukan orang ramai untuk menghulurkan derma melalui kemudahan yang disediakan seperti di atas pada tempoh yang dinyatakan. Mudah-mudahan segala sumbangan yang dihulurkan akan mendapat ganjaran setimpal daripada Allah Subahanahu Wataala jua, Amin.

 


Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn

Terms Of Use

Hak Cipta Terpelihara (c) JAPEM