BruNOz SUMBANGKAN DERMA KE TABUNG
KEBAJIKAN KEBANGSAAN
Satu Penyampaian sumbangan derma
kepada Tabung Kebajikan Kebangsaan telah diadakan pada petang tadi di
Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM). Sumbangan derma sejumlah BND$700.00
datangnya dari BruONz yang telah disampaikan oleh President BruNoz 2009,
Faridah Dato Paduka Serbini kepada Pengarah JAPEM, Datin Hajah Adina binti
Othman.
BruNoz merupakan persatuan penuntut Brunei Darussalam yang belajar di
Australia (Melbourne, Sydney, Brisbane) dan New Zealand.
31
Januari 2009
PUSAT BAHAGIA RAIKAN SAMBUTAN HARI
LAHIR
Seramai 12 orang pelatih di Pusat
Bahagia, Daerah Brunei Muara yang lahir dalam bulan Januari diraikan pada
pagi tadi. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Awang Haji Rosmadee bin Haji
Mohd Daud, Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).
Sambutan dimulakan dengan persembahan tarian oleh pelatih Pusat Bahagia,
Daerah Brunei Muara dan ikuti dengan nyanyian oleh sukarelawan di pusat
berkenaan.
Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian cenderamata kepada kakitangan
pusat berkenaan yang akan berpindah dan yang akan melanjutkan pelajaran ke
Universiti Brunei Darussalam (UBD).
Acara kemuncak ialah persembahan Tarian Singa oleh pelajar-pelajar Sekolah
Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan.
Hidangan Nasi Biryani dan Kek Hari Jadi adalah sumbangan Doris Yap dan
keluarga. Sementara itu sumbangan 'goodie bags' disumbangkan oleh Liew Peng
Lim dan Dayang Hajah Kalbi binti Haji Puteh.
Para pelatih juga menerima 'Ang Paw' dari Lily Ng, Lien Wen Dev dan Steven
Pang.
Pusat Bahagia mengalu-alukan sumbangkan orang ramai sama ada dalam bentuk
material untuk sama-sama memeduli orang berkeperluan khas. Orang ramai yang
ingin untuk membuat sumbangan boleh berhubung terus ke pusat berkenanan atau
melalui talian 2331113 sewaktu pejabat.
28
Januari 2009
MANGSA BANJIR
DAERAH BRUNEI MUARA TERIMA BANTUAN KEWANGAN
Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan
Kerajaan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) kepada mangsa-mangsa
banjir yang berlaku pada 20 dan 21 Januari 2009 bagi Daerah Brunei Muara
telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Digadong, Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Penyerahan bantuan berupa kewangan telah disempurnakan oleh Menteri
Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan
Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat kepada seramai lebih
kurang 233 pemilik rumah di Daerah Brunei Muara yang mana kediaman mereka
terjejas oleh banjir dan telah membuat laporan ke JAPEM serta disahkan oleh
penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampong masing-masing.
Bantuan yang diberikan sekurang-kurangnya adalah bertujuan untuk meringankan
beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir. Sehingga ke petang ini,
JAPEM telah menerima laporan mengenai 420 buah rumah yang terjejas oleh
banjir. Sehubungan dengan itu, kepada mangsa-mangsa banjir adalah
dinasihatkan untuk melapor melalui penghulu-penghulu atau ketua-ketua
kampong mereka masing-masing.
27
Januari 2009
B$50 RIBU
DISUMBANGKAN KE TABUNG KEMANUSIAAN RAKYAT PALESTIN
Tabung Bantuan Kemanusiaan Rakyat
Palestin hari ini menerima sumbangan sejumlah B$50,000.00.
Sumbangan derma tersebut datangnya
daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang telah disampaikan oleh
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Dr. Haji Awang
Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Perhubungan selaku Pengerusi Lembaga
Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah kepada Yang Berhormat
Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Ahmad bin
Haji Jumat, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Penasihat Bersama
Tabung.
Derma yang diterima hari ini menjadikan jumlah kutipan tabung berkenaan
sehingga kini B$61,000.00.
Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) selaku Urus Setia Tabung sekali lagi
menyeru kepada orang ramai untuk sama-sama menyumbangkan derma sama ada
terus kepada Urus Setia Tabung bertempat di Bahagian Pentadbiran dan
Kewangan, Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan, Jalan Kebangsaan atau melalui tabung-tabung yang telah
ditempatkan di gedung-gedung perniagaan, masjid-masjid dan surau di seluruh
negara.
22
Januari 2009
MANGSA BAREK ELEKTRIK DAN JKR GADONG
TERIMA BANTUAN
Berikutan dari fenomena hujan lebat
yang berterusan, beberapa buah tempat di negara ini mengalami banjir
kilat. Akibat dari bencana tersebut, beberapa kerugian dan kerosakan harta
benda awam dan persendirian telah berlaku.
Sehubungan dengan itu, satu Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Kepada
Mangsa-Mangsa Banjir telah diadakan di kawasan Barek Elektrik dan JKR
Gadong pada petang tadi.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sumbangkan kepada
mangsa-mangsa banjir ialah Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan, Awang Haji Mohammad bin Haji Abdul Rahman.
Sumbangan bantuan berupa catuan makanan dari Jabatan Pembangunan Masyarakat
(JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Bantuan tersebut adalah
menampung kehidupan seharian untuk seminggu.
14
Januari 2009
TABUNG KEMANUSIAAN
RAKYAT PALESTIN DITUBUHKAN
Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin
telah ditubuhkan bertujuan untuk mengumpul derma berbentuk kewangan
seangkat-angkat hati daripada rakyat dan penduduk di negara ini bagi maksud
disumbangkan kepada rakyat awam Palestin yang memerlukan bantuan kemanusiaan.
Lebih dari 900 orang rakyat awam Palestin terkorban oleh serangan
dilancarkan oleh Tentera Israel ke atas Bandar Gaza sejak dari 27 Disember
2008. Separuh dari jumlah yang terkorban itu terdiri dari kanak-kanak dan
wanita. Sementara lebih dari 4,000 orang cedera dan puluhan ribu lagi
kehilangan tempat tinggal. Banyak bangunan musnah, bekalan air dan eletrik
terputus. Rakyat awam Palestin sangat memerlukan bantuan bekalan makanan,
air, ubat-ubatan dan khemah-khemah perlindungan sementara.
Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Tabung Kemanusiaan
Rakyat Palestin telah ditubuhkan hari ini bertempat di Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan. Hadir di mesyuarat tersebut selaku Penasihat
Bersama Tabung ialah Yang Berhormat Pehn Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri
Setia Dr. Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat, Menteri Kebudayaan, Belia dan
Sukan; dan Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama
Dr. Ustaz Haji Awang Mohd Zain bin Haji Serudin, Menteri Hal Ehwal Ugama.
Selaras dengan mesyuarat tersebut satu jawatankuasa khas dikenali sebagai
Jawatankuasa Kebangsaan Tabung Kemanusiaan Rakyat Awam Palestin telah
dibentuk bagi mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan kutipan
derma bagi tabung berkenaan. Jawatankuasa tersebut dipengerusikan bersama
oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Setiausaha
Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama dan ahli-ahlinya terdiri daripada agensi
kerajaan dan bukan kerajaan.
Derma akan dikumpulkan bagi tempoh tiga (3) bulan mulai 14 Januari 2009
hingga 13 April 2009. Tempoh tersebut memberi peluang kepada para penderma
untuk menyumbangkan derma berbentuk kewangan secara langsung atau
menganjurkan aktiviti-aktiviti amal dan berkebajikan bagi tujuan kutipan
derma tersebut. Tabung-tabung kutipan derma akan disediakan di masjid-masjid
dan surau-surau, bangunan bank-bank, gedung-gedung perniagaan swasta dan
bangunan awam termasuklah bangunan kerajaan di seluruh negara bertujuan
memudahkan orang ramai menghulurkan derma. Orang ramai juga boleh datang
terus ke Urusetia Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Tingkat 2, Bahagian
Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM),
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Dengan adanya kumpulan derma itu
nanti diharapkan dapat meringankan kesengsaraan dan beban penderitaan rakyat
Palestin.
8
Januari 2009
SMS BRUNEI
PRIHATIN UNTUK TABUNG ANAK-ANAK YATIM KEBANGSAAN KUTIP $149,636.00
Sebagai salah satu usaha untuk
memudahkan orang ramai menghulurkan derma seangkat-angkat hati melalui SMS
kepada Tabung Anak-Anak Yatim Kebangsaan, satu projek dikenali sebagai Derma
SMS Brunei Pihatin Untuk Tabung Anak-Anak Yatim Kebangsaan telah ditubuhkan.
Jumlah keseluruhan derma yang telah berjaya dikumpulkan di sepanjang tempoh
mulai dari 27 ogos hingga 15 Oktober 2008 ialah sebanyak $149,636.00. Dari
jumlah tersebut, $91,480.00 adalah daripada derma yang telah dikumpulkan
oleh DST Group Sdn Bhd. Sementara selebihnya $58,156.00 dikumpulkan oleh
B.Mobile Communication Sdn Bhd.
Sehubungan dengan itu satu majlis iaitu Majlis Penyerahan Derma SMS Brunei
Prihatin untuk Tabung Anak-Anak Yatim Kebangsaan telah diadakan pada petang
tadi bertempat di Tingkat 8, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Hadir
untuk menerima sumbangan derma tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang
Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat,
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Menyerahkan derma bagi pihak DST Group Sdn Bhd ialah Awang Haji Marsad bin
Haji Ismail, Ketua Pegawai Operasi DST Group Sdn Bhd dan menyerahkan derma
bagi pihak B. Mobile Communication Sdn Bhd ialah Awang Song Kin Koi, Ketua
Pegawai Eksekutif B.Mobile Communication Sdn Bhd. Di Majlis tersebut
B.Mobile Communication Sdn Bhd juga menderma sebanyak $5,000 untuk Tabung
Anak-Anak Yatim Kebangsaan.
Derma SMS Brunei Prihatin untuk Tabung Anak-Anak Yatim Kebangsaan telah
bermula pada tahun 2005 dan ini merupakan projek kali keempat dijayakan
bersama oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat, DST Group Sdn Bhd, B.Mobile Sdn
Bhd dan Jabatan Radio Televisyen Brunei dengan tujuan untuk memudahkan orang
ramai beramal dengan menderma melalui SMS ke Tabung Anak-Anak Yatim
Kebangsaan.
Dikesempatan ini, Jawatankuasa bagi Projek Derma SMS Brunei Prihatin untuk
Tabung Anak-Anak Yatim Kebangsaan dengan amat sukacitanya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penderma
yang telah menyumbangkan derma melalui SMS kepada tabung tersebut.
Mudah-mudahan dengan sumbangan tulus ikhlas para penderma akan mendapat
ganjaran yang setimpal daripadaNya jua. Amin
3
Januari 2009
23 KETUA KELUARGA TERIMA BANTUAN
KEWANGAN
Penubuhan Tabung Bantuan Tajaan
Kanak-Kanak Sekolah (TBTKK) adalah bertujuan salah satunya membantu
anak-anak dari keluarga yang dikenalpasti kurang berkemampuan untuk membeli
peralatan-peralatan sekolah yang diperlukan bagi persediaan memulakan
persekolahan bagi tahun 2009.
Sehubungan dengan itu, satu Majlis Penyampaian Bantuan Daripada Tabung
Bantuan Tajaan Kanak-Kanak Sekolah telah diadakan pada hari ini yang mana
sumbangan derma tersebut telah disampaikan oleh Pengarah JAPEM, Datin Hajah
Adina binti Othman, selaku Pengerusi Bersama Tabung berkenaan.
Jumlah bantuan yang diberikan ialah sebanyak sepuluh ribu empat ratus
ringgit ($10,400.00). Bantuan berbentuk kewangan ini diaih-agihkan kepada
seramai dua puluh tiga (23) orang ketua keluarga untuk dikhususkan bagi
perbelanjaan dalam membantu anak-anak mereka bersekolah.
Dengan adanya bantuan tersebut adalah diharapkan dapat meringankan beban
kewangan keluarga-keluarga yang mengharapkan bantuan melalui Tabung Tajaan
Kanak-Kanak Sekolah.